Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebagai seorang lelaki yang cukup menjaga penampilan, ahaks (terbatuk sikit), penjagaan diri sangatlah dititikberatkan. Biar cantik dan wangi luar dalam. Ibu aku selalu berpesan, biar kita nie tak cantik, yang penting jangan busuk.
Aku nak tanya, dalam satu hari berapa kali korang mandi ? Terutama sekali buat sang jejaka yang sedang membaca blog jejakakaula di luar sana. Berapa kali ? Tolong jangan bagi tahu aku korang hanya mandi sekali sehari *tepuk dahi*.
Ada orang mandi bila waktu nak tidur sahaja. Bila mandi pagi je, dorang rasa pelik. This happened when i was in America tau. Bila aku mandi pagi je, dorang rasa pelik dan syak sesuatu seperti "Apa yang kau buat malam tadi sampai kena mandi pagi ?". Faham tak, maksud dorang bertanya tu ? Something yang berkaitan dengan aktiviti atas katil lah. Haha 😅
Mungkin sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita untuk mandi pagi. Tapi tidak bagi mereka. Bukan orang Amerika je tau, hatta dari negara-negara lain juga seperti itu. Agak terkejut dan tertanya-tanya, selesa ke pakai baju dan mulakan hari dengan hanya gosok gigi ? Aku bermonolog. Apa-apa pon aku memilih untuk mandi pagi sebelum memulakan hariku.
Baru-baru ini aku diperkenalkan dengan produk mandian baharu SAFI iaitu SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING. Kedua-dua gel mandian ini sudah ada di pasaran tau. Korang dah cuba belum ? Ada dua variasi gel mandian ini, satu ialah Frosty Watermelon dan satu lagi ialah Frosty Pineapple. Kedua-duanya aku suka sebab ia haruman buah-buahan.
Packaging dia sangat cute ya dan harap tak ada yang tersilap akan fungsi nya. Ia merupakan gel mandian dan bukannya kordial,. Jadi mohon jangan tersilap. Yer, memang cute sangat ada gambar ais krim dekat label dia tu, tapi ia bukan untuk dimakan mahupun untuk diminum. Awas ya ! 😄
Mandian baharu SAFI ini mengandungi anti-oksidan semulajadi dan kadar pH yang seimbang. Ianya organik, bebas alkohol, paraben dan juga bebas sabun. Kedua-dua mandian ini memberikan perlindungan anti bakteria seharian untuk sesisi keluarga. Ia mampu mebasmi kuman sehingga 99.9% berdasarkan hasil ujian in-vitro yang dijalankan keatasnya.
.
1. SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling FROSTY WATERMELON
SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling - FROSTY WATERMELON |
Mandian wangian Frosty Watermelon ini merupakan kombinasi haruman floral dan juga kesegaran rasa buah tembikai. Ia sangat kaya dengan manfaat ekstrak tembikai dan lemon yang dipercayai berfungsi sebagai anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas. Selain itu, ia juga terdapat eskstrak madu yang bukan sahaja kaya dengan manfaat anti-bakteria, malah ia turut menjadi agen penyegar, pelembap dan melembutkan kulit kita.
2. SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling FROSTY PINEAPPLE
SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling - FROSTY PINEAPPLE |
Mandian wangian Frosty Pineapple ini merupakan kombinasi haruman dan kemanisan sitrus buah nenas yang menyejukkan dan menyegarkan. Ia sangat kaya dengan ekstrak buah nenas, raspberry dan juga kelapa. Ketiga-tiga buah-buahan ini terkenal sebagai anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit daripada radikal bebas. Ia juga kaya dengan kombinasi 3x ganda manfaat anti-penuaan yang dapat mengekalkan keremajaan kulit.
-----------------------------------------------------------------------
Kedua-duanya best sangat. Paling suka yang Frosty Pineapple tu. Rasa macam nak makan pon ada tau bila mandi dengan sabun mandian nie. Sedap je bau dia. Korang kalau nak cuba, boleh dapatkan di pasaran. Berikut butiran harga runcit kedua-dua mandian baharu SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling :
Botol 1kg : RM 18.50
Pek isian semula 850g : RM 12.50
Boleh dapatkan gel mandian ini di semua pasaraya-pasaraya besar, pasaraya hyper, farmasi dan juga di Lazada.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI :
Website : www.safi.com.my
Facebook : www.facebook.com/SAFIMalaysia
Instagram : www.instagram.com/SAFIMalaysia
Amboiii pandai ye Zharif minum ikut perisa mandian Safi ni ye? Nampak packaging tu ada gambar ice cream terus nak pegi cari panas2 ni. Suka bau bauan bunga dan buah buahan. Ye betul jangan muka je cun, badan berbau.....
ReplyDeleteTerbaiklah..biar muka x cantik yang penting jangan busuk..mama kena beli dan cuba produk ni utk en.suami dan keluarga kecilku..
ReplyDeleteSiap photoshoot tepi kolam lagi. Dah macam sabun tu koktel pulak. Hihi mesti syok guna sabun tu kan. Dengan wangian buah lagi. Saya suka kalau sabun berbau harum manis buah. Biasa saya guna bunga je. Boleh cuba cari nant
ReplyDeleteHahahaa... Tak sure nak tengok mana ni. Besar lagi modelnya. Tapi siyes sukalah safi ni. Packaging pun comel. Harga nice. Tapi datang je anak2 hmmmpphhh tak sampai seminggu habis!
ReplyDeleteMacam best jeee haha wangi x
ReplyDeleteTitle entry ni memang betul sangat. Mesti mau wangi baru orang nak dekat. Safi bukan setakat Ada Barang kecantikan malah produk mandian juga. Hebat
ReplyDeletewahhh!! produk baru dari safi ke ni! eloklah, sebab kt rumah mmg dah nak habis dah sabun, boleh lah saya try pulak produk ni. harga pun macam okay je. bolehlah mandi banyak kali tiap2 hari guna safi ni :) haha
ReplyDeletePatutlah muka awak cantik selalu hehehehe dan juga wangi ini rahsia awak yer awasss kita guna juga tapi tak secantik awak macam mana tapi wangi lah wakakakakaka. Kita suka sabun yang watermelon sedap rasa nak makan jer..
ReplyDeleteAmboi Zharif...kaler air dengan shower dah sama dah pun. Tapi memang nampak mcm best la shower ni. Nanti nak carilah. Kat rumah memang guna shower SAFI....nanti nak g cari
ReplyDeleteAmboiiii ayat ibu tu tak menahan sungguh. Hahaha. Ayat ni boleh gantung dalam LRT dan bas ni. Bagi semua org hadam sikit. Hahaha.
ReplyDeleteAlamak packing dia tu menggoda la. Jangan nanti anak anak akk klau pakai ni tersilap pulak.
ReplyDeleteIngat minuman kordial.
Haru ni. 😄😄😄
tengok awak pun rs dh nmpk bau wangi mcm pineapple...haha..safi ni mmg power la..macam produk best keluar..nak kena try jgk ni..
ReplyDelete