Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie aku nak menceritakan penginapan terakhir kami ketika mengikuti fam trip Travelogue Johor yang dikelolai oleh Borakkita pada hujung January yang lalu, iaitu Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa yang terletak di Desaru, Kota Tinggi Johor. Mari aku bawak korang jalan-jalan melihat keindahan hotel ini.
Hotel yang terletak 45 minit pemanduan daripada bandar Johor Bahru ini sangat sesuai dijadikan destinasi untuk anda berehat, menenangkan fikiran kerana ia terletak jauh dari kesibukkkan kota. Pantai pasir putih sepanjang 22km yang menjadi penyeri Sand & Sandals menambahkan lagi keindahan resort ini. Pengunjung boleh menikmati angin-angin sepoi bahasa pantai daripada jendela bilik masing-masing.
Bercakap tentang bilik, mari aku bawa korang meninjau bilik-bilik yang ditawarkan di Sand & Sandals Resort Beach & Spa ini. Terdapat 208 bilik dan suite yang diubahsuai dengan berkonsepkan kontemporari moden dan santai. Ia memanfaatkan ruang yang ada dengan mengharmonikannya bersama penataan cahaya dan susun atur di setiap bilik dan suite yang ada.
Terdapat dua jenis family suite iaitu Garden View dan juga Pool View. Kedua-dua suite ini merupakan suite dua tingkat. Di tingkat atas terletaknya master bedroom dan juga bilik air air, manakala di tingkat bawah pula terdapatnya dua katil single yang berkonsepkan kapal lanun. Aku yakin kanak-kanak pasti suka menginap di sini, tidur berkatilkan katil lanun. Memang unik dan comel sungguh !
Kedua-dua suite ini dibezakan dengan pemandangan yang ada di beranda sahaja. Sekiranya mengambil Family suite Pool View, pengunjung boleh terus mendapat akses ke private pool yang terdapat di bahagian belakang suite masing-masing. Dan pengunjung juga boleh terus akses ke pantai melalui pintu belakang suite mereka. Jadi, sekiranya anda mahukan bilik yang mempunyai private pool, boleh lah consider untuk mengambil bilik jenis ini.
Untuk couple suite juga ada disediakan dan juga mempunyai akses ke private pool sendiri. Lebih kurang seperti family suite tadi, cuma dibezakan dengan dekorasi yang terdapat di dalam bilik sahaja. Untuk couple suite, dekorasinya lebih romantis dan love-love gitue. Awww !
Sewaktu penginapan kami di sini, kami menginap di Premium Deluxe Room with Private Garden. Tiada akses ke private pool tapi untuk ke public pool yang ada di sini sangat mudah untuk diakses terus dari pintu belakang bilik kami.
Uniknya di sini ialah, bath tub terletak di bahagian luar. Walaupon agak insecure untuk naked di dalam bath tub, tapi ia satu langkah yang ebrani dan sangat sesuai untuk mereka yang sukakan cabarn. Hahahaha. No worries guys, bath tub yang terletak di luar ini bukanlah open sangat ke public. Terdapat penghadang-penghadang yang dibuat bagi mengelakkan anda daripada dilihat. Ianya diletakkan di luar agar pengunjung boleh berenda di dalam bath tub sambil menikmati keindahan kawasan sekitar.
Aku memang sangat berpuas hati dengan bilik yang ditawarkan kepada kami. Sangat selesa dan ruangnya sangat luas ! Boleh main kejar-kejar lagi dalam bilik tau.
Ada sembilan jenis bilik di sini :
- Superior
- Deluxe Garden View
- Deluxe Pool View
- Premium Deluxe with Private Garden
- Sunny Deluxe Seaview
- Romantic Deluxe with Private Pool
- Couple Suite (Duplex)
- Family suite Garden View (Duplex)
- Family Suite Pool View (Duplex)
- Executive Suite
So bolehlah pilih mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Sekarang aku nak bawakan korang ke fasiliti-fasiliti yang tersedia di Sand & Sandals Desaru Resort Beach & Spa nie. Terdapat banyak fasiliti yang disediakan di sini termasuklah gym, game room, jacuzzi dan macam-macam lagi.
Dah nama pon Resort & Spa, mestilah terdapatnya spa di dalam resort nie. Ye dakk ? Nama spa di resort ini ialah Senses Spa. Dekorasi dalam di Senses Spa ini bercirikan jawa timur yang mana pintu masuk itu sendiri diimport khas daripada Indonesia. Memang cantik dan berat pintu masuk tu. Seperti sebuah pintu di zaman purba. Sangat unik dan classic.
Apa yang ebst bila masuk Spa ialah ia sangat menenangkan. Padanlah kalau orang stress dan inginkan ketenangan, dorang datang ke spa. Memang aman dan sentosa je. Bau-bauan yang terdapat di spa ini sungguh menenangkan minda.
Aku sempat mencuba rawatan kaki di spa ini. Apa yang aku boleh kata ialah best gila !! Sampai tertidur dibuatnya. Masseur aku sangat profesional dan begitu pakar dalam bidangnya. Memang puas hati dan kaki aku rasa sangat ringan dan tiada sengal-sengal ubi. Eh dah kenapa ubi ?
Setiap penginapan wajiblah ada swimming pool, betul tak ? Itulah tarikan utama sesebuah tempat penginapan itu. Swimming pool yang terdapat di Sand & Sandals nie sangat luas dan terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat kanak-kanak, peringkat biasa-biasa dan juga peringkat dewasa. Siap ada gelongsor air lagi tau. Budak-budak pasti seronok bermandi-manda di sini.
Selain itu juga, terdapatnya ruang bermain utnuk kanak-kanak. Boleh lah ibu bapa yang mempunyai anak kecil meluangkan masa di dalam tempat ini. Tempat ini merupakan tempat tertutup, hanya mereka yang mempunyai akses sahaja dapat masuk.
Kalau resort sudah berhampiran di tepi pantai, sudah pastilah akan ada aktiviti laut. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti air yang ditawarkan di Sea Sport Centre Sand & Sandals nie. Cakap je nak main apa, semuanya ada. Yang pasti, ketika lawatan kami ke sini masih lagi dalam musim angin monsun. Jadinya laut agak bergelora dan bahaya untuk di akses. Bahkan bendera merah dinaikkan di persisiran pantai demi memberi amaran buat pengunjung agar tidak masuk ke dalam laut.
Tak eprlu risau, anda masih lagi boleh aktiviti yang tidak melibatkan air seperti bermain paintball dan juga menaiki ATV mengelilingi kawasan yang telah disediakan.
Paintball di sini bukan lah untuk korang tembak-tembak kawan tu, tidak. Tetapi more kepada menyasarkan sasaran dan menembak dengan tepat. ATV di sini paling best keranan laluan dia sangat mencabar !! Serious mencabar gila. Laluan yang berbukit-bukau dan berlecak sudah pasti memberikan anda satu keterujaan ketika memandu ATV. Alhamdulillah aku berjaya sampai ke garisan penamat tanpa masalah dan kotor. Potensi untuk baju anda kotor sangat tinggi ya kerana lecak dia tak boleh bawak bincang. Hahahaha
Apa yang lebih menarik di sini ialah, terdapatnya 6 buah restoran di dalam resort ini.
Restoren /Café
|
Cuisine
|
Signatures
|
Fortune Kitchen
|
Chinese
|
Dim Sum & Herbal Soup yang dihidang
dalam Teapot
|
Shiokaze Teppan
|
Japanese
|
Bento
|
Spices &
Herbs
|
(Western, Malay, Indian)
|
Crispy Chicken Chop & Thali
|
The Café
|
Café
|
Cake & Coffee
|
Beach Hut Bistro
|
Western Delight
|
Giant Pizza
|
Snuk Thai Street
BBQ
|
Sajian Thai
|
Thai Combo Set
|
Kalau korang ingin mencuba pizza yang ebrsaiz besar, boleh datang ke Beach Hut Bistro yang terletak berhampiran dengan swimming pool. Besar dia bukan besar biasa-biasa tau. Ini memang betul-betul gedabak punya besar. Sesuai untuk makan bersama rakan-rakan. Untuk sendiri pon boleh kalau mampu telan semua. Hahahaa
Makan pizza panas-panas sambil menikmati deruan angin pantai, perghhhh ! Syok gila beb. Wajib cuba.
Dan satu lagi restoran yang aku nak suggest korang singgah dan cuba ialah Snuk Thai Street BBQ Restaurant yang terletak di sebelah Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa. Hanya 3 minit berjalan kaki je daripada pintu masuk utama. Hidangan disini berkonsepkan menu-menu asli Thailand.
Dekorasi restoran yang sangat minimalis memberikan keunikan kepada restoran ini. Dan sudah tentu, menu-menunya yang lazat sudah pasti membuatkan anda teringat-ingat.
Memang power menu-menu di sini. Sangat sedap ! Tom yam dia memang super. Pekat, pedas dan melekat. Sedap dia tak boleh bawak bincang. Memang sedap sangat. Kenyang sungguh aku pada malam itu. Mana tak kenyang, 3 kali nasi aku tambah. Hahahaha
So amacam, menarik tak Sand & Sandals nie ? Sudah tentulah emnarik. Satu tempat yang penuh dengan keseronokkan dan kemudahan. Tak perlu ke luar ke tempat lain. Cukup berada di dalam resort sahaja dah cukup. Jom pakat datang ramai-ramai ke sini. Berikut adalah butiran Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa :
SAND & SANDALS DESARU BEACH RESORT & SPA
Lot 2263, Jalan Desaru, 81930 Bandar Penawar Johor
Tel : 07-8222 222 / 07-8222 223
Website : www.sandandsandals.com
Email : reservation@sandandsandals.com
Facebook : www.facebook.com/sandandsandals
Instagram : @sandandsandals
Terima kasih kerana menerima kedatangan kami dengan layanan yang sangat tiptop. Overall, aku sangat berpuas hati dengan servis dan tawaran fasiliti yang disediakan di sini. Jom datang ke sini !
Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Johor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee
kerana telah menaja travelogue kali ini
Waa seronk nya..lama tak ke desaru. Masa time kcil2 dlu sllu.
ReplyDeleteMemang hotel ni terbaik dan luas pemandangannya pun cantik. Banyangkan ada 7 restoran yang sedap2. Saya pun cadangkan siapa dtg ke desaru ambil hotel nie. Ada surau jugak!
ReplyDeleteasal cantik sangat tempat ni? geram je tengok. gambar gambar yg zharif ambik pun cantikkkkk! terliur twngok pizza tu😌
ReplyDeleteSukalah konsep bilik di Sand & Sandal. Semua Bella suka. Bilik yng santai tu best jugak, dah macam felin rumah sendiri. Tempat makan pun banyak pilihan dari makanan Cina, India dan sebagainya. Besar betul Pizzaa korang tuh! Sebab nak masuk banyak tekak kan.Btw, cantik gigi dalam kolam tu.Hehehe.
ReplyDeleteCantik gila bilik dia! OMG jatuh cintaaaa dengan bilik dia and penulis ni, eh! Seriously rasa macam nak book utk next weekend for my short getaway. All the activities dkt sana mmg looks fun and enjoyable.
ReplyDeleteSonoknya dia.nampak excited dia. Tapi no bad la temoat nih.cantik.bilik pun nampak cantik je tersusun kemas dan rapi.makanannya Ya Allah bikin perut lapar walaoun tgk gambar je.de rezeki nanti nak check in sini jugaklah kalau pegi Johor
ReplyDeleteBestnya resort ni. Siap ada private pool lagi. Rasa nak honeymoon lagi huhu. Fasiliti semuanya lengkap tak payah nak keluar makan tempat lain. By the way pizza sebesar talam tu nampak sedap betul. Puas makan tu. Rasa nak on mood holiday pulak bila baca review awak ni.
DeleteSerinoknya ! Excited tgk bilik dia cantik macam tu
ReplyDeleteHaritu ada ajak husband pergi desaru tapi tak tau lagi nak stay mana lepsni boleh la plih resort cantik ni je altiviti pun banyak
Pool tu paling mnarik perhatian
Bestnyaaa ... bilik dia, private pool dia adoiii nak naked best best ni. Hahahah! .. Kenyang tu makan pizza ..
ReplyDeleteCantiknya lahaii resort ni. Tengok gambar2 je pun rasa best dah apalagi kalau sampai ke sana. Nice review good job :)
ReplyDeleteSyoknya resort ni. Siap ada private pool lagi. Rasa macam nak honeymoon sekali lagi kahkahkah. Lengkap pulak fasiliti semua. Kalau bawak budak kecik ni mesti dia nak main tempat kanak-kanak tu je la haha. Satu lagi besar jugak ye pizza tu. Besar talam. Puas makan tu. Apa-apapun nice la review awak ni. Tiba-tiba rasa nak on holiday ke Johor pulak rasanya haha.
ReplyDeletePrivate pool tu bestnya...
ReplyDeleteN makanan2 tu nmpk best sgt....
Nak jugakkkk
kalau cikgu buat entry memang padat eh info. Gambar pon cantik. Mungkiin boleh invite untuuk next trip hehehe
ReplyDeleteBilik dia lawa gila. Kalau honeymoon memang sesuai sangat kat sini. Macam cerita Twilight dah.
ReplyDeleteCantik... Memang berbaloi kalau bermalam di sini. Macam-macam kemudahan pun ada.. Terbaiklah
ReplyDeleteWah!!!! best nyer that resort, so many fun activities and the rooms are all well equipped. I am so tempted to try their giant pizza at Beach Hut Bistro, yumms.
ReplyDeleteKalau akak yang ikut trip ni kan..sure berat badan akak naik mendadak ni..gerenti punya....
ReplyDeleteWow the hotel so luxurious and so many activities provide there. I miss AtV. This place Su have exciting places to explore. Food also nice.
ReplyDeletecantiknya bilik :)
ReplyDeleteSalam Sejahtera.
Jemput join pencarian bloglist April 2018
: http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/pencarian-bloglist-april-2018-by.html
fuhhhhhh besntyaaa mmg puas hatiii..lelagi tgk makanan tu..lapaa la pulak
ReplyDeleteUuuu bilik dia lawo lah. siap ada private pool bagai, best la kalau untuk muslimah bertudung. takyah nak mandi bertudung bagai.
ReplyDelete