Sunday, March 4, 2018

Seronoknya Meneroka Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tak sangka Johor Bahru juga terkenal dengan bangunan warisan sejarahnya. Selama hari ini, aku ingat Johor Bahru nie cuma satu bandar yang pesat membangun dengan bangunan-bangunan tinggi je. Tak tahu pulak ada tempat-tempat sejarah. So kali ini, kami berada di Johor Bahru untuk menjelajah dan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, sekiranya anda berkunjung ke bandar pesat membangun ini.


Sebelum kita pergi lebih dalam, suka untuk aku bercerita serba sedikit mengenai Johor Bahru, atau lebih dikenali sebagai JB. Johor Bahru merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di JB, terdapatnya kawasan-kawasan perindustrian, kawasan urban dan kawasan tinggalan sejarah.


JB sangat terkenal di kalangan pelancong-pelancong luar, kerana terdapatnya banyak kemudahan, terutama sekali kemudahan kenderaan awam di sekitarnya. Johor Bahru juga merupakan pusat imigrasi untuk masuk ke negara Singapura. Oleh sebab itu, sedikit sebanyak ia membantu kepesatan dari segi kedatangan pelancong luar ke JB dan sekaligus memberikan kesan positif kepada pembangunan di sekitar JB supaya ia berdiri sama tinggi dengan negara maju Singapura itu. Satu persaingan pembangunan yang positif.


Walaupon JB pesat membangun menjadi kawasan urban, ia juga amat menitikberatkan dan sangat menjaga kawasan-kawasan warisan yang penuh dengan sejarah. Siapa sangka, kawasan urban ini juga terdapatnya kawasan warisan yang dahulunya merupakan titik permulaan pembangunan daerah JB ini. Kawasan ini telah digazetkan dan dipanggil sebagai Johor Heritage Trail.



Johor Heritage Trail boleh di akses dengan hanya berjalan kaki sahaja kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan urban JB ini. Di sini, pengunjung dapat menyaksikan deretan rumah-rumah kedai lama, yang masih mengekalkan binaan asal bangunan tersebut. Usia deretan kedai-kedai ini sudah melebihi setengah abad. Namun begitu, ia masih kukuh dan mengekalkan bentuk asal bangunan tersebut. Yang paling penting, ia masih beroperasi sehingga ke hari ini. 


Dan korang akan terjumpa dengan sebuah bangunan yang mempunyai senibina bercirikan British. Bangunan ini ialah Bangunan Sultan Ibrahim. Dahulu, bangunan ini merupakan pejabat urus setia Negeri Johor. Namun kini tidak lagi. Pejabat-pejabat urus setia Negeri Johor telah berpindah ke Kota Iskandar.


Memang cantik sangat senibina bangunan nie. Macam kubu perang pon ada. Malang sekali, tidak dibenarkan masuk. Jadi kami hanya boleh bergambar di luar pagar sahaja.

Bila dah jalan-jalan merentasi Johor Heritage Trail nie, jadi lapar pulak. Jadi kami sempat singgah ke Salahuddin Bakery untuk mengalas perut. Apa yang menarik mengenai Salahuddin Bakery nie ialah cara membakar roti-roti yang dijual di sini.



Roti-roti di sini dibakar menggunakan cara lama iaitu dengan menggunakan unggun kayu untuk membakar. Dan tempat membakar dia sangatlah klasik. Aku pasti, di era zaman permodenan ini, sudah tiada lagi kedai bakery menggunakan kaedah membakar menggunakan dapur klasik seperti yang ada di Salahuddin Bakery.



Roti-roti yang dijual di sini adalah homemade dan fresh dari oven. Rasa terliur bila tengok roti-roti di sini sebabnya semuanya gebu-gebas terbabas. Sempat beli beberapa bungkus roti di sini untuk tahu apa rasanya. Chewy dan gebu. Recommended ! Jangan lupa dapatkan roti gebu gebas terbabas di Salahuddin Bakery.


Sebaik sahaja selesai meneroka Johor Heritage Trail, kami meneruskan perjalanan ke Restoran Dapor Warisan di Laman Seni Warisan Johor. Ini merupakan kali kedua aku sampai ke Restoran Dapor Warisan ini. Memang tidak dinafikan, hidangan-hidangan di sini memang sedap-sedap belaka. Dan untuk menu lunch untuk team #borakkita pada kali nie, bertambah-tambahlah istimewa.



Tudia ! Melihat gambar-gambar ini, terus membawa kembali rasa sedap dari kari kepala ikan dan belangkas masak asam pedas dia. Memang tak mengecewakan sungguh tiap kali datang ke Dapor Warisan nie.


Antara menu yang dihidangkan kepada kami ialah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Daging Salai Cili Api, Asam Pedas Belangkas, Asam Pedas Ikan Merah, Kari Kepala Ikan Jenahak, Siakap Daun Kaduk, Ikan Pari Bakar, Udang Masak Merah.Ikan Singgang Halia dan pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-kuih dan pencuci mulut tradisional.


