Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada minggu lalu, aku dan rakan-rakan sempat berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KL Birdpark. Ia terletak di tengah-tengah hutan konkrit Kuala Lumpur. Ini bukanlah kunjungan pertamaku ke sini. Pernah datang sebelum ini tetapi keterujaan nak melawat sekali lagi taman burung ini tetap tinggi. Ikuti butirannya !
Kebetulan pada bulan December haritu, KL Birdpark mengadakan promosi potongan 50% diskaun harga tiket untuk hari biasa. Jadi aku dan rakan-rakan ambil kesempatan ini untuk ke sana memandangkan kebanyakan daripada kami tidak pernah lagi datang ke sini. Yelah, asyik ke shopping mall je kalau buat gathering, kali nie kita buat gathering dekat taman burung pulak. Baru ada kelainan sikit.
Seawal jam 8.30 pagi kami dah berkumpul di sana. Yelahhh, kalau datang pagi kuranglah sikit panas dia. Sedang-sedang elok matahari baru nak naik. Mujur datang awal, jadinya tak perlu beratur panjang untuk beli tiket masuk. Walaupun kitorang menjadi orang terawal datang, tapi boleh tahan ramai jugaklah pengunjung dah beratur di kaunter tiket. Mungkin faktor cuti sekolah kot, sebab tu ramai walaupun hari bekerja.
Walaupun dunia masih lagi belum sembuh akibat pandemik Covid-19, jangan risau untuk datang ke tempat awam seperti KL Birdpark ini. Hal ini kerana, di sini cukup mengamalkan dan mengikut garis panduan keselamatan atau SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hampir di setiap sudut dalam KL Birdpark ini terdapat peringatan untuk terus mematuhi SOP bagi memastikan pengunjung tidak alpa dengan perjuangan membanteras Covid-19 di negara kita.
Skema pulak ayat aku tetibe. Kah !
Apa yang aku suka datang dekat Taman Burung Kuala Lumpur nie ialah, pengunjung boleh berinteraksi secara dekat dengan burung-burung yang terdapat di sini. Tak tahu kenapa, tapi burung-burung di sini agak tidak takut dengan orang. Kita datang dekat pon dia tak kesah. Seronok !
Korang boleh bagi minum dan makan kepada burung-burung di sini. Hanya beli makanan dan susu yang disediakan pada harga yang cukup murah serendah RM2 sahaja. Nanti burung-burung tu akan datang dekat. Selain tu, ada juga lokasi photo booth, yang mana korang boleh ambil gambar bersama burung-burung nie. Yang bestnya tu, dorang jenis burung yang boleh bercakap. Dia akan ulang balik apa yang korang cakap. Sumpah comel !
Pengunjung bukan sahaja akan dapat lihat burung-burung ini secara dekat, malah terdapat beberapa pertunjukkan atau program yang KL Birdpark sediakan untuk pengunjung. Antaranya adalah hornbill feeding yang mana petugas di sana akan memberi makan pada burung hornbill ini. Pandai tau burung hornbill nie ambut makanan dan seolah-olah mereka tahu waktu tu merupakan waktu makan mereka sebab dorang akan bersedia dekat dahan tu.
Selain itu, pengunjung juga disarankan untuk melihat pertunjukkan burung yang diadakan setiap 12.30PM dan 3.30PM setiap hari. Pastikan korang alert dengan waktu-waktu pertunjukkan nie tau. sebabnya kalau terlepas, kena tunggu sesi seterusnya pulak. Juga terdapat ruang education di mana pengunjung boleh membaca fakta-fakta dan proses penetasan telur burung dan macam-macam lagi di ruangan galeri pendidikan di KL Birdpark.
Memang sangat menarik tau KL Birdpark Kuala Lumpur nie. Macam-macam spesis burung terdapat di sini. Kalau korang nak tahu, KL Birdpark merupakan sangkar burung terbang bebas terbesar di dunia dengan keluasan sebesar 20.9 ekar.
