Sunday, August 18, 2019

Retro Klang 2019 - Flashmob Kebudayaan Pertama di Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk turut serta dalam acara flashmob awam bersempena bulan kemerdekaan. Flashmob ini dipanggil Retro Klang 2019 anjuran UPEN Selangor dan Local Companion (LOCCO), sebuah organisasi komuniti yang meraikan kebudayaan setempat Malaysia. Ikuti kisahnya !


Flashmob yang julung-julung kalinya diadakan ini telah memilih Selangor, Bandar Diraja Klang khususnya, sebagai destinasi untuk acara ini. Selangor mempunyai pelbagai keistimewaan dan kaya dengan kebudayaan. Oleh sebab itu, ia dipilih sebagai lokasi untuk acara ini.



Perjalanan kami bermula di KL Sentral dan menaiki KTM Berhad menuju ke stesen Klang. Lebih menarik lagi, KTM yang kami naik ini merupakan KTM khas yang doleh tempah khas untuk adakan majlis di dalamnya. Setiap coach mempunyai temanya yang tersendiri. Pada hari kejadian juga, kami berpeluang untuk menjengah masuk ke coach diraja. Sungguh cantik coach diraja. Siap ada katil dan tandas tersendiri di setiap bilik.



Kalau korang nak tahu, acara flashmob Retro Klang ini diinspirasikan daripada acara flashmob Keretapi Sarong yang turut diadakan dalam bulan kemerdekaan. Pada tahun ini, acara Flashmob Keretapi Sarong akan diadakan pada tarikh 16 September 2019. Tak sabar nak turut serta flashmob Keretapi Sarong pulak nanti. Jom join nanti !



Pada asalnya aku tak terfikir pon nak turut serta dalam acara flashmob Retro Klang nie. Namun setelah dipujuk oleh rakan blogger ku, Comel (Yer, nama dia dalam kad pengenalan memang Comel. Bukan nama samaran ya), aku pon bersetuju. Malam tu jugak pergi keluar cari baju tau. Dahlah masa tu dah jam 10 malam. Nasib baik kedai bundle buka sampai jam 12 malam. Dan Alhamdulillah, aku berjaya dapatkan pakaian yang mengikut tema retro/klasik.


Dapatlah aku melaram ala-ala jejaka dari zaman pop ye ye. Baju tu harga 5 hengget je uolss, seluar pon harganya 5 hengget. Total 10 hengget je untuk OOTD ala-ala retro nie. Yayy or nayy ?


Sebaik tiba di Klang, kami berkumpul di perkarangan Galeri Diraja Sultan Abdul Azis. Di situlah kami berjoget lambak, bermain permainan-permainan tradisional seperti batu seremban, tingting, baling selipar, dam haji dan macam-macam lagi. Sangat mengimbau zaman-zaman sewaktu kecil dahulu.



Satu hari yang penuh dengan keseronokkan. Syabas pihak LOCCO dan UPEN kerana mengadakan acra seperti ini. Semoga dengan adanya acara flashmob Retro Klang ini dapat menyatupadukan pelbagai kaum dengan meraikan busana tradisi dan warisan negara kita dapat dicapai dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan serta mempromosikan Bandar Diraja Klang sebagai antara pusat pelancongan di Selangor.


20 comments:

  1. Wahhh... Best tengok... Nanti untuk akan datang nak join laa..

    ReplyDelete
  2. This trip looks interesting. Wanted to join all of you too but too busy with my kids. Hope to be there next year.

    ReplyDelete
  3. Wow!!!!!!!! Best giler dpt join event kebudayaan macam nie kan. Reminds me of my old days too. Tapi apa yg paling best sekali adalah dpt experience nail coach diraja tu. Memang best giler!!!!!!!! Jealous I taw! Btw, good photography.

    ReplyDelete
  4. Wow.
    Jambul retro di depan. Ohsem, zharif.
    Pernah baca review Ruby pasal ni. Seronok nyer. A great program.
    Lain drpd yg lain. Marveles!
    Uolls sporting abis lah. Terbaik!

    ReplyDelete
  5. Nampak yang ramai rakan blogger yang join event sebegini. Nampak ramai yang seronok join event sebegini. Semoga ia memberi gambaran zaman itu pada zaman 2019.

    ReplyDelete
  6. Tahniah LOCCO dan UPEN buat aktiviti macam ni. Dapat perkenalkan budaya kita pada orang luar.

    ReplyDelete
  7. I wanna go on 16th Septemberrrrr tapi tak nak ikut tema sebab I retis. Hahaha best pulak nak naik train special like this I boleh ambik gambar extra sikit.

    Btw, nama Galeri tu Galeri Sultan Abdul Aziz bang. Hampir sama tapi tak sama. HAHAHAHAHAHA. (Bye I lari)

    ReplyDelete
  8. Dah lah pakaian lama siap gambar tu pun di buat lama juga wakakaka ikut tema sangat awak kan hehehe kita nak join tahun depan kalau ada hehehe tahun ni tak sempat nak join...

    ReplyDelete
  9. Retro sungguh geng2 blogger kite nie..harap next time dapat join..

    ReplyDelete
  10. Seronoknya dapat join event macam ni, masing-masing pun sporting dengan menggenakan pakaian mengikut tema.Sure happening kan masa tu..jeles sis tau..hehehe

    ReplyDelete
  11. Rawlins teringin gak nak join - macam nak join Keretapi Sarong kelak. Apakah tema pakaian kali ini ye? Best kan travel reramai sebegini kan.

    ReplyDelete
  12. Pergh! Great flashmo ! Seronoknya dok ala² 80-an 90-an. Comel je semua hehhee. Cx suka tgk flashmob. Memang tabiklah sbb masing² enjoy the moment!

    ReplyDelete
  13. retro sangat ni. bagus untuk muda mudi sekarang so kita akan lebih tahu tentang dulu kala punya pakaian, style lah senang cite.

    ReplyDelete
  14. Menariknya flashmob Retro Klang ni. Suka tengok orang semua pakai ikut tema ni. Dalam sama yang sama dalam visit banyak tempat. Kan best kalau dapat join

    ReplyDelete
  15. meriah yer event flash mob. rugi takde kesempatan nak join hari tu. Suka tengok korang semua dress up ikut tema dan sporting jer semua. meriah sangat tengok!

    ReplyDelete
  16. amboi, melaram sakan no. hehe. baguslah muda-muda dah ada semangat patrioitik macam ni. nak tahu satu ja, camne buat gambar lomoat lawa sangat macam tu. ada edit ke hehe

    ReplyDelete
  17. Bestnya zharif join flashmob mcm ni. Meriah betul tengok rakan blogger duk update gambar haritu. Sporting pulak tu masing2.

    ReplyDelete
  18. Seronok travel dgn KTM ni enjoykan? Nti next nak ikut jgk

    ReplyDelete
  19. Wah... enjoy btl dpt kumpuk ramai2 naik KTM, rasa mcm blk kpg jer

    ReplyDelete
  20. Amboi kemain rambut die. Kerinting konon2 cam korea la tu. heheheh. Best juga ada aktiviti cm ni. Melawat bndr diraja Klang. huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini