Saturday, July 13, 2019

Reward Diri Sendiri Dengan Mencuba Menu "Blend Of Spices" Di Le Meridien Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku baru menerima keputusan semester 2 aku dan Alhamdulillah, aku sangat berpuas hati dengan keputusan yang aku dapat. Kerja keras dan penat lelah menempuh perjalanan semester 2 ini terbayar dengan keputusan begitu. Jadinya, aku reward diri sendiri nak makan sedap-sedap dan telah memilih Le Meridien Putrajaya sebagai lokasi. Saja pilih Le Meridien Putrajaya sebab dekat je dengan UPM. Tak sampai 10 minit dah sampai. Ikuti butirannya !


Ini merupakan kunjungan pertama aku ke Le Meridien. Pernah masuk sini sebelum nie by accident. Tapi sudah agak lama. Tak sangka pulak Le Meridien nie boleh diakses melalui IOI City Mall, Putrajaya. LOL ! Aku seriously tak tahu weyh.


Aku ada nampak iklan paal promosi menu "Blend of Spices" nie di Le Meridien, jadinya aku pon teringin nak cuba. Aku percaya, menu yang kaya dengan rempah ratus ini sangat menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan aku merupakan salah seorang yang amat menggemari makanan-makanan yang kaya dengan rempah.




Promosi menu "Blend of Spices" ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula 8 Julai sehingga 21 Julai ini. Bersempena dengan promosi ini, Le Meridien Putrajaya telah membawa khas chef dari Weligama Bay Marriott Resort & Spa, Chef Hemal Shashika, untuk menyediakan menu-menu istimewa sepanjang promosi menu "Blend of Spices" berlangsung.




Terdapat banyak menu-menu istimewa, saksikan sahaja warna dan rempah-rempah yang digunakan dalams etiap menu, pasti membuatkan korang terliur dan bertambah nasi. Selain menu-menu yang kaya dengan rempah ratus, Le Meridien Putrajaya juga ada menyajikan menu-menu lain seperti menu Japan, menu-menu tradisional dan pelbagai lagi. Jadi pilihan makanan tidaklah terhad pada menu-menu berempah sahaja.



Butiran harga untuk promosi menu "Blend of Spices"

Makan Tengahari
Dewasa : RM118 nett
Kanak-kanak : RM59 nett

Makan Malam
Dewasa : RM138 nett
Kanak-kanak : RM69 nett

Sekiranya pengunjung membayar menggunakan credit card daripada HSBC, Maybank atau CIMB, pengunjung dapat extra potongan 20%. Menarik bukan ? Cepat buat tempahan sekarang kerana tempat duduk adalah terhad.


Sebarang tempahan,

Tel : 03 - 8689 6888
Email : dining.lmputrajaya@lemeridien.com

LE MERIDIEN PUTRAJAYA
Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang Selangor Darul Ehsan

7 comments:

  1. Wow!!! Mesti sedap dsn sempoi....mesti rancak nie dpt join makan sama2 hehehehe

    ReplyDelete
  2. Their buffet spread memang best kan, banyak jenis pilihan and also also seafood.

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk result semester 2
    Fuh,sakan dia celebrate ye. Terliur weh tengok menu yang ada kat sini. Rasa sekarang jugak nak gi terkam buffet kat sana. Yummeh

    ReplyDelete
  4. Tahniah baru habis sem 2.. Masa ni lah nak enjoy puas2 tanpa pikir beban dalam kepala. Hehe. Sis kalau stress memang cari makan je. Ok dah lama tak pegi sana. Hope dapatlah cuba merasa nanti. Memang tekak asia ni confirm suka.

    ReplyDelete
  5. Alarh! Seronoknya! Bolehlah try ke sini nanti kalau nak makan² best gini . cx tgk gambar pon kemain terliur lagi tau! Halah³. Dahlah tengah lapar ni hahahha!

    ReplyDelete
  6. Adoi terliurnya tengok seafood, sushi, salmon dengan makanan lain. Kalau makan kat sini memang puas hati lah. Pilihan pun banyak.

    ReplyDelete
  7. Terliur tgk mesti menarik dan sempoi dan for sure jika dpt makan mesti tk pandang Kiri dan kanan


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...