Nanti bila dah habis tawaf satu taman burung tu, jangan lupa singgah makan dekat Hornbill Restaurant dia. Sumpah sedap makanan-makanan dekat sini. Ada tu, datang sini hanya untuk singgah makan dekat restoran dia je. Sungguh memang ada. Restoran nie berada di bahagian luar, jadinya orang luar yang tidak berhasrat untuk berkunjung ke taman burung, boleh je singgah makan dekat sini. Ia menyajikan makanan yang berkonsepkan makanan tempatan dan juga barat. Harga makanan pon cukup berpatutan.
Kalau singgah makan dekat restoran dia, jangan lupa beli pisang goreng sekali tau. Sumpah sedap gila !
Menarik bukan KL Birdpark nie ? Hah apa tunggu lagi.Jemputlah datang bawa anak dan keluarga datang ke sini. Mesti dorang suka luangkan masa bersama alam hijau dan burung-burung di sini. Daripada asyik bawa pergi mall je kan, lebih baik bawa dorang ke sini. Ahaks ~
Anyway, untuk harga tiket masuk pula, sangat berpatutan. Dan mereka sering mengadakan promosi harga tiket. Kena rajin selalu cek di laman sesawang mereka. Masa kitroang pergi nie, kitorang pergi masa ada promosi 50% diskaun tiket. Tak ada diskaun pon, harga tiket memang lebih daripada mampu. Murah je. Nak datang masa tiada promosi harga tiket pon tak adalah rasa ralat sangat nak bayar sebab memang dah murah.
Gambar di atas merupakan semasa promosi harga tiket bulan Disember yang lalu. Untuk harga biasa, tiket dewasa bernilai RM25 dan kanan-kanak ialah sebanyak RM12. Kalau nak lebih murah, pastikan korang rajin-rajin jenguk laman sosial dan laman sesawang mereka okay. Sebab memang kerap KL Birdprak buat promosi harga tiket.
KL BIRD PARK (Taman Burung Kuala Lumpur)
920 Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Waktu operasi : Setiap hari (9AM-8PM)
Tel : 03- 22721010
Website : www.klbirdpark.com
Email : info@klbirdpark.com
Boleh juga baca entri sewaktu kunjungan pertamaku ke sini masa bulan Julai tahun lalu : KLIK
Banyak tu diskaunnya sampai 50%.. pergi dengan kawan-kawan gini lagi laaa meriah..
ReplyDeleteMenyesal sangka tak pergi taman burung ni bulan lepas. Sekarang dah PKP memang me lepas lah cerita dia :(
ReplyDeleteWah dah lama rasanya iena tak pergi KL Bird Park..kalau area dekat dekat situ taman tasik perdana tu iena selalu pergi..tempat joging lepas office hour..KL Bird park last pergi masa sekolah huhu..lama sangat..dah boleh plan ke KL Bird park ni..tunggu abes PKP nak bawak adik n anak buah
ReplyDeletedah lama tak ke bird park ni. last makan kat horn bird restoran tu pun masa kecik2 kot haha. lepas pkp nak jalan2 sini la
ReplyDeletePengalaman paling best kat sini adalah melihat enggang makan dan mengusik burung kat tempat bergambar tu.
ReplyDeleteAnd makanan kat restaurant tu - JUST MARVELLOUS
Saya dah banyak kali juga la pergi KL bird park ni. Suka sebab tempat dia luas dan mendamaikan. Jadi kalau ramai orang sekalipun, tak terasa sesak sangat.
ReplyDeleteBest datang sini, haritu nad pergi masa promo. Burung2 dekat sini jinak2 semuanya.. Anak2 suka berkejran dengan burung. Enjoy sangat.. Haritu tak pergi rasa makan dekt restorannya
ReplyDeleteBest kan explore KL Bird Park ni.. one of the best attraction in KL i would say! Good place to explore, gain knowledge and makanan kat restaurant dia pun Tip top..
ReplyDeleteWhat a wonderful and fun destination with beautiful birds and good food! It's perfect for the whole family for a quick weekend getaway. Thanks for sharing :)
ReplyDelete