Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari tu aku dan kawan-kawan menikmati hidangan Thai dan BBQ di Aroi Dee Thai Restaurant yang terletak di Palm Garden Hotel. Tak jauh pon dari UPM, terletak betul-betul sebelah IOI City Mall. Best makanan laut dekat sini sebab semuanya segar-bugar. Ikuti butirannya !
Promosi yang sedang berlangsung di Aroi Dee Thai Restaurant ini mengkhususkan makanan-makanan dari Thailand. Ini merupakan kali pertama Palm Garden Hotel membuat promos makanan Thailand seperti ini. Makanan Thailand memang cukup sinonim dan sangat digemari rakyat kita. Oleh itu, membuat promosi makanan Thailand ini merupakan satu langkah yang bijak untuk menarik pelanggan untuk mencuba makanan di sini.
Apa yang menarik promosi makanan Thailand dan BBQ di sini ialah, hidangan makanan laut yang disajikan kesemuanya segar dan bukannya makanan laut sejuk beku. Makanan laut dan masakan Thailand berpisah tiada. Oleh itu, kesegaran setiap makanan laut yang dihidangkan amat dititikberatkan bagi memberikan kepuasan kepada setiap pelanggan yang datang mencuba menu promosi Thai Wok & BBQ ini.
Menu BBQ di sini pula dimasak secara langsung kepada pengunjung. Oleh itu, pengunjung dapat menikmati hidangan BBQ yang panas dan segar kerana ia hanya dibakar sekiranya mendapat permintaan daripada pelanggan. Cukup puas makan hidangan BBQ di sini. Dicicah pula dengan sos-sos yang disajikan. Memang umphhhhhh !
Pokoknya memang banyak hidangan Thailand yang disajikan di sini dan amat malang sekali kerana aku tak sempat nak ambil gambar kesemua makanan yang disajikan akibat terlalu lapar. Bila dah makan-makan baru teringat. Lol. Yang pasti, korang kena cuba menu-menu promosi Thai Wok & BBQ nie di sini ya. Berikut merupakan butiran harga untuk promosi ini :
Dewasa : RM68.00
Bermula 12 Julai 2019, setiap hari JUMAAT
Masa : 6.30 PM - 10.00 PM
Sebarang tempahan, boleh hubungi butiran yang berikut :
Tel : 03-8943 2233 / 010-367 6101
Aroi Dee Thai Restaurant
Palm Garden Hotel, IOI Resort City
62502 Putrajaya
Website : http://www.palmgarden.com.my/
Lah ingat hari-hari. Jumaat je eh
ReplyDeleteAduh! Kita ni dahlah memang penggemar makanan Thai! Haha. Tengok gambar-gambar tu je pun dah terliur depan laptop. Dapat pulak kalau seafood segar kan. Rasa macam nak try je nanti makan kat sini. Ajak member-member mesti best ni!
ReplyDeleteWah boleh pergi ajak kawan-kawan ni dekat je dengan ofis kita. Yaya dahla hantu seafood. Geram tengok seafood fresh kat dalam gambar ni :p
ReplyDeleteNampak semua happy2 . Nampak semua hidangan semua sedap2 belaka. Terima kasih berkongsi tempat yang menarik
ReplyDeletebbq tu nampak menyelerakan, memang confirm tak berhenti kalau dah mula makan hahaha, harga pun ok reasonable dan macam-macam boleh makan, boleh try nanti
ReplyDeletetak lama lagi zharif bakal jadi gebu gebas cecomel kalau dok lepak selalu dengan otai otai food blogger ni tau... apa pun semua seafood memang nampak enak enak belaka.. still prefer dimasak dalam tomyam tapi bakar pun nampak not bad... geram tengok ketam !!
ReplyDeleteMemang sedap sesekali pekena masakan Thai.. Okay... Dah boleh masuk list lah untuk dicuba dengan kawan-kawan nanti
ReplyDeletewah... macam best je. teringin nak try. alang2 dah stay dekat je ni. yg best tu time hari jumaat pulak, bolehlah bwk family dtg. terima kasih share :)
ReplyDeleteWahhh dekat je restaurant ni dekat rumah mak, bolehlah cuba bila semua balik berkumpul nanti. Mesti seronok makan ramai-ramai dengan keluarga. Nampak tempat pun selesa sangat, pilihan majanan seafood pun banyak. Seronok makan ni, confirm.
ReplyDeleteSedap sedap menu bbq thai ni ye Zharif. Terliur akak tengok. Harga pun berpatutan. Nanti ada masa terluang nak ajak suami akak datang makan kat sini lah. Dekat je pun
ReplyDeleteThe pricing looks good. Too bad it was only for Friday right. Maybe they will extend to other days.
ReplyDeleteWah I love thai food and have not try out this place yet. Nanti ada rezeki i will singgah.
ReplyDelete