Assalamualaikum dan salam sejahtera
Buat peminat Nasi Lemak, nie nak bagi tahu satu port makan yang menyajikan pelbagai hidangan berasaskan Nasi Lemak. Baru je cuba haritu dengan kawan-kawan lepas balik dari Taman Burung. Tercari-cari kedai makan sedap area Petaling Jaya. Ramai yang sarankan Restoran Nasi Lemak Bamboo nie. Jom kita tengok apa yang menarik sangat makanan dekat sini. Ikuti butirannya !
Ini merupakan kali pertama aku datang makan di sini. Plus, memang jarang teramat sangat aku datang ke kawasan SS2 Petaling Jaya nie sebabnya sesak dengan manusia. Kawasan nie memang cukup terkenal sebagai lubuk restoran-restoran viral. Sebab tu ramai yang akan berkunjung ke SS2 untuk mencuba restoran-restoran yang viral.
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Restoran yang aku nak cerita nie belum viral lagi, tapi ramai beri review yang positif in term of rasa makanan-makanan di sini. Untuk pengetahuan semua, Nasi Lemak Bamboo cukup terkenaldi bumi Sabah. Hal ini kerana, cawangan pertamanya telah menapak di sana sejak tahun 2019 lagi. Dan Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya ini merupakan cawangan pertamanya di semenanjung.
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Agak unik restoran ini kerana menyajikan pelbagai jenis hidangan nasi lemak. I mean dari segi lauknya lah. Dan sudah semestinya nasi lemak buluh merupakan hidangan signature untuk restoran ini. Pasti ramai tertanya-tanya apa yang unik sangat Nasi Lemak Bamboo nie kan. Jom tengok apa yang ada dalam Nasi Lemak Bamboo nie.
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Nasi Lemak Bamboo ini dihidangkan dalam buluh yang dibalut dengan daun pisang. Angkat je buluh tu, nanti baru akan nampak isi dan nasi lemak dalam tu. Lauk untuk Nasi Lemak Bamboo ialah makanan laut yang dimasak gulai ? Menurut pemilik restoran, ia dimasak kari tapi rasa dia tak macam kari pon. Lebih kurang macam rasa masak gulai. Yang pasti sangat sedap ! Sumpah sedap gila. Makan panas-panas, memang umphhhh !
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Antara hidangan nasi lemak lain yang turut disajikan di sini ialah
- Nasi Lemak Ayam Goreng RM10.90
- Nasi Lemak Rendang Ayam RM10.90
- Nasi Lemak Kari Ayam RM10.90
- Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood RM16.90
- Mee Siam Ayam Goreng RM10.90
- Mee Siam Rendang Ayam RM10.90
- Mee Siam Kari Ayam RM10.90
- Cucur Udang RM6.50
- Otak-Otak (5 batang) RM7.50
- Sotong Goreng RM7.50
- Cendol RM6.90
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Ini antara menu-menu yang aku cuba sewaktu kunjunganku ke sana. Ayam Rendang dia sedap sangat. Lembut je isinya. Yang pasti, rasa nasi lemak itu sendiri memang dah sedap. Makan nasi sahaja tanpa lauk pon aku boleh sebab memang dah sedap. Terserah nak lauk apa, ikut selera masing-masing, yang pasti semuanya sedap.
Ouh ya, untuk pencuci mulut, jangan lupa cuba Cendol mereka tau. Sedap sangat-sangat ! Kuah santan dia pekat dan rasa dia tak macam typical cendolyang ada dekat luar sana. Untuk pilihan aku, macam biasa, cendol aku tak suka letak kacang merah dan juga mestilah kurang manis. Hehe
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Secara keseluruhan memang cukup puas hati dapat makan nasi lemak di sini. Walaupun cuba di-fusion-kan, tapi identiti nasi lemak asli itu sendiri tidak tercalar. Bersesuaian dengan matlamat utama pasangan Sunny Yeoh dan Samantha Yapp untuk menyajikan makanan tradisi masyarakat Malaysia mengikut citarasanya sendiri tanpa mengubah rasa dan identiti asli nasi lemak itu sendiri. Kesemua hidangan di restoran ini merupakan resipi aslinya sendiri tau. Hebat !
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Kalau korang berkesempatan atau berada di kawasan SS2 Petaling Jaya, boleh pertimbangkan untuk cuba hidangan nasi lemak di Nasi Lemak Bamboo ini. Sumpah korang tak akan menyesal. Sedap dan harganya berpatutan ! Walau baru sebulan beroperasi di SS2, tapi sambutan sangat menggalakkan ya. Memang ramai orang.Kalau lambat hidangan tu,harap korang faham ya. Hihi.
Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya |
Nasi Lemak Bamboo
No 28, Jalan SS2/66, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi : 10:00AM - 9:00PM
Website: https://www.nasilemakbamboo.my/
Tel: +6016-835 6266
Bila la nak abis PKP nih..nampak sedap betul la nasi lemak Bamboo tu siap ada cendol lagi tuh. Lama tak jalan2 ke PJ, nanti border buka nak jalan pergi kedai ni try makan. Tq sharing :)
ReplyDeletenampak sedap lah nasi lemak ayam goreng dia! Deco dengan furniture pun betul2 ikut tema buluh. Best ni kalau nak upload dekat Instagram
ReplyDeletesedapnya, zharif. meriah makanannya. makan plak dgn bff, memang syok la.
ReplyDeletekat Melaka aida da merasa 1 nasi lemak bamboo. sedap. memang recommended.
kreatiif. not easy nak insert nasi lemak dlm bamboo tu :) hi hi hi...
lelain menu pun tak kurang mantop. akan jadik rambang mata mana satu ler nak ngap ni :)
Tak silap saya, ada kawan saya yang makan cendol tanpa kacang merah kan? Dia siap dapat special cendol la masa tu. Manjah!
ReplyDeletekeadaan kedai sangat cantik dan selesa terutamanya panda kat belakang tu. harga pun boleh tahan jugak lah. murah je ni.
ReplyDeleteNampak unik ye cara dia serve nasi lemak tu. Ada kelainan yang buat orang jadi teringin nak cuba. Kira bonus la nice plating ni.
ReplyDeleteNampak sangat menyelerakan, lagi kalau pergi reramai dengan geng..
ReplyDeleteKat Johor ni ada baru masuk dalam FP, cuma tak tau laa, macam ni ke atau style lain, nanti Sis cuba beli..
Rasanya Nell tahu tempat ni.. SS2 memang another syurga makanan kan.. Nak pergi try ni la since Nell memang hantu Nasi Lemak juga :) rasanya dah boleh travel ke sana kot.
ReplyDeleteSelalu passby but tak pernah try, next round i go to ss2 will try this nasi lemak.
ReplyDeleteThis looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 this restaurant especially the cendol and nasi lemak. cant wait to try this for myself
ReplyDelete