Assalamualaikum dan salam sejahtera
Penyakit buah pinggang semakin meningkat bilangan pesakitnya di Malaysia. Gaya hidup yang tidak sihat antara yang menyumbang kepada penyakit ini. Seperti kita semua sudah sedia maklum, pesakit buah pinggang terpaksa menjalani rawatan dialisis beberapa kali seminggu demi kelangsungan hidup dan tahukah anda rawatan dialisis ini bukanlah satu benda yang murah ? Ikuti butirannya !
Penyakit buah pinggang ini juga mendorong kepada penyakit Anemia iaitu kekurangan sel darah merah dalam darah. Sel darah merah kita dihasilkan dengan bantuan hormon Erythropoietin (EPO) yang ditugaskan untuk memberitahu badan kita supaya terus menghasilkan sel darah merah. Hormon EPO ini dihasilkan oleh buah pinggang kita. Oleh itu, kegagalan fungsi buah pinggang menyebabkan terencatnya penghasilan hormon untuk menghasilkan sel darah merah. Makanya penyakit Anemia berlaku. Menambahkan lagi teruk ialah, rawatan dialisis yang WAJIB dilakukan oleh kesemua pesakit buah pinggang kronik ini menyebabkan mereka kehilangan banyak darah ketika rawatan dilakukan. Maksudnya makin berkurangan sel darah merah dalam badan buat mereka yang mengalami penyakit Anemia ini.
Penyakit kronik buah pinggang semakin meningkat di negara kita, menaik dari 9.07% kepada 15.5% . Ini bermaksud, semakin ramai menjalani rawatan dialisis setiap tahun. Rawatan dialisis bukanlah satu rawatan yang murah untuk ditanggung. Tambah-tambah sekiranya anda merupakan dari keluarga yang berpendapatan rendah. Oleh itu, National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) bekerjasama dengan Roche Malaysia, menggubal satu program yang diberi nama Red Bean Assistance Program bagi membantu pesakit buah pinggang kronik dari golongan yang berpendapatan rendah dalam merawat penyakit ini.
Program ini akan bermula 1 August 2019, tetapi hanya untuk kawasan sekitar Klang Valley sahaja. Namun jangan risau, 1 January 2020 mereka akan melebarkan sayapnya ke seluruh negara Malaysia. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad, berkata pesakit buah pinggang kronik ini perlu dibantu kerana peratusannya meningkat. Kerjasama agensi swasta sangat diharapkan bagi membantu mengurangkan beban agensi kesihatan kerajaan.
Sejumlah RM25,000 diperlukan setiap tahun oleh pesakit buah pinggang kronik bagi menjalani rawatan dialisis. Kos ini meningkat sekiranya pesakit menghidapi sekali penyakit Anemia. Diharapnya dengan kerjasama NKF dan Roche Malaysia ini dapat membantu serba sedikit untuk mengurangkan kos rawatan yang mahal ini.
Semoga berita ini mampu mengukir senyuman buat mereka yang menghidapi penyakit ini. Usaha murni seperti ini perlu diperbanyakkan lagi bagi membantu mereka-mereka yang memerlukan. Semoga terus kuat buat pesakit-pesakit semua. Teruskan lawan !
Oh dia sekali terus check up whether kita ada or tak ada kan? I think I nak check too where depa pegi dalam klang valley ni sbb myself mmg anemia. Tapi bila baca ni pinggang I gerak2. Hmm, paranoid!
ReplyDeleteBestnya ad inesiatif macam ni yang dilakukan oleh kerajaan. Sokong penuh usha seperti ini. Alteast dpt mengurangkan beban dan tanggungan penghidap penyakit seperti ini
ReplyDeletekita kena buat check up dari semasa ke semasa.
ReplyDeleterawat bila diperingkat awal.
kos hemodialisis memang tinggi jugak.
bila ada bantuan / kemudahan sebegini, ok la.
dpt bantu rakyat yg bebetul memerlukan.
yes. mesti diperluaskan segera ke serata negara.
Tinggi jugak peningkatan peratus dari 9% ke 15%, sakit buah pinggang antara penyakit kronik sebab nak replace buah pinggang memang susah dan perlu tunggu lama untuk penderma organ. Bagus kementerian buat inisiatif tingkatkan kesedaran macamni. Great job!
ReplyDeleteBagus ada program sebegini, membantu meringankan mereka yg alamai sakit ni. Rumah sis dekat aje dengan kidney foundation ni, 5min jln kaki dh sampai. Pernah juga buat potongan bulanan utk mereka ni, tapi lama dh stop. InsaAllah nanti sambung balik kalau ada rezeki lebih
ReplyDeleteAlhamdulillah, satu lagi program yang sangat baik dianjurkan oleh kerajaan. Nampaklah usahanya. Semestinya dapat kurangkan beban orang yang tidak berkemampuan. :)
ReplyDeletebagus program ni..bantu mereka yang memerlukan..lepas ni dekat mana pulak..mesti ada lokasi terpilih kan..
ReplyDeleteIsu kritikal mcm ni kena ada exposure lagi. Terima seh sbb share sal program ni. Sokong 100%!!
ReplyDeleteBagus ada program macam ni kerana bukan sahaja harap pada kerajaan untuk bantu malah badan swasta juga banyak memainkan peranan dalam program kesihatan untuk rakyat hehehe ememang kita kat Malaysia banyak issu masalah buah pinggang dan terutama orang kampung yang tiada rawatan awal...
ReplyDeleteBaguskan ada inisiatif macam ni. sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos bebanan pesakit. selain itu pesakit masih iktiar ters rawatan tapi memikirkan masalah kewangan
ReplyDeleteSangat menyokong event sebegini dibuat dan diluaskan kepada semua daerah yang ada dalam negara kita. Tapi pokok pangkalnya kena kembali kepada rakyat juga. Bukan apa, pengambilan gula dalam makanan di negara kita amat membimbangkan. Hampir setiap hari aku melihat pesakit yang mempunyai masalah ini terutamanya di Sabah dan Sarawak. Apa pun nice sharing tuan.
ReplyDeleteBagus usahasama antara NKF dan Roche Malaysia ini. Selain dapat mengurangkan beban agensi kesihatan kerajaan, secara tak langsung dapat mengurangkan beban pesakit dan menggalakkan mereka melakukan rawatan yang sangat2 mereka perlukan yang mana selama ini mungkin membebankan fikiran mereka especially berkaitan dengan kos rawatan
ReplyDeleteThese are really great initiative from the foundation to help early detection and prevention. Best way is to look after what we eat.
ReplyDeleteAlhamdulilah. Moga dipermudahkan semua urusan bagi yang memberi perkhidmatan dan juga yang menerima rawatan. Rawlins berdoa agar perkhidmatan ini dilebarkan ke Sabah dan Sarawak
ReplyDeleteRasa macam nak pergi buat check up pulak bila baca ni. Emi jarang tau buat check up. Yela kadang kita duk fikir kita ni sahat walafiat. Sekali rupanya ada penyakit. Mintak jauh sangat2.
ReplyDeleteBagus ada inisiatif camni. Memberi dorongan pada mereka yang sering alpa dalam kesihatan. Ramai yang tak begitu suka nak buat check up Secara rutin, Bila dah sakit, barulah tergesa tergesa nak carik doktor, ya kan
ReplyDelete