Apa yang uniknya Restoran Dapor Warisan ini ialah menu-menu yang terdapat di sini merupakan menu-menu asli masyarakat Melayu yang sudah jarang dihidangkan oleh mana-mana restoran. Menurut pemilik restoran ini, beliau ingin memastikan resepi-resepi hidangan melayu asli lama tidak hilang ditelan zaman. Oleh itu, beliau menghidangkan menu-menu yang hampir "pupus" ini agar generasi kini masih boleh merasa dan tahu menu-menu lama ini.


Di samping itu, pengunjung yang bertandang ke Restoran Dapor Warisan juga akan dihiburkan dengan kumpulan penari-penari tradisional Johor dan juga pemain angklung. Kalau korang rajin menyelongkar akaun youtube aku, apsti korang akan terjumpa video yang aku pernah rakam ketika Angklung Man ini mendendangkan lagu-lagu terkini dengan menggunakan angklung.

Enjoy the performances !


Terima aksih En Yusaini kerana menjamu kami di Dapor Warisan. Semoga perusahaan restoran Dapor Warisan ini terus maju dan dilimpahkan rezeki yang banyak.

DAPOR WARISAN

Lot 888 Sri Gelam, 80100 Jalan Sungai Chat, Johor Bahru
(Seberang Stadium tertutup JDT)

Contact : 013-705 7301
Dibuka setiap hari : 12.00 PM - 12.00 AM

Pada belah malam pula, korang boleh menaiki beca dan mengelilingi kawasan sekitar Johor Bahru. Perkhidmatan beca ini terdapat di Amari Hotel. Kalau korang menginap di Amari Hotel, maka mudahlah untuk mendapatkan perkhidmatan beca mengelilingi JB pada waktu malam kerana Amari Hotel ialah starting point untuk perkhidmatan beca ini.



Harga untuk satu kepala adalah serendah RM 15 sahaja untuk warganegara Malaysia. Manakala untuk yang bukan warganegara adalah sebanyak RM 30 satu kepala. Masa yang diambil untuk buat satu putaran lengkap mengelilingi JB adalah lebih kurang 15-20 minit.

Pemandu beca aku pada malam itu ialah anak pemilik perkhidmatan beca itu sendiri. Helokk ke idakk ?

Kami singgah ke Pasar Karat yang sangat hampir dengan Amari Hotel yang kami inap. Semasa menggunakan perkhidmatan beca ini, korang akan lalu kawasan Pasar Karat nie. So boleh lah singgah situ kalau nak. Pasar Karat nie jual macam-macam benda. Cakap je nak apa. Semua benda ada. Daripada aksesori, alatan dapur, pakaian, makanan, haiwan peliharaan, you name it. Semua ada. Lecak jugak lah nak tawaf satu Pasar Karat tu. Memang panjang gila.


Dan di tengah-tengah deretan Pasar Karat tersebut, terdapatnya satu restoran yang sangat unik. Nama restoran itu ialah Dapur Jendela. Restoran Dapur Jendela nie sangat unik kerana dekorasi dalaman dan luarannya dihias dengan peralatan-peralatan lama dan klasik.


Lihat sahajalah deko dalaman restoran Dapur Jendela ini. Memang memberi classic 60s vibe pada pengunjung yang hadir untuk menikmati hidangan di sini. Aku pasti, korang mesti syak hidangan-hidangan di sini berunsurkan menu-menu kampung-kampung, betul tak ?



Yes, memang ada disediakan makanan-makanan berkonsepkan menu kampung di restoran ini. TAPI ! Menu-menu kampung tersebut merupakan menu-menu yang biasa dihidang pada waktu bersarapan. Tapi di restoran Dapur Jendela ini, menu-menu tersebut dihidang pada waktu malam. Sebab tu korang boleh dapat lihat ada lempeng, ubi kukus, bubur nasi dan macam-macam lagi lah hidangan sarapan orang kampung dihidang pada malam hari di restoran ini. Bukan itu sahaja, di sini juga ada menghidangkan hidangan-hidangan barat. Seperti spaghetti, chicken chop, fires dan macam-macam lagi.



  • Spaghetti Seafood Carbonara (RM 17)
  • Spaghetti Bolognese (RM 14)
  • Chicken Chop (RM 15)
  • Nasi Kukus Ayam Goreng (RM 10)
  • Soto (RM 7)
  • Lempeng Sambal Ikan Bilis (RM 5/ 3pcs)
  • Bubur Nasi (RM 7)
  • Ubi Rebus Sambal Ikan Bilis (RM 5/ 3pcs)
  • Roti Jala (RM 6/ 5pcs)

Senarai di atas merupakan menu-menu yang dihidangkan kepada kami pada malam itu. Apa yang aku paling recommend ialah Spaghetti Seafood Carbonara tu. Serious sedap gila !! Rasa macam nak tambah lagi satu je bila dah habis tu. And another one is Lempeng Sambal Ikan Bilis. Sambal ikan bilis kat sini sangat terbaik. Ya Allah sedap gila. Makan pula dengan lempeng, bertambah-tambahlah sedapnya. Make sure korang order dua menu ini sekiranya bertandang ke sini ya.



