Tuesday, January 12, 2021

Raikan Cinta di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasa macam dah lama betul tak datang ke majlis perkahwinan. Alhamdulillah baru-baru ini, aku dan rakan-rakan berkesempatan ke majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur. Majlis perkahwinan siapakah agaknya ? Ikuti butirannya.


Ya, kami hadir ke majlis perkahwinan rakan kami, Izzati & Fahmi. Mereka telah melangsungkan majlis resepsinya di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pada 2 January 2021 yang lalu. Majlis berlangsung dengan penuh kemeriahan. Lihat sahajalah lokasi majlisnya, sangat gah dan mewah okay Dewan Perdana Felda nie. Sangat sesuai untuk mereka yang hendakkan majlis kahwin yang berkonsepkan mewah dan moden. 


Buat mereka yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dan masih lagi tercari-cari lokasi atau dewan yang besar dan lengkap dari segala aspek, boleh pertimbangkan untuk mengadakan majlis perkahwinan di Dewan Perdana Felda ini. 

Hal ini kerana, lokasinya yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur yang mana ia terletak di tengah-tengah semenanjung. Mereka yang datang dari utara mahupon selatan boleh datang turun ke KL untuk hadir ke majlis resepsi. 


Bukan itu sahaja, malah Dewan Perdana Felda ini mempunyai ruangan parkir kereta yang banyak dan luas. Kalau tak cukup di luar, boleh parkir di bawah tanah. Jadi, soal parkir tidak perlu risau. InsyaAllah cukup untuk memuatkan banyak kereta dalam satu masa. 



Soal parkir tidak perlu risau, memang banyak. Sekarang cuba korang tengok sendiri keluasan dalaman Dewan Perdana Felda ini. Serius memang sangat besar ya. Nampak dari luar macam kecil je, sekali masuk dalam, besar dan luas tau. Ia boleh memuatkan seramai 1100 orang dalam satu masa. Tapi oleh kerana kita masih berjuang memerangi Covid-19, dewan ini hanya mampu memuatkan 700 orang dalam satu masa. 



Bukan sahaja ruang makan yang luas dan besar, malah di dalam dewan ini juga tersedia lengkap ruangan untuk keluarga mempelai berehat dan bilik khas untuk pengantin lelaki dan perempuan berdandan dan juga bersiap. 




Bukan satu, tapi dua bilik khas ya. Jadi ruangan bersiap dan berdandan untuk kedua-dua pengantin tidak bercampur. Memang luas kedua-dua bilik VVIPyang terdapat dalam Dewan Perdana Felda nie tau. Bahkan terdapat ruang untuk solat di tingkat bawah. Ruangan solat yang disediakan sangat luas dan mampu memuatkan orang dalam satu masa. Jadi soal nak solat, tak perlu risau. Ada surau disediakan di dalam dewan ini.




Ouh ya untuk tahun 2021, Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur nie memperkenalkan dua konsep/tema perkahwinan iaitu Tropika dan Black & White. Dua konsep ini sangat moden dan fresh yang mana ia tidak akan lapuk dek zaman. Aku sangat suka akan tema Tropika yang dipilih oleh pasangan mempelai untuk majlis resepsi mereka ini. Mungkin sebab aku sukakan kehijauan kot. 

Lihat sahajalah hiasan pelamin dan meja beradab pengantin tu. Sangat cantik okay ! Lantai meja beradab pengantin terdapat pancaran LED yang membawa vibe seperti berada di alam fantasi.


Seperti yang aku cakap tadi, dunia masih belum berhenti melawan penyebaran Covid-19. Oleh itu, ramai risau untuk membuat majlis keramaian yang melibatkan ramai manusia seperti ini. Jangan risau, walaupun majlis melibatkan ramai manusia, namun SOP yang dikuatkuasakan di Dewan Perdana Felda ini cukup ketat dan betul-betul mengikut SOP yang telah ditetapkan bersesuaian dengan seruan Kementrian Kesihatan Malaysia. 



Malah mereka siap sediakan sarung tangan plastik untuk setiap tetamu di meja makan untuk mengambil hidangan di atas meja tau. Memang betul-betul jaga SOP sekiranya mengadakan majlis di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur nie. Jadi, tak perlu risau bab itu okay, semuanya terjaga dan telah diberi garis panduan. Kita jelah sebagai tetamu dan sebagai individu, haruslah mengikut segala garis panduan tersebut. Tempat dah ikut SOP tapi tetamu tak ikut SOP tak guna jugak. Pokok pangkalnya, semua individu perlu mainkan peranan dalam bab SOP nie.


Okay, sekarang kita tengok bab makanan pula. Tadi aku ada kata sarung tangan disediakan di setiap meja untuk ambil hidangan, betul tak ? Yes, semua hidangan siap tersedia di atas setiap meja. Tidak perlu beratur untuk ambil makanan. Ia tidak berkonsepkan buffet seperti di majlis perkahwinan biasa kita hadir tu. Oleh kerana tengah Covid-19 nie, pihak Felda Dsaji cuma untuk mengurangkan kesesakan manusia sebaik-baiknya. Salah satunya dengan cara makanan tersedia di atas meja. 

