Tuesday, August 27, 2019

Bakar Kalori Dengan Mudah Di Rumah Menggunakan Spin Bike BH Fitness

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berat badan yang ideal adalah impian setiap manusia. Siapa yang tak nak kelihatan kurus dan memiliki tubuh badan yang cantik, ye dakk ? Kata orang, kalau nak kurus kita kena berlapar dan kawal selera makan. Mengapa perlu berlapar sekiranya anda boleh membakar kalori dan lemak dengan mudah di rumah menggunakan Spin Bike dari BH Fitness ?

Ikuti butirannya.


Lambakkan makanan tambahan untuk menguruskan badan dan mengawal selera makan di pasaran amat membimbangkan kuantitinya, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Daripada anda bergantung pada makanan-makanan tambahan yang belum tentu selamat dan berkesan, apa kata kita beralih arah kepada cara yang lebih berkesan dan selamat, iaitu dengan cara bersenam.

Tahukah anda, berbasikal merupakan salah satu sukan atau aktiviti yang dapat membantu kita membakar kalori dan lemak-lemak degil ? Ya, berbasikal merupakan senaman kardio yang terbaik di mana kita dapat membakar kalori sebanyak 600 kalori sejam. Kini, anda boleh berbasikal di rumah dengan Spin Bike dari BH Fitness.



Bersenam di rumah dengan BH Spin Bike

Sebagai seorang blogger yang sering menerima jemputan ke majlis-majlis yang menyajikan makanan-makanan yang enak, ramai tertanya bagaimana aku dapat mengekalkan berat badan ideal dan tampil ramping tanpa perlu mengikat perut dan menahan lapar. Mereka cukup penasaran ingin tahu apakah rahsianya. Ia bukanlah satu rahsia kerana aku sering memuat naik sesi berbasikal di rumah menggunakan spin bike dari BH Fitness nie di laman sosialku.

Ya, kepada mereka yang belum tahu, aku memiliki BH Spin Bike G5 Tour HA900FT di rumah bagi membolehkan aku bersenam tanpa perlu ke gym atau keluar rumah. Oleh kerana aku tidak mempunyai masa yang banyak untuk ke gym dan bersenam di luar, jadinya memiliki spin bike dari BH Fitness ini merupakan pilihan terbaik.



BH Spin Bike G5 Tour HA900FT 

Aku memilih model BH Spin Bike G5 Tour HA900FT ini secara khusus kerana teknologinya yang sangat canggih dan terasa seolah-olah menaiki sebuah basikal yang sebenar. Lihat sahaja bentuk dan nilai estetika spin bike ini. Sangat cantik dan compact. Boleh dibawa ke mana sahaja anda berada.

Berat BH Spin Bike G5 Tour : 55KG
Berat yang boleh ditampung : 110KG
Dimensi : 104 x 64 x 119 (cm)

Harga : RM 3688.00 (Harga asal : RM 6888.00)
Potongan 46%




Fungsi dan ciri-ciri yang terdapat pada BH Spin Bike G5 Tour HA900FT

  • Tombol larasan rintangan : Spin Bike G5 Tour ini boleh dilaraskan tahap kelajuannya dengan cara melaraskan tombol yang disediakan bagi mengikut keselesaan rintangan kita. Sekiranya inginkan rintangan yang lebih ringan dan lancar, boleh laraskan tombol itu dengan memusingkannya ke kiri, dan begitulah sebaliknya. Larasan rintangan ini sangat lembut, ia tidak memberikan kejutan pada pengayuh.

Tombol rintangan yang boleh dilaras

  • Papan meter kelajuan : Ia akan memaparkan kelajuan mengayuh, masa, jarak dan berapa kalori telah dibakar. Sangat-sangat cangih kerana ia tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik untuk memaparkan bacaan-bacaan ini. Ia automatik akan terpapar apabila kayuhan bermula.

Papan meter kelajuan/ BH Cycling Computer

  • BH Sweat Cover : Hamparan ini dipasang bagi mengelakkan spin bike berkarat akibat peluh yang menitis ketika sesi berbasikal. Aktiviti berbasikal nie, sudah pasti banyak mengeluarkan peluh dan dikhuatiri akan merosakkan badan spin bike ini. Dengan adanya BH Sweat Cover ini, ia dapat melindunginya daripada peluh.

BH Sweat Cover

  • Tempat duduk yang boleh dilaras : Tempat duduk ini boleh dilaras mengikut keselesaan kita dan sekaligus memberikan kita rasa seperti mengayuh basikal yang sebenar. Ciri ini sangat penting kerana ketinggian dan keselesaan setiap manusia berbeza.

Tempat duduk yang boleh dilaras

  • BH Floor Protector Mat : Hamparan ini bagi melindungi lantai permukaan rumah kita. Ia juga sebagai gen pemegang bagi memastikan spin bike ini statik dan tidak bergerak pada lantai permukaan yang licin. Lebih menarik lagi, hamparan ini bersifat kalis air. 

BH Floor Protection Mat

  • Multi-purpose handlebar : Multi-purpose handlebar memberikan kita pilihan untuk berkayuh mengikut keselesaan dan tahap intensity pengayuhan kita. 

  • Tempat meletakkan handphone : Juga terdapat satu tempat khas bagi anda meletakkan telefon bimbit. Ini merupakan satu ciri yang bagus. Bolehlah kita berkayuh sambil mendengar lagu, ataupun sambil menonton filem di Netflix bagi mengelakkan kebosanan.


BH Fitness Academy

Setiap pembelian spin bike daripada BH Fitness, pembeli akan dapat hak eksklusif menyertai training program secara online. Platform ini sangat bagus untuk newbies atau beginner yang baru hendak berjinak-jinak untuk ke arah kehidupan yang lebih sihat. Program ini digubal khas untuk anda dengan menggunakan peralatan BH Fitness yang anda beli. Untuk maklumat lanjut mengenai BH Fitness Academy ini, boleh layari laman sesawang berikut,



Sangat menarik BH Spin Bike G5 Tour HA900FT ini. Korang pon patut ada satu di rumah. Amalkan kayuhan 30 minit sehari bagi membakar kalori dan sekaligus bagi mendapatkan berat badan yang ideal. Jom kurus bersama !

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut, boleh rujuk pautan berikut :



18 comments:

  1. Wah menariknya Harga lepas potongan diskaun tu! Yaya memang suka nak kurus dan fit guna teknik ala berbasikal macam ni kalau nak kurus sebab tak suka jogging/lari atas treadmill haha boleh consider nanti :)

    ReplyDelete
  2. Walla..mengidam lama dah beskal gym gini cuma belum berpeluang lagi nak try . Tipula kalau kata tak nak kurus..hehe..dalam masa yang sama bleh dapat berat badan yang cun kan!

    ReplyDelete
  3. Awak nak buat apa tak ada kalori dah memang kurus kering tinggal tulang jer wakakak cuba bagi kat orang macam kita ni kalau betul-betul nak berkesan hehehehe... Nak juga rasa ada satu kat rumah senang nak exercise tanpa siksa wakakaka..

    ReplyDelete
  4. Bagi yang nak diet, nak maintain kurus dan pentingkan kesihatan, senaman antara perkara yang perlu dititikberatkan.

    Bagusnya BH SPIN BIKE ni boleh bakar 600kalori sejam. Banyak tu.

    Elok sangat buat alat senaman di rumah.

    Untung bagi sapa nak yang grab, sekarang ada promosi hampir 50%, woww!

    ReplyDelete
  5. Senangkan dah ade spin bike bh fitness kat umah nie..da xpayah nak berkayuh kt luar rumah yg mana keadaan cuaca skrg xmenentu ..kalu ade bnda alah nie kt umah nd, berkayuh la kite ngn ank sekali join..hihii

    ReplyDelete
  6. Uish. Bahaya letak spin bike dekat luar rumah tu. Barang panas ni 😅.. best guna bike dkt rumah ni. Tak perlu malu2 nak bersenam.’kalau malas senam jugak kan. Tak tahu lah nak kata

    ReplyDelete
  7. zharif, kurus sgt dah tu :)
    aida yg tak kurus ni pun takde lagi beskal gitu.
    menarik ni. sambil tgk movie, kaki kayuh dan kayuh dan kayuh ekk.
    jadik lah 30 minit sehari.
    bila bekerja mana de time nak ke padang la, main badminton la, apa la kan.
    ni idea bernas sgt ni :)

    ReplyDelete
  8. Amboi fitness guru dah rupa zharif. kalau kat rumah ada ni boleh la selalu bersenam. hahahaah

    ReplyDelete
  9. Cantiknya design bh spin bike ni. Features paling best tempat letak handphone tu haaa. Promosi pun almost 50% tu. Mana yg mampu tu, rasanya rugi klu tak beli kut?

    ReplyDelete
  10. banyak tu 600 kalori! Berjalan pun baru berapa puluh je kalori terbakar sedangkan kita makan cecah beribu kalori. Dah la boleh bersenam dekat rumah, boleh layan movie dekat hp.

    ReplyDelete
  11. Lepas ni boleh kempis kan perut utk pengguna basikal ni....boleh nanti BC cadangkan kt sesiapa yg nk kempiskan perut beli basikal ni....hpair 1/2 harga potongan tu....banyak jgk...

    ReplyDelete
  12. elok juga nie kalau kak mid beli nie... berat pun dah menjadi2, elok juga mengayuh di rumah kalau malas nak keluar berjogging. Harga ada potongan 45% lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  13. Mmg nak je beli basikal exercise tapi bila fikirkan bakal menjadi rebutan anak2.. terus batal niat.. boleh la beli BH SPIN BIKE ni.. ada 50% diskaun lagi..

    ReplyDelete
  14. Cantik sangat bike ni. Macam nak pujuk suami beli jugaklah untuk I yang kurang bersenam ni. Duduk rumah memang teringin nak bersenam tapi space limited jadi macam malas. Kalau ada macam ni, rasa gigih jugaklah mengayuh tiap-tiap hari.

    ReplyDelete
  15. Teringin gak nk beli tp no bujet lgpun tkt nti beli buat hiasab sbb xda masa

    ReplyDelete
  16. Oo.. Patut la masa kecik dulu akk kurus ke. Sebab rajin naik basikal
    la kot ye. Hahaha
    Hari hari bakar kalori..
    Mesti syok dapat berbasikal macam ni dekat rumah je kan.
    Boring boring ada aktiviti boleh dibuat.

    ReplyDelete
  17. Wahh..TB suka jugak benda-benda macam ni.. hahahah... pernah la cuba banyak kali masa dekat rumah kampung mertua.. tapi kejap je dah lenguh.. hahahha.. kenapakah begitu ye zhareeef? haha.. faktor umur kot.. tapi kalau rajin gerenti leh kurus macam zhareef.. terbaik

    ReplyDelete
  18. Patutlah zharif kurus sebab selalu exercise. Inilah rahsia zharif selama ni yer. Ada potongan hrga banyak pulak tu. Tak boleh lepaskan peluang ni

    ReplyDelete