Tuesday, August 11, 2026

Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Emasi Sri Semantan Cawangan Ke 21 di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kedai Emas Sri Semantan (KESS) merupakan sebuah perniagaan emas yang berpangkalan di Temerloh, Pahang dan diasaskan oleh Mohamad Hafizal bin Haji Mahmood. Menurut profil syarikat, beliau berasal dari Temerloh dan mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan serta pengalaman keluarga yang telah lama terlibat dalam perniagaan emas dan ianya mula berkembang menjadi rangkaian kedai emas yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2020 dengan fokus kepada emas preloved dan pemilikan emas yang lebih mampu milik.


Bermula di Temerloh, KESS telah berkembang kepada rangkaian cawangan di pelbagai negeri di Malaysia. Laman rasmi syarikat menyatakan ia mempunyai puluhan cawangan yang menawarkan produk emas 916 dan 999.9.


Pada tahun 2026, pihak syarikat menyatakan hasrat untuk terus mengembangkan perniagaan dengan sasaran membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.


Pembukaan cawangan baharu di Nilai, Negeri Sembilan ini diharap dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat serta menawarkan lebih banyak pilihan kepada masyarakat khususnya penduduk di sekitar Negeri Sembilan amnya serta Nilai dan sekitarannya secara khusus. 


Cawangan Kedai Emas Sri Semantan di Nilai, Negeri Sembilan ini merupaman cawangan yang ke-21. Kata Mohamad Hafizal bin Haji Mahmood selaku pengasas Kedai Emas Sri Semantan, beliau mensasarkan untuk membuka 30 cawangan sebelum penghujung tahun 2026 dan beliau yakin sasaran ini dapat dicapai kerana sokongan, dokongan dan kepercayaan oleh semua yang terlibat dalam perniagaan ini.


Dengan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya emas sebagai aset yang mampu menjadi benteng ketika waktu sukar dan sandaran untuk masa hadapan, Kedai Emas Sri Semantan akan terus berusaha untuk diperkasakan sebagai satu wadah perjuangan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat Malaysia khususnya di kalangan kaum bumiputera.


Semenjak dari dahulu lagi, emas telah digunakan sebagai barang hiasan yang tidak ada tempoh matang dengan permintaan yang sentiasa meningkat seiring dengan perkembangan manusia. Selain digunakan sebagai hiasan, emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah.


Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut. Kini, emas juga menjadi pilihan sebagai simpanan untuk pelaburan jangka panjang. Sehubungan dengan itu, Emas Sri Semantan memberikan pilihan dan alternatif kepada masyarakat untuk membeli emas dengan harga yang sangat berpatutan dengan kualiti yang dijamin setaraf dengan kedai emas yang lain.



Di antara promosi yang menarik bagi pembukaan Kedai Emasi Sri Semantan Cawangan Ke 21 di Bandar Baru Nilai adalah :
  • Diskaun Hebat: Nikmati diskaun RM20/gram untuk barang kemas 916!
  • Cabutan Bertuah Utama: Berpeluang memenangi sebuah kereta BMW! Setiap pembelian barang kemas bernilai RM500 ke atas layak menerima tiket cabutan bertuah.

No comments:

Post a Comment