Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie, aku nak berkongsi dengan semua pembaca Jejakakaula, akan rawatan facial yang aku buat tempoh hari di Dr Medispa & Wellness, yang terletak di Kajang. Jom ikuti butirannya !
Terdapat pelbagai jenis rawatan yang ditawarkan di sini. Pilih je nak mana satu, bergantung pada masalah muka yang korang hadapi. Juga boleh meminta pendapat Doktor akan rawatan apa yang sesuai untuk muka anda. Doktor dan beauticians di sini sangat ramah dan baik. So jangan malu-malu untuk bertanya okay. Aku tak tahu nak pilih rawatan apa, tapi beautician di sana mengesyorkan aku untuk mencuba rawatan Hydradermabrasion Facial.
Hydradermabrasion Facial
Hydradermabrasion adalah rawatan meng-infuse serum dan air pada kelajuan tinggi, dengan menggunakan mesin khas. Rawatan ini berfungsi untuk mengeluarkan toksin, mengeluarkan sel-sel kulit mati, dan berfungsi untuk melicinkan garisan halus dan kedutan pada kulit muka. Hasilnya, kulit muka akan menjadi lebih glowing dan mulus. Rawatan ini sangat berkesan dan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit kering sensitif.
Tanpa membuang masa lagi, jom ikuti proses rawatan yang aku dapatkan ini.
1. Cleansing process
Mula-mula, beautician tu membersihkan muka aku dengan membasahkan cotton pad dengan air. Sebaik disapu bersih, beliau meletakkan cecair yang aku percaya ianya adalah cleansing product ke seluruh muka. Terus, beliau menggunakan satu berus khas untuk menghilangkan kotoran di muka dan membersihkan muka aku secara menyeluruh.
2. Mask
Seterusnya, mask disapukan pada kulit wajah. Jenis mask bergantung pada kulit dan masalah wajah yang dihadapi pelanggan. Untuk kulit wajahku, beautician tersebut telah meletakkan Bubble Rose Mask.
3. Steaming process
Lepastu muka akan melalui proses pengewapan bagi membuka ruang-ruang pori di muka agar mudah untuk melakukan proses membuang white head dan black head.
4. White/black head removal
Seterusnya, beautician tersebut akan menggunakan satu alat sedutan untuk mengeluarkan "nasi-nasi" pada kulit wajah. Memang rasa puas hati betul dapat melihat "nasi-nasi" tadi disedut keluar oleh mesin tu. Sekiranya beautician tersebut tidak berpuas hati dengan aktiviti sedutan menggunakan mesin itu, beliau akan melakukan sedutan itu secara manual. Untuk cara manual, agak sedikit sakit dan hasilnya lebih memuaskan.
5. Hydra process
Selepas proses sedutan white head itu, barulah rawatan Hydra dijalankan. Terdapat mesin khas untuk rawatan ini. Mesin tersebut akan meng-infuse kan sekali serum ke dalam wajah secara terus. Serum yang digunakan juga berbeza bergantung pada jenis dan masalah kulit masing-masing.
6. Ultrasound
Sebaik proses Hydra tamat. Aloevera gel telah disapu ke seluruh bahagian muka dan proses ultrasound dijalankan. Proses ini juga menggunakan sebuah alatan yang khas. Proses ini dipercayai membantu mengecilkan pori muka semula.
7. LED face mask process
LED face mask ini membantu dalam mengurangkan kesan kemerahan pada muka. LED berwarna merah itu menggalakkan pengeluaran kolagen untuk wajah dan membantu penghasilan vitamin D yang akan memberikan kesan glowing pada wajah. Sekaligus, membasmi bakteria pada kulit wajah.
Terdapat dua bilik rawatan dan ianya sangat Miuslimah friendly. So girls, jangan ragu jangan gusar. Dr Medispa & Wellness adalah pusat sehenti kecantikan yang sangat sesuai untuk semua. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan kecantikan di sini, boleh rujuk butiran di rawatan di bawah.
Treatment List
Hydradermabrasion Facial : RM 180
Premium Gold Facial : RM 250
White As Snow Facial : RM 180
Jerawat Go-Away Facial : RM 200
Jeragat Go-Away Facial : RM 180
Anti-Ageing Facial : RM 150
Vampire Facial : RM 490
Fresh Facial : RM 80
Galvanic Facial : RM 90
Vitamin C Facial : RM 150
Signature Treatment
Dermapen (Micropen) : RM 280
Rawatan Dermapen bagus untuk mengurangkan kesan-kesan parut jerawat yang berkawah
Luxurious 75 Pregnancy Massage : RM 150
Kalau tak tahu nak pilih rawatan apa yang sesuai dengan masalah kulit wajah, boleh terus dapat consultation daripada Doktor dan beauticians di situ. Mereka sangat membantu dan mesra.
