Friday, July 5, 2019

Jualan Murah Sempena Pembukaan Cawangan LuLu Hypermarket di One Shamelin Mall, Cheras

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menyaksikan sendiri kemeriahan perasmian pembukaan LuLu Hypermarket cawangan One Shamelin Mall, Cheras. Sangat tak sangka, ribuan pengunjung telah hadir ketika di majlis perasmian ini untuk membeli-belah pada harga promosi bersempena pembukaan cawangan terbaru LuLu Hypermarket di sini. Promosi gila-gila ini tak datang selalu, harga yang ditawarkan sangat tak masuk akal. Mari ikuti butirannya !


LuLu Hypermarket sangat terkenal di negara-negara Timur Tengah dan mengambil keputusan untuk membuka cawangannya di Malaysia pada tahun 2016. Cawangannya yang pertama terletak di Kuala Lumpur, betul-betul bersebelahan Jakel Mall Kuala Lumpur. Pembukaan cawangan LuLu Hypermarket di Malaysia telah mendapat sambutan yang sangat baik dan menggalakkan. Oleh sebab itu, kini mereka melebarkan sayap dengan membuka satu lagi cawangan di One Shamelin Mall, Cheras. LuLu Hypermarket cawangan One Shamelin Mall Cheras ini merupakan cawangannya yang kedua di Malaysia dan cawangannya yang ke-174 di serata dunia.


YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut sama-sama hadir dan merasmikan pembukaan cawangan terbaru LuLu Hypermarket di One Shamelin Mall Cheras di samping kedutaan-kedutaan dari negara lain. Menurut Yusuff Ali MA, Pengerusi Lulu Group, berhasrat ingin membuka lebih banyak lagi cawangan LuLu Hypermarket di seluruh Malaysia sebelum penghujung tahun 2020. Antara lokasi yang telah berada dalam senarai ialah Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang Melaka dan juga Johor Bahru.


Promosi bersempena pembukaan cawangan LuLu Hypermarket di One Shamelin Mall Cheras ini sangat gila. Lebih 15 ribu pengunjung telah hadir setiap hari sepanjang promosi ini diadakan menurut satu pegawai di situ. Boleh bayangkan tak, sesak dia macam mana ? Promosi punya pasal. Aku pon sanggup.

Promosi di bahagian kekacang


Ingatkan nak ambil waktu dekat-dekat nak check out, sekali habis. Menyesal betul !



Ada yang sanggup tunggu untuk barang tersebut di-restock. Sebaik sahaja barang tersebut di-restock, tak sampai 1 minit barang tersebut habis dijual. Punya lah kena cepat ambil sebelum berputih mata. Alhamdulillah, aku berjaya sambar beberapa barang yang aku dah memang target untuk beli. Walaupun ada barang yang dah habis stok, tapi tak apa. Mungkin bukan rezeki aku.

Rasa menyesal tak beli !! Niat nak beli pada hari terakhir, tapi dah habis stok

Luggage potongan sebanyak 50%

Hari pertama, banyak lagi blender dari Panasonic nie.
Kalau tahu stok nak habis, aku rembat dua tiga kotak. Menyesal beli satu kotak je.

Pembeli berkerumun menunggu ayam - RM2.99/KG

Promosi ini berjalan sehingga 4 July, dan aku juga mengambil kesempatan hari terakhir promosi untuk beli lebih banyak barang-barang yang ada promosi. Agak sedikit hampa kerana banyak barang sudah kehabisan stok, seperti Samsung Smart TV Full HD 49" (RM1399), Dell Note Book (RM1299), Panasonic Blender (RM60). Blender tu aku dah sambar satu masa hari pertama tu, tapi ibu aku minta suruh beli lagi.

Pembeli menunggu di depan pintu stor menunggu staf-staf LuLu Hypermarket restock barang

Pada hari terakhir promosi pembeli semakin "mengganas" ya. Masing-masing sudah tercongok depan pintu stor menunggu staff-staff LuLu bawa keluar barang untuk di-restock. Barang belum sampai ke lokasinya tapi dah habis dikebas dekat depan pintu nie. Kelakar betul bila tengok. Sampai staff-staff LuLu terpaksa buat sistem kupon untuk bagi adil. Hanya mereka yang ada kupon sahaja yang boleh beli barang yang menjadi rebutan itu.

Bagi mengelakkan perebutan dan ketidakadilan, hanya mereka yang diberi kupon sahaja yang boleh beli barang yang menjadi rebutan itu.

Satu orang satu kupon, we got ours =)

Apakah barang tersebut ? Sudah pastinya Pentec Rice Cooker 1.0L (RM25). Ya Allah berebut-rebut orang nak beli periuk nasi nie. Sampai ambil berkotak-kotak. Satu troli ada yang ambil sampai 7 kotak. Dahsyat gila !! Semua dok tunggu staff LuLu restock periuk nasi Pentec nie. Alhamdulillah dapat sambar 2 kotak periuk nasi Pentec pada hari terakhir promosi. Actually dah sambar 2 kotak masa hari pembukaan tu. Hahahaha.

4 Kotak Pentec Rice Cooker aku beli

Hasil sambaran pada hari pertama pembukaan LuLu Hypermarket di One Shamelin Mall Cheras

Sepanjang 4 hari promosi berlangsung, aku datang sebanyak 3 kali tau. Hahahaha. Hari pertama, hari kedua dan juga hari terakhir. Banyaklah benda yang aku beli. Ada yang aku dah bawak balik kolej. Dan selebihnya aku bawak balik rumah.

