Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti yang kita sudah sedia maklum, bulan Ramadhan sudah semakin hampir. Dan pasti ramai yang sedang sibuk mencari tempat berbuka yang best dan menepati citarasa mereka. Ini cadangan hotel pertama yang aku nak suggest kan untuk korang iaitu Hotel Hilton Petaling Jaya.
Hotel Hilton tahun ini sekali lagi akan membuat promosi buffet Ramadhan nya yang bertagline kan "Jom Makan". Buffet Ramadhan di Hotel Hilton ini merangkumi 150 jenis hidangan dari pelbagai jenis masakan. Dari Masakan Melayu, ke masakan Chinese, masakan Indian, Western, dan banyak lagi. Pokoknya memang banyak sangat !
Pada 8 March yang lalu, aku berpeluang mencuba menu-menu buffet Ramadhan yang disediakan di Hotel Hilton Petaling Jaya nie. Memang kenyang sungguh aku pada malam tu. Macam-macam aku makan.
Menu-menu yang biasa dihidang di pagi raya turut disediakan
Kambing panggang
Asam pedas dia memang padu ! Sedap gila beb. Kalah asam pedas Melaka tau. Serious sedap sangat.
Apa yang menariknya buffet Ramadhan di sini ialah terdapatnya food-food truck di bahagian luar hotel, yang juga menjadi sebahagian daripada buffet yang disediakan oleh Hilton Hotel Petaling Jaya. Siap ada food truck untuk durian lagi. First time aku jumpa buffet durian untuk buka puasa tau.
Aneka cendol
Itulah kelainan yang cuba dibawa oleh Hotel Hilton pada tahun ini. Hotel Hilton bekerjasama dengan vendor-vendor food truck yang terbaik di Malaysia dalam projek "Jom Makan" ini. Dengan kerjasama ini, ia menambahkan lagi pilihan makanan yang ada dalam buffet Ramadhan tahun ini. Masih memfokuskan menu-menu kampung dari seluruh negeri, Hotel Hilton juga tidak mengetepikan menu-menu lain dari pelbagai budaya, agar buffet tahun ini lebih menarik dan meriah.
Salad, pelbagai jenis sup, nasi ayam dan pelbagai menu pembuka selera
Steamboat pon ada tau
Pencuci mulut, kuih-muih tradisional dan buah-buahan
Apam balik pon ada
Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada pemain muzik angklung dan juga persembahan tradisional sambil menikmati juadah berbuka puasa di Paya Serai Hilton Petaling Jaya.
Kini detik yang dinanti-nanti, berapakah harga dia ?
Untuk 3 hari pertama Ramadhan (15 May - 17 May 2018)
RM 169 (Dewasa) dan RM 89 (Kanak-kanak)
Untuk hari berikutnya (18 May - 10 June 2018)
RM 189 (Dewasa) dan RM 99 (Kanak-kanak)
Untuk 3 hari terakhir Ramadhan (11 June - 14 June 2018)
RM 169 (Dewasa) dan RM 89 (Kanak-kanak)
Cepat tempah sekarang, sebabnya kalau korang tempah awal boleh dapatkan voucher buffet Ramadhan dengan harga RM 149 (Dewasa) dan RM 79 (Kanak-kanak). Macam mana nak tempah ?
Hubungi talian berikut : 03-7955 9122 atau layari www.zestPJ.com
Ruang makan yang luas dan selesa. Boleh memuatkan 300 pax dalam satu masa
Jom ramai-ramai berbuffet Ramadhan "Jom Makan" di Paya Serai Hotel Hilton Petaling Jaya. Banyak pilihan makanan untuk anda makan. Tak dapat nak amsukkan semua gambar, kang panjang berjela entri nie penuh dengan gambar makanan. Hahaha
Notakaki : Surau juga ada disediakan di tingkat 1 dan ruang untuk solat sangat besar.
Gerunnya akak tengok lidah sapi. Macam tak terliur akak nak makan. Kenapalah tidak dipotong halus.
ReplyDeletehari tu ada juga try makan di sini. walaupun taklah rasa semua tapi memang sedap. pilihannya memang banyak sangat, sampai ke luar restoran pulak tu. haha. tapi macam terkejut sekejap tengok lidah sapi tu. XD
ReplyDeletePuasa bukan start 17 mei 2018 ke? Sebab tengok kalendar 17 Mei tu Awal Ramadhan. Tapi bagi akak la kan....harga kat sini boleh tahan juga. Bulan puasa selalunya kita tak makan banyak pun. Kalau makan banyak, perut terkejut nanti....
ReplyDeleteNampak seleksi kat Hotel ni banyak ye?...
Ya Ampun , banyak jenis makanan yang ada di buffet ramadhan kat Hilton bro. Juling mata tengok. Puas kenyang lepas berbuka puasa la nanti.
ReplyDeleteperghhh semua menu kat hotel hilton ni sedap2..terliur cik tom tengokkkk..kalau dekat boleh dah masuk wishlist buffet utk ramadhan akan datang ni..
ReplyDeleteMakanan Hilton mmg sedap thn ni menarik ya ada lidah sapi..mkn camne tu..seram lak tengoknya...
ReplyDeleteBanyaknya pilihan menu yang ada, berbaloi dengan harganya. Lidah sapi tu baru first time Rose tengok ni.
ReplyDeleteYa ampun sedap2 belaka makan kat sini. Macam tak sabar pula nak berbuka puasa tempat best mcm ni hahahhaha. Harga pun okla,,, sesuai dgn makanan yg ditawarkan
ReplyDeleteWahhh bila buffet ramadan menjelma, akak suka nyanyi lagu ni.
ReplyDeleteAhlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa
Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia
Terasa teruja dan tak sabar nak tunggu Ramadan. Puasa dah ganti ke? hahahah
Rasa macam nak repeat lagi jer..makanan semua sedap2..laksa..apa segala la..tp sebab perut kecik kan..memang rugi je bawak akak..kejap jer dah kenyang
ReplyDeleteFuhh siap ada durian tuu, memang rare betull haha! Bestnyaa nampak! Lauk pauk dan segala makanan tu semuanya nampak sangat menyelerakan! Bolehlah try buka puasa kat sana nanti Rmadhan ni, insyaAllah. Nampak berbaloi singguh hehe 😁
ReplyDeleteKalau saya memang duk terjah malay vuisine dengan western tuh dlu. Nampak sedap sedap.makan cuma lidah sapi tuh adoiii terperanjat kita tengok tau.panjang beno. Macam mana lah org boleh makan. Saya tak lalu..sedap ke rasa lidah tuh ye.teringin juga nak tau isinya macam mana kan
ReplyDeleteRamadan buffet kat sini nampak menarik dan menyelerakan. Mana tak nya kalau lia gi sana mesti confuse kan. Apa nak makan sebab banyak sangat pilihan ada masakan melayu, western, cina, jepun dah mcm2 lagi. Nak cuba lah bila gi kl nnt.
ReplyDeleteRAMADAN buffet kalau.mai sini memang tak mau balik pelbagai pilihan makanan. Nampak sedap giler pul tu. Harga pun berbaloi.
ReplyDeleteSiap ada food truck durian tuuu sedapnya. Ek ada lidah sapi siap Haha
ReplyDeleteya Allah banyaknya menu sedapppp terliur tengok.ni kalau tengok dalam bulan ramadhan mau terliur teruk.nak pergi sini la nanti banyak sangat pilihan makanan
ReplyDeleteBanyaknya pilihan makanan. Seronok yer kalau dapat rasa berbuka dengan Ramadhan Buffet di Hilton ni. Semua juadah menarik dan tertarik nak cuba semua yer!
ReplyDeletemacam mana la rasa lidah lembu tu hhah
ReplyDeleteAllahu.... Banyaknya pilihan makanan dan semuanya sedap-sedap. Kena kosongkan perut dulu kalau nak makan buffet. Ternak lemak dan berat betul ni 😁
ReplyDeleteSyoknya dapat makan di Hilton... Sudah ada ramadhan review, NIce, means hari raya very soon...
ReplyDeleteHilton's food looks great...
I have to drag my parents come here d...dahlah dekat jer with their office! I want to serang that durian corner and the prawns..hahhaha satay pun nak la...amboi...melayang my diet plans like this...hahaha
ReplyDeleteThe best things about ramadan buffet in Hilton PJ are the varieties of delicious food and also the durian, oh yess durian is the best la.
ReplyDelete