Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebelum PKP 2.0 dilaksanakan, sempatlah buat gathering dengan kawan-kawan. Tak sangka pula negara kita akan menguatkuasakan PKP buat kali kedua. Mujurlah sempat keluar makan dan berhuha-huha dengan kawan-kawan. Tak adalah rasa ralat sangat bila tak dapat jumpa sepanjang PKP nie. Inipon, belum tahu sampai bila PKP akan dikuatkuasakan. Tengok bilangan kes setiap hari, nampak gaya macam lama lagi je. Kitorang haritu buat gathering makan-makan dekat Foodies Gourmet Market & Cafe yang terletak di Bandar Kirara, Puchong. Ikuti butirannya !
Foodies Gourmet merupakan pembekal daging-daging yang diimport dari luar negara. Terdapat banyak kepingan daging premium yang dijual di sini, antaranya ialah daging lembu Australia, daging wagyu, tomahawk, tulang rusuk, kaki lembu, rusuk kambing, ayam perap, sosej German dan pelbagai jenis potongan daging lagi. Cakap je nak bahagian yang mana satu, insyaAllah semuanya ada. Yang pasti, kesemua daging yang dijual di sini diperakui HALAL.
Selain bahan mentah, di sini juga ada menjual ramuan-ramuan dan bahan-bahan masakan yang juga diimport dari luar negara. Apa yang menarik ialah, mereka ada menjual Mirin halal tau. Biasanya dalam masakan negara barat, Jepun dan Korea, mereka menggunakan Mirin sebagai perasa tambahan. Rasa mirin itu yang akan memberikan wow kepada sesuatu masakan itu. Jadi agak payah, sekiranya kita yang Muslim ini hendak mencuba masak masakan mereka sebab bahannya susah untuk diganti. Tak perlu risau lagi, datang je ke Foodies Gourmet Market & Cafe nie untuk dapatkan Mirin HALAL.
Ouh ya, untuk pengetahuan korang juga, di sini bukan sahaja menjual kepingan daging dan bahan masakan, tapi juga terdapat kafe di sebalik kedai ini. Memang agak tersorok sedikit kafe nya ini. Mereka yang tak biasa, pasti tidak tahu akan kewujudan kafe ini. Sayanglah sebabnya menu-menu di kafe ini tersangatlah sedap ! Kalau korang malas nak masak atau tak tahu nak masak daging-daging import tadi dengan sedap, datang je singgah makan dekat sini. Sangat puas hati beb !
Banyak menu-menu di sini aku cuba pada tempoh hari. Maklumlah kami datang secara beramai-ramai. Jadinya dapatlah saling rasa merasa semua menu. Untuk pencinta daging di luar sana, tolonglah jangan lepaskan peluang untuk cuba dorang punya Oven Grilled 200g Aust Beef Ribeye Steak dan juga Oven Roasted 180g Aust Beef yang dihidangkan bersama Gourmet Sauce and Side of the Day.
Setiap kepingan daging ini mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Cara masakan dan sos yang diguna itu menambahkan lagi kesedapan pada daging-daging ini. Semestinya kena cuba !
Untuk yang sukakan daging kambing, boleh cuba dorang punya Spicy Gochujang Lamb Shoulder Chop. Yang nie pon sedap, dagingnya lembut dan juicy. Mereka-mereka yang tak makan daging, boleh cuba menu-menu ayam dorang. Antaranya ialah Spicy Oven Baked Chicken Leg with Caramelised Vege and Potato Wedges dan juga Garlic Teriyaki Chicken Leg with Japanese Salad and Potato Cakes.
Menu di sini didominasi oleh daging dan ayam.Untuk penggemar makanan laut, hanya terdapat satu menu sahaja yang menyajikan hidangan makanan laut iaitu Spiced DF Hake Fish with Savoury Potato Wedges. Lebih kurang macam Fish & Chips lah. Tapi nama kat sini agak bertarafkan hotel 5 bintang gituhh. Bagi aku untuk menu nie, tidak berapa wow kalau nak dibandingkan hidangan daging-dagingnya.