DR MEDISPA & WELLNES
Reko Sentral, Kajang
Tel : 03-8733 1980
Call/Whatsapp : 013-7706 708
Facebook :
Instagram : https://www.instagram.com/drmedispaandwellness/
Promosi yang sedang berlangsung di Dr medispa & Wellness. Cepat buat appointment sekarang. Penjimatan berganda sementara promosi sedang berlangsung. Say bye-bye pada parut jerawat. Jom !
Bestnya ke medispa ni. Boleh buat rawatan dengan harga yang berpatutan, nanti nak check kat jb ni ada tak Medispa ni.. Nanti bolehlah terjah
ReplyDeletewow.. not bad harga dia.. if treatment dia bagus
ReplyDeletewhy not sesekali spend ur money for good kan..
anyways kulit ada nampak beraih segar tu.. blh
cuba nanti.. thanks man
Assalamualaikum wrmbth dan selamat pagi. Mama singgah blog walking. Buat rawatan kulit untuk jaga penampilan memang bagus terutama kalau kita selalu jumpa klien. Asalkan tak berlebihan, insyaallah ok. Perlu tahu batas
ReplyDeletewahh best je tgk dia buat facial hahha..yg led face mask tu x penah try hurmm interesting sgt la..mcm2 jenis treatment ade la..vampire facial pun ade..x sure plak mcm mane tu ye hahahaha...
ReplyDeletewah dekat dengan rumah kak lily ni, memang patut kena singgah ni
ReplyDeletemesti syok kan orang belai-belai muka tu. relak je. memang perlu pun rawatan muka macam ni baru la muka nampak cantik dan sihat. teringin gak nak cuba tapi jauh pulak ke Bangi.
ReplyDeleteSekali sekala elok juga manjakan muka dan diri kan..tapi tu la..org laki ni jarang sgt nak layan benda benda gini kan hehe
ReplyDeleteHihi suka tengok kalau lelaki jaga kesihatan kulit. Best kan bila dapat buat facial :p Dekat juga dengan rumah Yaya ni. Boleh cuba nanti hee
ReplyDeleteBest tu kalau ke Spa macam ni, suasananya aman dan nyaman, mesti puas hati dapat treatment yang tenang macam ni,
ReplyDeleteYang led mask tu macam agak scary je. Takut je sebab ada cahaya merah merah and muka kena tutup macam tu hahahha. Tapi baguslah sekarang ni orang laki pun pandai jaga penampilan muka
ReplyDeleteTak pernah pakai LED face mask masa buat facial sebelum ni, macammana rasanya masa pakai tu? Rasa panas ke?
ReplyDeleteBab kecil kan pori tu buat akak terruja, maklumlah kulit dah macam permukaan kulit limau huhu. thanks for sharing this info
ReplyDelete8 Cara Buat Duit Dengan YouTube
Best tau sekali sekala dapat memanjakan muka. Kos rawatan pun sangat berpatutan. Ingat nak try sekali buat rawatan kat sini. Nak juga muka berseri-seri heheh
ReplyDeleteAmboi kacak bergaya pergi spa. Sekarang tidak kira lelaki atau perempuan, penjagaan wajah dan diri amat penting. Supaya sihat dan berseri. Betul tak cikguuu. RM berapa kos rawatan kat sini?
ReplyDeleteRawlins teringin tapi takut sangat-sangat hehe. Nanti bila Rawlins dah berani sikit, boleh la try kot. Hehe
ReplyDeletePatut kulit licin mulus je.. Rupanya pergi spa.. Hehehe.. Rawatan dia nmpk menarik.. Kita teringin nk try yg LED face mask tu... Apa rasa dia bila buat rawatan tu ea? Medispa ni dah ada kat Johor lom?
ReplyDeleteBestnya siap ada infuse serum lagi . Rawatan muka ni pun penting sangat kan . Tengok proses dia memang best je . Sekali sekala manjakan kulit wajah .
ReplyDeleteWow, Dr. Medispa offers so many different treatments. Found joy watching you do yours and feel like I should go for a session as well! Need to plan cos they are a distance away from me.
ReplyDeleteMacam best ja tengok, sekali sekala manjakan diri gini best gak
ReplyDeleteAdoiiiiiiii, tengok zharif buat treatment...rasa lama lak tak buat face treatment. Makin cantik la uolsss dengan treatment ni... Jangan lupa amalkan juga pemakaian skincare ye.
ReplyDeleteMenarik juga dapat manjakan diri buat rawatan macam ni.
ReplyDelete