DAPUR JENDELA

No 49 Jalan Tan Hiok Knee, 80000 Johor Bahru

Tel : 012-781 3227
Waktu Operasi : 11 pagi - 12 tengah malam


Seterusnya kami dibawa menaiki bas mewah ini. Pemilik perkhidmatan bas mewah ini sama dengan pemilik perkhidmatan beca itu tadi. Kami dibawa meronda-ronda sekitar JB menggunakan bas mewah ini pula.



Memang selesa sungguh berada dalam bas mewah ini. Bas ini lebih kurang macam rumah bergerak lah. Ala-ala caravan gituee. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dapur masak, microwave, peti ais, bilik air, set karaoke, penghawa dingin dan macam-macam lagi. Nama bas mewah ini ialah RV Luxury Bus. Perkhidmatan bas mewah bergerak pertama yang ada di Malaysia ini.



Kadar sewa : RM 2500 satu hari. 
(Termasuk satu pemandu bas, dan satu follower yang bertindak sebagai security dan juga minyak)
Boleh muatkan 8 orang dewasa untuk tidur dalam RV Luxury Bus.
Minimum sewa 3 hari. Kalau sewa selama 10 hari, percuma 1 hari free.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke website


Jadi, kalau korang ingin menggunakan perkhidmatan bas mewah ini, boleh lah terus ke website yang aku attach kat atas tu untuk maklumat lanjut. Bukan setakat bas sahaja, macam-macam lagi jenis pengangkutan sewa ada. Jadi, pilihlah nak yang mana satu dan bersesuaian dengan itinerary anda.


Tarikan terbaru di JB berhampiran dengan laman Bukit Serene

Laman Bukit Serene

Tak datang Johor lah kalau tak singgah Laman Bukit Serene nie. Ini merupakan kali pertama aku berada di sini pada waktu malam. Boleh tahan lah suasana malam di sini. Cantik dengan warna-warni.

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Johor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee
kerana telah menaja travelogue kali ini

12 comments:

  1. Best dapat melawat seni bina banggunan zaman dulu. Nak cakap, macam beg Aiken je tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya begitulah. X review pon lagi. Hahahaa

      Delete
  2. Johor Bahru pon byk tgglkn bgunan2 lama ... Walaupun dah pesat membangun mcm di KL .. Saya yg org Johor ni pon xpuas lagi jelajah 1 negeri Johor.. Hahhaa. Kalau rajin explore mmg byk lg tempat2 menarik dalam Johor ni kan..

    ReplyDelete
  3. that bus ride looks so cool! and now i really want to try that fish head curry n visit the salahudin bakery....

    ReplyDelete
  4. Semua tempat tu menarik la Zharif.. especially Dapor Warisan tu ha..banyak bangunan lama yg patut dikekalkan sebagai salah satu lokasi tumpuan pelancong kan..vanyak je tempat menarik kat Johor cuma blom habis explore lagi

    ReplyDelete
  5. Zharif memang jenis happy kan. Tengok semua gambar pun happy. Hahaha. Rasa nak makan makanan tu. Pergi melawat tempat-tempat tu. Bagus semua informasi yang Zharif tulis ni. Nak pi makan kat restoran yang Zharif suggested tu satu hari nanti

    ReplyDelete
  6. Best yer zharif dapat round2 Jb. Huda banyak kali pergi JB masih belum sampai la pasar karat dan laman serene tu waktu malam. Bulan 4 nanti nak holiday ke JB lagi, kena singgah semua tempat yang Zharif kongsikan ni, sebab memang menarik sangat2!

    ReplyDelete
  7. WAh ada lagi bakery yang guna cara lama utk membakar roti. Rasanya mesti unik dan sedap. Tak tahu pun pasal bakery tu..Tak sangka, JB ada banyak tempat2 best.

    ReplyDelete
  8. I miss JB already, I've heard a lot of good feedback about Salahuddin Bakery can't wait to try it out someday since I am a big fan of roti! I bet the experience of staying in a coach was really fun, I've never tried it out before, hopefully someday I will get the chance to do so.

    ReplyDelete
  9. Selalu jugak pergi JB tapi tak sempat nak jalan. Dulu ingt JB ni boring tau. Rupanya banyak tempat best boleh dilawati.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  10. So jealous seeing the adventurous trip that you have in Johor. The buns seem fresh from oven. Next time I can plan 3d2N trip to Johor and refer to your recommendation. The Masakan Johor look great and delicious.

    ReplyDelete
  11. Dah banyak kali pergi JB tapi belum singgah lagi tempat-tempat kat atas tuh.. Hehe... Okay...lepas ni singgah sekali lagi dah boleh round the world lah kat JB tuh..

    ReplyDelete