Hari kedua pembukaan LuLu Hypermarket @ One Shamelin Mall, Cheras.
Seawal jam 9.30 pagi orang ramai sudah mengerumuni pintu masuk. Penangan promosi yang berlangsung di LuLu Hypermarket

No, dorang bukan berdiri saja-saja di situ. Mereka sedang beratur untuk check out barang. Sangat ramai !

3 kali pergi LuLu Hypermarket @ One Shamelin Mall, Cheras. 3 kali tu jugaklah kena bersabar dan beratur untuk check out. Dahsyat penangan promosi sempena pembukaan LuLu Hypermarket di One Shamelin Mall, Cheras.

Hasil tangkapan yang sempat aku sambar selama 3 hari berulang-alik ke LuLu Hypermarket @ One Shamelin Mall, Cheras,

Sebenarnya banyak lagi barang yang aku beli. Barang-barang dapur seperti telur, buah-buahan, sayur-sayuran, snek-snek, kudap-kudapan, coklat dan air minuman pon aku beli. Tapi semua dah selamat disusun rapi di dapur dan dalam peti ais.

LULU HYPERMARKET @ ONE SHAMELIN MALL, CHERAS
Lower Ground Floor, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur

Tel : 03-9281 9999


19 comments:

  1. Wowwww wowww, banyak le lah orang bujang bershopping, ngalahkan makcik2 ni dah..hehehe. Akak lom berkesempatan lagi nak gi. Tak sanggup bersesak sesak..tapi tak apa sb Lulu selalu buat promosi cuma tak lah semurah hari pembukaan ni

    ReplyDelete
  2. Wah! Banyak betul membeli di Lulu supermarket ya. Murah betul ni sampai tak kira pun duit yang ada dalam poket. Kalau ke sana lagi, sila masukkan cadangkan bukak cawangan belah pantai timur pulak

    ReplyDelete
  3. Wahh shopping sakan tu. Qiss pun pergi juga tengok-tengok kat LuLu Hypermarket ni. Memang promosi dia orang murah-murah dan banyak stok Yang dah habis. Sekarang pun ada promosi lagi. Boleh ajak mak ayah shopping kat sini. Jimat banyak kalau shopping sekarang.

    ReplyDelete
  4. mak aii banyaknya zharif borong dekat Lulu! Memang betul murah ni sampai semua orang berebut dekat kaunter. Telur pun habis. Nasib jauh je dari subang, kalau tak dah serbu sekali.

    ReplyDelete
  5. Fuyo Zharif banyaknya shopping, rice cooker tu sampai 4 kotak terus. Buat kenduri ke. Banyak betul sale kat sini yer dari barang dapur sampai ke peralatan elektronik.

    ReplyDelete
  6. Banyaknya borong rice cooker tu heheh. Kaw kaw ni dia shopping. Kalaulah Lulu bukak cawangan area Rawang ni kan best. Beli barang dapur kat Lulu jer huhu

    ReplyDelete
  7. amboi banyaknya shopping.. sampai 3 hari berturut pergi shopping kat lulu cheras ni. meriah sambutan orang cheras dengan pembukaan cawangan baru lulu. harap lulu buka cawangan baru area puchong senang BBL nak shooping kat sini

    ReplyDelete
  8. Ramai cakap kat sini barang murah, aih nak kena pergi jenguk jugak la ni nampak gayanya

    ReplyDelete
  9. Banyaknyaaaa awak shopping. Best nampak shopping di Lulu Ni sebab macam-macam Ada. Pendek kata, complete. Semua ada. Yang penting harga murah. Seb baik Ada Lulu baru hukak yang dekat dengan rumah

    ReplyDelete
  10. Amboi banyaknya dia beli bestlah hehehe harga murah untung lah dapat pergi sana selalu hehehehe kita tak shopping lagi ni teringin juga nak beli kat LuLu ini memang murah dan banyak pilihan suka pergi kat LuLu...

    ReplyDelete
  11. Ni dah cawangan kedua la kan Lulu Hypermarket ni? Besar giler pastu barang dia pun banyak. Ramai cakap barang kat sana semua murah. Kalau ada kuantan ni mesti best. Boleh pergi. Kat KL je ada. Huhuhu

    ReplyDelete
  12. wahhh shopping sakan nampak! bestnya bila ada jualan murah. tak sabar nk tunggu buka cawangan dekat bagi gateway, dekatlah dengan rumah sekarang ni :)

    ReplyDelete
  13. Hari tu pernah pergi dekat 1 shamelin ni. Dah nampak dah signboard kata lulu nak bukak dekat sini. Time tu tak bukak lagi lah. Eh rugi pulak tak sempat pergi masa promotion ni

    ReplyDelete
  14. Tudia tengok troli berbaris 3 4 line. Dah macam trafic jammed dah kadaan nye ahahaa. Terbukti sudah. Semua orang suka yang murahhh.

    ReplyDelete
  15. Aakan shopoing. Murah sgt ni...

    ReplyDelete
  16. 174 all over world? Quite banyak tapi baru buka dua kat Malaysia. Even yg lulu kat kl dekat tar pun xpenah pegi lagi. Agak besar jugak the name. Impressive.

    ReplyDelete
  17. Obviously this is like one of the most popular shopping place right now as I believe 20 or 30 bloggers have written about this. Ya~being cheap is also one of the most important reasons why many people would want to patronize this mall. :)

    ReplyDelete
  18. Hey beli rice cooker banyak-banyak buat apa ? murah sangat ke atau saja nak buat koleksi tu. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini