Tuesday, March 13, 2018

WWW.JEJAKAKAULA.COM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah 8 tahun berkecimpung di dalam dunia blog, aku akhirnya memutuskan untuk memiliki domain sendiri. I finally dropped the blogspot word from my url. Now you can access my blog with just www.jejakakaula.com

Pasti korang tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba berhijrah ? Aku pon tak pasti di mana kekuatan aku atau di mana datangnya semangat membuak-buak untuk aku menukar ke domain sendiri. Actually, benda nie aku dah lama consider. Niat tu memang dah ada, cuma tak ada penggerak untuk aku berhijrah. Sehinggalah . . . .


I met this one blogger at an event recently. She moved my thought. To be very quite honest, she scared me. When i was driving back home from the event, i kept thinking about what she said. I was like cacing kepanasan. Tak senang duduk dibuatnya. Sampaikan besok pagi kat tempat kerja pon, aku asyik dok memikirkan apa yang dia cakap. She just teased me anyway, but still she made me scared.

Ceritanya begini . . . .

Dekat table yang aku duduk tu, kebanyakkan semuanya blogger-blogger yang aku tak pernah bersua muka. Hanya kenal di laman sesawang sahaja. So kami pon berkenalan sesama kami. Bila borak pasal domain, maka berlakulah perbualan berikut. (Perbualan berikut mungkin tidak 100% mengikut situasi sebenar but the point is there)

Me : Wahh semuanya dah ada domain sendiri. Saya nie bab-bab domain tak gheti sangat nak explore. Nanti-nantilah nak tukar. Serabutlah nak buat domain sendiri (Walaupon hakikatnya semudah ABC).

Akak : Eh nama blog apa tadi ?

Me : jejakakaula.blogspot.com

Akak : Okay lah, akak nak book siap-siap nama tu then jual. Jual mahal-mahal. Sebab akak tahu mesti awak nak jugak memiliki nama tu sebagai domain nanti. - Dengan nada gurau

I was like "OMG ! Is she for real ??" - Rasa jantung terberhenti seketika. What if dia betul-betul maksudkannya ? Mahu menangis di bucu katil nanti. Aku memang nak kekalkan nama "Jejakakaula" itu sebab ia memberi sentimental value dalam hidup aku. Mana taknya, 1/3 kehidupan aku hidup bersama jejakakaula kot. Jadinya, agak sedih lah kalau nama ini tak dapat dimiliki. Disebabkan itu, aku cepat-cepat beli domain sendiri. Gituee.

I am using service from Serverfreak sebab aku tengok banyak review-review positif dari bloger-blogger lain. RM 50 je setahun. So agak murah lah. Satu hari jugak dok mengkaji pasal nak beli domain nie tau. Ini semua gara-gara takut nama domain kena sailang punya pasal. Hahaha

And i want to thank her actually, because of her, i decided to have my own domain immediately. Thank you akak ! 😊😉

Itulah cerita disebalik pembelian domain secara tiba-tiba ini. Please remind me next year yer untuk renew hayat domain. Setiap 13 March tau. Kang ada orang terlupa pulak. Hahahaha. Hopefully, dengan adanya domain sendiri ini, aku lebih bermotivasi dan istiqamah untuk mengupdate blog dan lebih dimurahkan rezeki. Aminn.

Notakaki : Pernah terbaca dalam satu status yang dimuatnaik oleh seorang blogger di group, mengatakan mereka yang masih ber-url-kan blogspot, tidak serious dalam blogging. Totally disagree. Memiliki domain sendiri bukanlah tali pengukur blogger itu serious ataupun tidak dalam dunia blogging.

INI BUKAN IKLAN BERBAYAR. HARAP MAKLUM.

8 comments:

  1. Wah, tahniah Zharif. Akhirnya dot com jugak. Penting jugak sebenarnya dapatkan cepat domain ni. Sebab your domain ni mahal actually, bila bila je orang boleh sailang jual lagi mahal.

    Yelah kalau Oh Bulan pun mahal harga tu, apatah lagi 'Jejaka Kau la'. Tahhhhniaahhhhh !! ..

    Btw, best cerita tu hehehe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, akhirnya bertukar jua demi memiliki nama itu 😉

      Delete
  2. Tahniah Zharif..
    Yup... Lagipun bila ada domain sendiri ni orang lebih mudah percaya kesungguhan kita dalam berblogging.

    Remind LeYa tu ye.. Bulan 8 ni expired..hehe..

    ReplyDelete
  3. congrat bro, aku masih pakai blogspot, semoga ada momen juga macem nih yang motivasi tuk tukar domain, hihihi

    ReplyDelete
  4. hahahhahah ... that akak ... ish ish ... .. that's how it works in digital world. but anyway.. congrats u move step forward. insyallah ada rezeki kita jumpa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kak Azni =)
      Terima kasih ekrana "menyedarkan" saya pasal beli domain tu. Kalau tak, sampai bila-bila lah saya ber-url-kan blogspot. hahahaa

      Delete
  5. Tahniah..done follow blog awak .. saya rabia blogger dari blog rabiadawiyah21.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...