Assalamualaikum dan salam sejahtera
Satu pengalaman yang sangat tidak dapat dilupakan sebab ini merupakan kali pertama aku drive seorang diri balik ke kampung ayah. Keputusan yang aku ambil pon sangat drastik dan tiba-tiba sebabnya aku terfikir takkanlah aku nak sambut raya haji seorang diri dekat kolej. Ikuti kisahnya !
Pagi tu ibu aku dah tanya, nak ikut balik kampung ke tidak, aku tak dapat nak balik ke Banting masa tu sebab aku ada satu event untuk hadir. Jadinya aku ambil keputusan supaya tidak perlu tunggu aku balik. Biar dorang je yang balik kampung tanpa aku. Mulanya aku rasa macam okay. Tak apa kot tak balik raya. Lagipun cuma Raya Aidiladha je kot. Bukan Raya Adilfitri. Tapi bila hari semakin petang, aku rasa macam, "Eh takkanlah aku nak beraya sorang diri dekat kolej nie". Aku rasa macam loser gila. Tinggal sensorang dekat kolej tak balik kampung untuk beraya.
.
Ikutkan hati memang nak terus bertolak ke Pahang dari Serdang. Tapi disebabkan keadaan kereta Kelisa aku yang tak berapa nak gagah untuk perjalanan jauh, jadinya aku kena balik ke Banting dulu untuk tukar kereta. Tak nak ambil risiko. Takut kang rosak tepi jalan, naye je. Dahlah aku buat keputusan balik kampung nie tak bagi tahu family aku. Sebab kalau aku bagi tahu, mesti dorang tak kasi aku drive sorang-sorang balik ke Pahang malam-malam.
.
Sampai Banting, tukar kereta, terus aku bertolak ke Pahang. Nekad sungguh masa nie. Tak fikir apa. Tengok waze, estimate time of arrival (ETA) dalam jam 10.30 malam macam tu. Makin lama makin bertambah waktu, disebabkan jammed. Masuk tol Gombak dah mula jammed sampailah ETA jadi jam 1.30 pagi. Gila !!
Aku dah mula cuak masa nie sebabnya perjalanan nak ke rumah Tokki dan Wek aku nie agak sedikit seram selepas keluar lebuhraya. Jalan dia agak sunyi dan gelap. Tambah-tambah 30 minit terakhir untuk sampai ke destinasi. Masa tu memang kiri kanan hutan belantara, lampu jalan jarang sekali, kereta memang yang ado. Maklumlah dah jam 1 pagi. Memang tak ada oranglah cerita dia.
.
Di pertengahan jalan tu, ada roadblock pulak. Mulanya dah cantik sebab depan kereta aku ada orang, belakang kereta aku pon ada orang. Kira aku diapit oleh kereta. Tak adalah seram sangat. Abang polis tu boleh pulak tahan aku. Ingatkan cuma nak tengok lesen dengan kad pengenalan je, sekali dia suruh park tepi. Aduiii dah kenapa.
.
Aku syak sebab aku drive sorang-sorang tengah malam, dan juga keadaan fizikal aku yang kurus ibarat mamat hisap gam. Mungkin sebab tu dia tahan kereta aku. Geledah satu kereta tau. Suruh aku buka beg aku satu persatu. Like seriously ? Ko ingat aku ada dadah ke apa. Aku rasa nak hangin je masa nie bila dia arah-arah aku periksa semua beg-beg aku.
.
Yer, aku tahu dia hanya menjalankan tugas. Tapi aku syak dia buat begitu sebab keadaan fizikal aku yang kurus nie. Orang lain dia tak tahan pon tau. Tengok IC dan lesen, okay je, dah boleh jalan. Kejadahnya time aku kena tahan and geledah semua beg-beg aku. Macam tak adil. Dahlah tanya soalan macam nak makan aku. Tak boleh tanya elok-elok ke apa.
.
Antara soalan-soalan yang dia tanya aku
" Nak pergi mana malam-malam buta nie ? "
" Kenapa drive sorang-sorang ? "
" Dari mana ? "
" Apa ada dalam beg tu ? "
.
Dekat 15 minit jugaklah kejadian tu. Membazir waktu aku je. Terus tak ada langsung kereta masa tu. Geram pulak rasanya. Dahlah aku tengah takut nak redah jalan sunyi dan gelap tu. Nie makin melewatkan aku pulak. Grrr !
.
Ya Allah seram gila masa tu !! Jalan dah mula berkabus. Tak boleh nak bawa laju sebab kerbau berkeliaran dekat atas jalan. Kang tak pasal-pasal terlanggar. Habis aku. Masa nie memang aku tak pandang langsung cermin belakang. Takut terbayang benda bukan-bukan menumpang tanpa izin. Hahahahaha
.
Ye, aku memang suka imaginasi macam-macam. Benda tu tak boleh lari. Tambah-tambah bila aku sunyi dan berada dalam tempat gelap. Sebab tu aku tidur dengan lampu terpasang kalau tidur sorang. Sebab aku suka imaginasi macam-macam.
.
Akhirnya, jam 1.30 pagi, aku sampai di kampung halaman ku di Kampung Bohor Baru, Bera Pahang. Ibu aku sangatlah terkejut masa tengok aku sampai. Hahaha. Rasa gembira gila aku selamat sampai dengan jayanya setelah menempuh 7 jam perjalanan dan 30 minit terakhir yang sangat menakutkan.
.
Now you may enjoy my hari raya aidiladha's photos.
That is all about my aidiladha story. I guess i have a pretty normal aidiladha celebration. You can tell from the pictures. Not much different from yall, so i dont want to elaborate more about it. Happy Aidiladha everyone !
Now i need to complete my hari raya aidilfitri story pulak. Lulz !
Good... Lelaki mesti boleh punya drive jauh-jauh kan. Niat nak balik kampung jumpa family, mesti Allah mudahkan.
ReplyDeleteYa allah..kalau akak la kan zhariff..confirm nangis x berlagu sambil drive ni...nasib selamat sampai walau lambat giler
ReplyDeleteHaaaa.. mmg berani giler.. Nasib baik hantu kak limah xikut blj... haaaa.. lain kali ikut ckp org tua, family first
ReplyDeleteAdik akak pon penah cite...ada roadblock...naik motor.. dia x kena tahan sbb badan berisi. Kwn dia selalu kena tahan sbb kurus kering. Bkn jenis x lalu mkn kwn dia tu...mkn mcm bela saka tp bdn x naik
ReplyDeleteuihhh..memang tiap2 tahun boleh kata jem teruk kalau balik raya haji..lagi sesak dari raya puasa..
ReplyDelete