Tuesday, August 27, 2019

Pusat Hiburan Permainan Seisi Keluarga, PALO Kini Dibuka di IOI Mall Puchong

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pusat hiburan yang menempatkan pelbagai jenis mesin permainan, PALO, membuka satu lagi cawangannya di IOI Mall Puchong. Berita ini pasti mengukir banyak senyuman di luar sana. Yelah, siapa yang tidak suka datang ke pusat hiburan seperti ini kan. Ikuti butirannya !


PALO merupakan salah satu brand yang berada dalam gagasan AEON Fantasy Malaysia, sebuah syarikat berasal daripada Jepun yang menapak di Malaysia. AEON Fantasy menyediakan pelbagai tempat hiburan di dalam pusat membeli-belah, khususnya AEON Group dan juga pemaju lain. Selain PALO, terdapat juga pusat hiburan yang berkonsepkan edutainment industry lain di bahawa gagasan AEON Fantasy Malaysia termasuklah Mollyfantasy, Kidzooona, FANTAZIA, FANPEKKA.


Aku dan rakan blogger ku, Jessie dari www.malaysianparenting.com diberi penghormatan untuk sama-sama merasmikan cawangan terbaru PALO di IOI Mall Puchong ini. Kami begitu terharu, dan sedikit terkejut sebenarnya. Hahahaha. Terima kasih di atas penghormatan dan peluang ini.


Okay, sekarang mari kita teroka apa yang terdapat di PALO ini. Ternyata memang banyak sungguh permainan yang ditawarkan di sini. Tidak hairanlah kenapa ramai budak-budak dan remaja menghabiskan berjam-jam di pusat hiburan permainan seperti PALO ini. Ternyata memang sangat teruja dan seronok ! Aku yang sudah agak sedikit berumur ini juga cukup teruja menyaksikan permainan-permainan di sini. Rasa macam nak main semua benda.



Kesemua permainan yang terdapat di PALO ini sesuai untuk semua usia. Terdapat bahagian untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Jadi boleh pilih mengikut citarasa nak main permainan apa. Memang terlampau banyak yang menarik, rambang mata dibuatnya. Kita mulakan game yang santai-santai dulu ya.




Menurut staf yang bekerja di PALO ini, ruangan lumba kereta ini sering menjadi pilihan semua yang datang ke PALO. Sampai beratur dan terpaksa menunggu giliran untuk bermain permainan lumba kereta. Best sangat ke main lumba kereta nie ? Oleh kerana penasaran nak tahu, aku dan juga Jessie berentap lumba kereta. Best part lumba kereta nie, korang boleh berlumba sesama rakan yang lain. Seronok sangat !



Lihatlah wajah kegembiraan Jessie mengalahkan aku dalam sesi lumba kereta nie. Aku pon tak tahu macam mana boleh kalah, tapi yang pasti, Jessie memang hebat dalam permainan lumba kereta nie. Steady je dia pandu tak berlanggar-langar macam aku. Aku memang fail gila main benda nie. Langgar sana langgar sini. Dahsyat sangat ! Hahahaha




Untuk mereka yang artistik dan sukakan muzik, boleh cuba permainan yang berasaskan muzik seperti gitar dan juga menari-nari nie. Aku dan Jessie cuba permainan menari-nari dan memang agak kelakar ya menyaksikan orang yang tak berapa muda seperti kami nie menari. Hahahah. Tapi seronok !





PALO di IOI Mall Puchong ini mmepunyai dua kedai. Satu kedai sarat dengan pelbagai permainan yang menarik. Semuanya ada, minta je nak main apa. Pasti ada. Satu kedai lagi khas untuk Claw Machines yang menawarkan stuffed toys yang comel-comel. Macam-macam stuffed toys ada di bahagian ini. Pilih sahaja nak yang mana satu.



Claw machines agak berhantu sebab sekali dah main, pasti akan main lagi sehinggalah kita puas hati. Semoga berjayalah mendapatkan stuffed toys yang diinginkan. Aku dah cuba dan Alhamdulillah dapat bawa pulang satu stuffed toys yang comel. Sempena pembukaan nie, claw machines di sini boleh dimain dengan harga promosi.



Kesemua claw machines ini boleh dimain dengan hanya 1 kredit sahaja yang mana 1 kredit bersamaan RM1. Sah sehingga 30 September nie, jadi cepat-cepatlah serbu untuk dapatkan stuffed toys pilihan anda.



Seterusnya kami tak nak lepaskan untuk mencuba photo booth yang terdapat di sini. Terdapat banyak jenis photo booth yang ditawarkan dan photo booth yang kami pilih ini sangat menarik dan unik kerana korang boleh customize background dan juga boleh edit gambar tersebut sebelum ia dicetak. Sangat menarik ! Harganya pula sangat berpatutan, RM13 akan dapat satu keping gambar yang boleh dikerat dua.

Taraaa ! Hasilnya sangat cute okay

Korang wajib datang sini sebab sempena pembukaan cawangan PALO di IOI Mall Puchong nie, mereka mengadakan banyak potongan pada setiap permainan-permainan di sini. Kalau biasa harga permainan tu memerlukan 3 kredit, tapi sempena promosi pembukaan ini, permainan tersebut boleh dimain dengan kadar 1 kredit atau 2 kredit. Jadi, cepat-cepat datang dan daftar sebagai ahli untuk mendapatkan lebih banyak promosi.

1 Kredit = RM1
Promosi pembukaan sehingga 30 September 2019



PALO GAME ZONE
3rd floor, IOI Mall Puchong



You may enjoy the video below ! 


17 comments:

  1. Wahh kalau bawa adik-adik saya ni memang habislah duit belanja dekat sini je. Haha. Apapun nampak menarik. Bermacam-macam jenis permainan pun ada pulak tu. Takut bila dah sampai, kita sendiri pun join sekali kan. Tapi bagus juga untuk habiskan masa berkualiti bersama keluarga ni. XD

    ReplyDelete
  2. Pergh ! Palo pula dah! Nanti nak try lah ke sini. Menarik betul. Game pula semua baru² hehehe. Kalau masuk sini, payah nak keluar lain kali heheh

    ReplyDelete
  3. Wahhh hebat Faris, bukan calang-calang orang tau dapat merasmikan satu2 tempat. Terbaiklah. Best gak ya tempat ni..bolehlah sis bawak anak hilangkan stress kat sana

    ReplyDelete
  4. Serius nampak macam havoc giler tempat ni. Boleh bawak anak2 buah aku kesini. Mesti dieorg suke. Dekat pun dekat.

    ReplyDelete
  5. Wah..diberi peluang potong reben tu satu penghormatan dan penghargaan yanb besar. Tahniah Zharif dan tahniah Palo for the grand opening!

    ReplyDelete
  6. Wahhhh tempat macam ni lah akan habiskan duit mak ayah bila pergi beli belah bawa anak-anak main game wakakakaak.. Kat Malaysia dah banyak tempat mainan game macam ni hehehehe kita sendiri takut nak masuk nanti tak sedar dah habis banyak wakakakakaka...

    ReplyDelete
  7. oh banyak game nya. ioi puchong ni pernah lalu and ingat lah. dah diberi nafas baru kan. boleh lah next visit datang sini.

    ReplyDelete
  8. Ni adalah lokasi bahaya kalau bawa anak-anak saudara. Mau berpuluh-puluh ringgit boleh habis kalau lalu kawasan nie.
    Rawlins pun sama - paling suka game yang tembak-tembak tu! Terasa sangat powerful kalau main yang tembak2 tu

    ReplyDelete
  9. Ni bukan je anak -anak suka.. mak pak budak pun suka.. klau anak kak liez mmg taknak balik ni. Seronoknya tengok mcm2 je games boleh main di PALO..

    ReplyDelete
  10. Zharif potong reben, syoknya dapat peluang dan moment macam ni.

    Tak tahu nak gelak ke apa, hahaha. Kesian kalah main game tu ya. Jessie power!

    Macam² mainan ada, budak² mesti suka.

    ReplyDelete
  11. Tahniah PALO! Banyak game-game yang menarik ada. Lepas ni kalau ke IOI memang ada port lah nak spend family time. Thanks sharing kalau xbaca ni akan xtau ada kat IOI Mall.

    ReplyDelete
  12. Makin meriah la ioi puchong mall lepas ni. Nampak mcm lagi menarik tempat games ni. Banyak je games yang ada.. lama pulak tak rasa main games2 dkt mesin ni

    ReplyDelete
  13. Wahh mmg tempat mcm ni selalu saya dgn kwn2 lepak & main permianan. Bolehlah ajak diornag ke sini pulak. Boleh berjam2 ada kt temlar mcm ni untuk main sampai puas. Haha

    ReplyDelete
  14. Banyak dah aeon punya pusat hiburan. Memang akan diserbulah mall ni lepas ni. Photobooth nampak menarik sebab tak pernah try. dah lama teringin. Hehe

    ReplyDelete
  15. Pergh besar betul.. Ni kalau ke sini mmg bebudak ni taknak balik.. Hahaa... Mak pak pun enjoy dekat sini.. Tempat untuk hilang stress

    ReplyDelete
  16. ni kalau anak akk datang ni confrm tak nak balik..macam2 permainan ada kat sini ya..semuanya nampak best giler...tarikan baru utk org kat klang valley

    ReplyDelete
  17. Wow seriously this place is so huge and interesting! All the kids and even adults will be loving this place! Such a nice place to have fun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...