Thursday, July 26, 2018

RNN Catering & Event Management Menawarkan Pakej Wedding Homestay Buat Bakal Pengantin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Zaman sekarang, nak kahwin mudah ja. Tak perlu nak fikir banyak benda, tak perlu nak buat list panjang-panjang, tak perlu serabut, tinggal ambil je pakej-pakej yang tersedia dekat pasaran. Pilih je mana pakej yang bersesuaian dengan budget kita. Buat bakal pengantin yang berhajat untuk kahwin pada tahun nie dan juga tahun hadapan, nie aku nak perkenalkan satu pakej istimewa dari RNN Catering & Event Management Sdn Bhd.


Pakej perkahwinan yang aku nak perkenalkan ini agak berlainan sedikit daripada pakej yang biasa aku dengar di pasaran. Pakej ini ialah pakej Perkahwinan Homestay. Pakej macam mana tu ?

Perkahwinan Homestay (Wedding Homestay)

Pakej Perkahwinan Homestay ini meyediakan tapak untuk majlis kahwin, bersama rumah homestay untuk keluarga pengantin. Kiranya macam buat majlis di rumah yang disewakan. Hah gituee. Memang seronok untuk adakan majlis di rumah sendiri, tapi yang jadi tak seronok setelah kenduri kahwin itu selesai. Banyak benda nak kena kemas dan bersihkan. Oleh sebab memikirkan hal inilah maka team Catering & Event Management dengan kerjasama pemilik homestay ini mengambil inisiatif bagi menyelesaikan masalah ini.



Beberapa homestay telah dikenalpasti untuk dijadikan salah satu venue untuk majlis perkahwinan buat pasangan mempelai yang memilih pakej perkahwinan melalui khidmat RNN Catering & Event Management ini. Ruang rumah yang cukup luas, sudah pasti menjadi pilihan orang ramai di luar sana.


Sedara ramai pun tak jadi masalah sebabnya di rumah ini ade 4 bilik dan telah diubahsuai dengan kemudahan katil yang mampu menampung jumlah ahli keluarga yang ramai. Yang pasti, ruang rumah ini sangat luas.



Pakej ini bukan sahaja untuk perkahwinan, malah untuk majlis lain seperti majlis akikah ke, majlis apa-apa majlis lah yang korang rasa perlu jemput ramai orang datang. Boleh ambil pakej dari RNN Catering & Event Management nie.



Terdapat pelbagai pakej perkahwinan yang disediakan. Tapi tak dapatlah nak details kan apa yang ditawarkan dalam pakej tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh cek laman sesawang RNN Catering & Event Management sendiri. Kat sini, aku nak highlightkan pakej Wedding Homestay yang ditawarkan. Berikut merupakan butiran harga untuk pakej Wedding Homestay.

RM 35/pax - 1000pax (Harga promosi RM 27.99/pax)
RM 40/pax - 800pax (Harga promosi RM 29.99/pax)
RM 58/pax - 500pax (Harga promosi RM 40.99/pax)

Pakej ini termasuklah pengurus majlis, lokasi majlis, tempat tinggal keluarga (homestay), makanan pengantin, PA system, deko pelamin, mini pelamin, 4 unit khemah berkonsepkan Arabian, 25 buah meja yang beralas dan 250 kerusi Chiavary dan plastik bersarung. Sebagai bonus, siap dapat kek 3 tingkat percuma sekiranya mengambil pakej ini.



Menu Cadangan 1
Menu Cadangan 2 (Menu Kampung)
  • Nasi minyak : Briyani 80% Nasi putih 20% 
  • Ayam masak merah/ goreng berempah 
  • Daging hot Palembang/ masak hitam 
  • Dalca sayur 
  • Acar Jelantah dan Papadom 
  • Buah dan kordial punch 
  • Tea corner dan 30% dessert 
  • 2 jenis kuih dan biskut
  • Bubur kacang/ pulut hitam 

  • Nasi putih beras Basmati Pusa 
  • Ayam goreng berempah 
  • Daging salai masak lemak cili api/ kawah 
  • Sayur campur 
  • Ikan kering 
  • Ulam-ulaman dan sambal belacan 
  • Buah dan kordial punch 
  • Tea corner dan 30% dessert 
  • 2 jenis kuih dan biskut 
  • Bubur kacang/ pulut hitam


Kalau berminat dengan pakej ini, ataupun berminat untuk mengetahui pakej-pakej yang lain, boleh terus menghubungi RNN Catering & Event Management Sdn Bhd. di butiran yang berikut :

Hotline : 016-873 4032 / 012-325 2383
Email: sales.hotcatering@gmail.com

RNN Catering & Event Management Sdn Bhd
No 2, Jln Terap Off Jalan Kovil Hilir, Jalan Sentul, 51100 Kuala Lumpur. 

Dengar cerita, 10 orang terpilih akan mendapat rebat RM 8000 sekiranya mendapatkan salah satu pakej yang ditawarkan. Apa tunggu lagi ? Cepat tempah sekarang.

15 comments:

  1. Makanan dia semua sedap2 ya ampun. Paling best masakan kampung, kambing bakar dan macam2 lagu. Mmg rekomen buat majlis kat sini

    ReplyDelete
  2. Berbaloi pakej semua lengkap macam ni. Tak perlu kemas rumah dan boleh rehat selepas seharian berpenat di majlis kahwin.

    ReplyDelete
  3. Tudiaaaa...Zhariff siap posing lagi kat atas katil..bukan main...akak suka pakej dan konsep macam ni sebab senang semua settle kat sini aje kan..tapi sediakan ajelah modal untuk pakej ni...

    ReplyDelete
  4. Cantik tempatnya. Dekorasi pun boleh tahan meriah. Sekarang ni ramai yang suke buat dekat temapt-tempat macam ni sebab tak payah susah-susah nak rewang kemas kan.

    ReplyDelete
  5. Ewahhhh Zharif...dah elok duduk kat pelamin tu. Kena cari lagi seorang duduk sebelah Zharif. Hehe. Erkkkkk dalam banyak2 gambar....gambar dengan payung paling WIN!!!....Kat sini semuanya ada kan. Menyenangkan bakal pengantin. Pentingnya pitih kena cukup.

    ReplyDelete
  6. Menarik pakej macam ni semua ada dalam satu pakej sahaja, tak perlu lagi risau dan pening kepala. Majlis resepsi serba lengkap dalam satu pakej hebat.

    ReplyDelete
  7. Nak tunggu majlis cikgu lah bila tu hehehe tak sabar nak datang mesti meriah. Buat kat homestay ni lah baru ramai orang boleh ajak pastu ajak artis sekali heheheh...

    ReplyDelete
  8. This homestay wedding concept is so cool. Less hassle for the family members in preparing for the event and tiring themselves And cleaning up after the event. For once they can properly enjoy the event

    ReplyDelete
  9. ya ampun nampak kemain sedap menu-menunya ek, wedding homestay ni patut di jadikan amalan ala bukan apa menyenangkan bakal pengantin dan keluarga jugak

    ReplyDelete
  10. The price is really worth it for the place, decoration and food, looks really grand, no wonder nowadays more and more homestays are available now.

    ReplyDelete
  11. Satu tempat semua ada, kiranya dah jadi wedding planner dan lain lain kan. Tuan rumah tinggal sediakan duit dan layan tetamu saja.

    tak payah pening nak fikir

    ReplyDelete
  12. Nampak gambar gambar dalam pos ni terus teringin nak makan nasi minyak, wah wah. lapar lah pula. Kena pergi kenduri hujung minggu ni

    ReplyDelete
  13. pergh memang luas...bilik dan ruang yang selesa..menu makanan macam-amacm..best giler..senang macamni kan..takyah susah 2 kita gotong royong semua..hahaha..

    ReplyDelete
  14. Love this wedding homestay package. Low priced, but a lot of thought has been put into it. Bridal couples would not have anything to worry about!

    ReplyDelete
  15. Bagus konsep wedding homestay ni pakej serba lengkap all in one. Tak payah nak cari kat dua tiga vendor . Nak berkumpul family Dan saudara pun senang kan .

    ReplyDelete