Jadi, tak perlulah tetamu beratur panjang dan bersesak-sesak ambil makanan. 


Konsep sajian amsakan ialah berkonsepkan makanan tradisi masyarakat Malaysia. Antara menu wajib yang selalu ada di majlis-majlis perkahwinan seperti sayur dalca, daging masak hitam, daging salai masak lemak cili api, sayur goreng masakan jawa,ayam masak merah dan macam-macam lagi. 

Paling menarik sekali, terdapatnya Apam Johol disajikan. Bukan senang ya nak dapatkan Apam Johol nie sekarang. Hanya majlis-majlis tertentu sahaja atau kena pergi ke Negeri Sembilan untuk menikmati Apam Johol nie. 



Hidangan tambahan lain seperti kambing bakar, mee goreng, cendol dan lain-lain, tetamu boleh datang ke booth-booth yang ada untuk mengambilnya. Kambing bakar untuk katering Dsaji nie memang sedap betul. Lembut dan hancur di mulut. Tak liat langsung. Bau hanyir pon tak ada. 



Juga turut memperkenalkan produk terbaru Dsaji iaitu Tapai Aiskrim. Ya unik sekali dan kemugkinan kalian juga baru pertama kali mendengar Tapai Aiskrim. Dalam ais krim nie terdapatnya ketulan-ketulan tapai. Memang unik rasa dia. Terdapat 5 perisa, iaitu vanila, mangga, strawberry, keladi dan juga durian. Namun perisa durian tidak dapat dapat disajikan kerana bukan musimnya. 


Memang cukup meriah majlis persandingan Izzati dan Fahmi. Majlis berjalan dengan lancar, alunan muzik dari kugiran dan irama violin yang menemani tetamu iring masuk ke dewan cukup mengasyikkan. Rasa terbuai-buai bila berada di dalam dewan tersebut. Tiba-tiba rasa macam nak cepat-cepat kahwin dan ambil pakej majlis kahwin dari Felda Dsaji nie. Eh !


Jadi, kalau korang pon rasa teruja melihat pakej majlis kahwin yang diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur nie, bolehlah cepat-cepat membuat tempahan dengan mereka. Layari laman sesawang Facebook mereka untuk maklumat lebih lanjut : DEWAN PERDANA FELDA .

Atau terus hubungi : 03 - 2698 8302

DEWAN PERDANA FELDA
Jalan Maktab, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur


Akhir kata, selamat menjalani bahtera rumahtangga buat kedua pasangan mempelai, Izzati dan Fahmi. Semoga berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Selamat pengantin baru !

14 comments:

  1. pernah hadiri majlis kahwin kat dewan felda. memang sama apa yang u bagitau. spacious, makanan pun sedap. sapa nak kawen elok sangat buat kat sini

    ReplyDelete
  2. Nampak selesa sangat dewan dia, sesuai sangat untuk majlis perkahwinan dan majlis lain jugak. Makanan dia pun mesti sedap-sedap kan.

    ReplyDelete
  3. Dewan perdana felda ni memang cantik buat wedding..pernah pergi wedding kat situ memang cantik..

    ReplyDelete
  4. Nampak mewah betul buat majlis kat sini.. kawasan ruang pun besar, susunan makanan pun menarik, aishh kalau ada di JB boleh survey untuk majlis anak..

    ReplyDelete
  5. Tampak mewah dengan dekorasi menarik. Ruang pun luas kat dewan Felda ni kan. Sesuai sgt dengan keadaan pandemik skang ni. Paling penting, smeua ikut SOP

    ReplyDelete
  6. Serba lengkap kan Dewan Perdana Felda ni.. next time ada event besar2an boleh consider this hall... Very convenient also...

    ReplyDelete
  7. woow...this wedding hall is so spacious & nicely decorated, the wedding dishes so yummy! am tempting to try the tapai ice cream :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. nice venue for wedding so spacious and so many facility!! thanks for sharing this...

    ReplyDelete
  9. Suka dengan konsep dewan yg diperkenalkan. Cantik dan lias. Makanan pun ada pelbagai

    ReplyDelete
  10. Paling suka tengok menu kat sini. Mewah betul. Siap dgn aiskrim lagi.

    ReplyDelete
  11. this seems like the perfect location for wedding and large corporate functions! the parking is also so conveniently outside, plus the facilities look amazing!

    ReplyDelete
  12. Kak nina dah pernah datang sini, memang puashati dengan dewannya. Facilities pun bagus. Paling best, opkos Food dia sedap. Rekemen laaa bhat apa jua majlis kat sini

    ReplyDelete
  13. Wah.. cantiknya dewan dia and npk mewah siap ada iringan muzik kak pernah pg majlis kahwin di soni

    ReplyDelete
  14. Lamatak blogwalking. Awas ye korang bergambar dekat2 semuanya. Penjarakan sosial mana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...