Ouh ya, buat vegan di luar sana, di sini juga ada menyajikan hidangan untuk vegetarian tau. Boleh cuba Spaghetti with Truffle Inspired White Sauce and Mushroom. Sumpah cakap, spaghetti nie sedap gila okay. Siap order lagi satu pinggan. Sedap sangat-sangat ! Tak muak dan lemak berkrim. Wajib cuba.
Banyak lagilah hidangan lain yang kami cuba, antaranya ialah Australian Beef Udon, Soft Boil Egg in Rich Umami Soup, Cabbage Okonomiyaki with Bonito Flakes & Katsu Inspired Sauce, Chef Driven Quiche Chicken dan juga Artisan Beef Pie. Semuanya sedap-sedap ! Terutama sekali Okonomiyaki tu.
Memang sedap sangat menu-menu masakan di Foodies Gourmet Market & Cafe nie tau. Rugi kalau datang Puchong tak singgah makan dekat sini. Kafe dia tersorok sikit, tapi lepas aku dah bagi tahu nie, nanti korang terjah sana naa. Alamat mereka boleh tengok butiran di bawah nie,
Foodies Gourmet Market & Cafe
No.29, Jalan BK5A/3A,
Bandar Kinrara 5, 47180 Puchong, Selangor
Tel : 012 - 2135277
Waktu operasi: 10 AM - 8 PM (Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin)
Oleh kerana sekarang tengah PKP, korang boleh order daging mentah ataupun menu-menu mereka menggunakan aplikasi Grab Food. Tak perlu susah-susah keluar rumah, dorang boleh terus hantarkan sehingga kat depan rumah.
Sebelum balik, sempatlah beli beberapa botol sos dan kicap masakan mereka. Balik nie boleh cuba masak steak menggunakan sos dan kicap istimewa yang dijual di sini. Hihi. Lepasnie kalau datang ke sekitar kawasan Puchong nie dan tak tahu nak makan dekat mana, boleh pertimbangkan Foodies Gourmet Market & Cafe okay.
Mak aaiiii....!!! Sedapnya!
ReplyDeletedekat sangattt dengan rumah. tapi belum pernah pi. nanti nak pi lepas makan boleh borong dging plak hehe
ReplyDeleteAlamak, jauhnya Puchong. Tapi takpe, lepas PKP nanti, steak punya pasal, saya akan serbu jugak tempat ni.
ReplyDeleteSejak isu daging import ni, serba salah nak pi pasar. Lagi suka tuju tempat macam ni.
ReplyDeleteLebih yakin dan puashati! Nanti nak try sini lak
Hari tu ada juga terbaca pasal Foodies Gourmet Market ni. Tiba-tiba terbayang cerita Korea yang bakar-bakar daging lepas tu makan terus. Teringat aje steak, mesti terbayang juicy daging tu 😋.
ReplyDeleteomg i love that you're wearing a kimono! anyway i heard a lot about this mart, love all the fresh meat and goodies sold there and i need to pay a visit soon!
ReplyDeleteSuka betul konsep dia, membeli dan sambil lepak makan situ.. banyak ;ilihan dan paling Sis berkenan bab susunan atur barang dia.. senang nak mencarinya...
ReplyDeletesedapnya tengok semua menu tapi paling tempting sekali Artisan Beef Pie! Okay habis PKP nanti nak pergi makan dekat Gourmet Market Cafe!!
ReplyDeletekemas dan bersih kafe dia. menu semua nampak sedap, sangat berbaloi dapat makan dan gathering sebelum pkp..
ReplyDeleteMenarik la kedai ni... from the daging until produk2 lain yang ada dalam kedai ni siap ada cafe lagi dalam kedai.. boleh try pergi la nanti after PKP 2.0 ni.. but what attracts me more is your shirt la bro.. (WOW) :P ingat mamat Japan tadi..
ReplyDeleteAmboi nampak sedap snagat menu dia. Daging pun nampak fresh dan premium. Boleh sangat nak pergi makan kat sini nanti lepas tamat PKP hee
ReplyDelete