Thursday, April 26, 2018

Sos Sweet & Spicy Samyeang Keluaran Domino's Pizza

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini, Domino's pizza memperkenalkan beberapa keluaran pizza samyeang dan Ayam-haseyo. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Itu menunjukkan rakyat Malaysia sangat mencintai makanan Korea. Dahsyat bukan ?


Kerana penerimaan yang luar biasa itu dan permintaan yang menggalakkan dari orang ramai, maka Domino's Pizza mengeluarkan sos samyeang khas yang dijual dalam bentuk botol. Sos samyeang ini merupakan gabungan rasa manis, masam dan pedas yang pasti akan membuatkan korang berpeluh, tapi nak tambah lagi. Macam mana tu ?


Pembikinan sos samyeang ini mengambil masa selama 6 bulan untuk dihasilkan bagi memastikan rasanya kekal seperti rasa asli Korea. Sebab tu rasa dia memang mirip sungguh dengan rasa ramen samyeang tu. Apa yang bestmya sos samyeang nie ialah, korang boleh jadikan ia sos untuk dicicah oleh apa-apa makanan.


Sos samyeang nie boleh dibeli di pasaran dengan harga RM 19.90 untuk add on, manakala untuk secara ala carte berharga RM 24.90. Pada tasting event ini, kami juga disajikan dengan pizza-pizza samyeang yang sangat digemari tu.


Samyeang Tuna Pizza

Samyang Chicken Pizza

Pizza samyeang kegemaran aku sudah pastilah Samyeang Beef Pizza. Kombinasi daging dan sos samyeang yang manis-manis pedas tu sangat terbaik. Di samping itu, kami juga disajikan dengan beberapa side dish seperti ayamhaseyo yang disalut dengan sos samyeang beserta biji bijan. Sedap betul ayamhaseyo nie yer. Wajib order kalau aku singgah Domino's.

Samyang Beef Pizza


Pizza Samyeang ini juga, korang boleh beli dengan harga RM 3.90 pada setiap hari Selasa bila korang membuat pembelian melalui atas talian atau secara takeaway. Kalau nak beli direct terus di kaunter, harga dia adalah RM 4.90. Harga promo ini untuk pizza bersaiz personal Samyeang. Jom dapatkan sekarang !


Pada majlis itu juga, terdapatnya sesi memasak menggunakan sos samyeang. Pelbagai menu boleh dimasak dengan menggunakan sos samyeang nie. Bukan takat boleh jadi dipping sauce je, malah nak campur dalam masakan pon boleh.



Mee goreng yang dimasak bersama sos samyeang tu sangatlah sedap. Antara menu lain yang dimasak malam itu ialah ayam masak sos samyeang, bilis tumis bersama sos samyeang dan ikan bawal masak 3 rasa menggunakan sos samyeang. Memang masuk je sos samyeang nie dengan semua menu. Malah rasa dia lain daripada sos cili yuang biasa kita guna tu. Rasa dia lebih umphhhhhh !

Dessert yang sangat best. Chocolate moist cake dari Domino's terbaik !


The #Samyeangkan Challenge

Kongsikan detik-detik samyeangkan korang ketika menikmati sos samyeang ini atau hasilkan resepi korang sendiri yang unik dengan menggunakan sos samyeang pedas dari Domino's Pizza di laman sosial anda seperti Facebook ataupun Instagram dengan berhashtagkan #Samyeangkan #Samyeang. Yang penting, jangan lupa tag Domino's Pizza Malaysia (@DominosMY) di posting korang tu.


Hidangan atau resepi yang paling kreatif berpeluang memenangi RM 200 barangan keluaran Domino's Pizza. Peraduan ini akan berakhir pada 26 April 2018 jam 11.59 malam. So masih sempat lagi untuk korang cipta resepi dan post kan ke laman sosial anda. Jangan lupa ubah tetapan kepada "umum" untuk posting korang tu. T&C applies. Good luck guys !


Jom singgah cawangan Domino's Pizza berhampiran tempat tinggal anda. 

Tel : 1-300 888 333

24 comments:

  1. Okay..recommend sangat ni sebab LeYa pun memang peminat makanan Korea.. Hehe.. Balik ni nak pergi beli lah dominos.. Lama jugak tak makan dominos ni...hehehe..

    ReplyDelete
  2. Ramai yang dah cuba pizza samyeang dominos nih. Saya pun belum cuba lagi. Ramai cakap.sedap tapi pedasnya tak tahan diorang. Nak try juga sebab saya suka makan oedas tapi tuhlah ada yang cakap pedas makanan korea nih tak sama dengan pedas makanan kita ya. Ishh, kena cuba juga pizza samyeang nih nak tahu rasa pedasnya macam mana.

    ReplyDelete
  3. kak nora suka domino since 2000 lagi. masa tu office kat bkt damansara
    so always ke sana. dan marketing dia pun baru nak up. memang dominos
    terbaiklah rasa dia sejak dulu..

    balik ni nak try sos aweet spicy samyeang coz sini takde dominos..tq bos

    ReplyDelete
  4. Wah ... Samyeang! Belum pernah rasa. Teringin gak nak rasa keunikkan rasa sos Samyeang ni. Tetiba nak majuk malas masak laaa malam ni. Nak ajak husband belanja dinner Pizza Samyeang. Hehee... Aci tak?

    ReplyDelete
  5. Alamak.. TB dari hari tu terasa nak try Dominos Pizza Sweet Spicy Samyeang ni.. tapi belum try-try lagi.. ada yang kata pedasss.. aiyoo..pedas tu memang sedap.. tapi yang risau pedas tu boleh ke diterima tekak TB ni.. hahaha.. tengok gambar Zharif tu memang sedap-sedap belaka.. lapar pulak rasa..

    ReplyDelete
  6. Zhariff ada jual ke sos tu..bukan apa kalau jual asing senang nak tabur kan..sapa yang suka pedas bleh letak banyak..sapa x tahan maybe bleh cicah aje kan..hahaha..mengada betul akak..nampak sedap la pizza tu semua...

    ReplyDelete
  7. Dulu masa try pizza dia pun terdetik bestnya kalau ada jual sos dia.ni dah jual memang kena beli la sebab sedap

    ReplyDelete
  8. Amboi boleh habis ker semua pizza tu banyak sangat makannya. Kita memang suka pizza dari Domino ni sebab lapisan roti tidak begitu terbal dan boleh pilih nak yang rangup atau tidak dan kini ada pula Samyeang punya sos memang kena try lah..

    ReplyDelete
  9. hari-hari nampak orang post pasal domino samyang ni..kita ras ateruja nak rasa..nak tau pedas sangat ke..sos tu kalau laki kita tau, mesti dia suka. Dia suka makan pedas. Nanti ada masa boleh ajak dia makan dominos, rasa samyeang punya ni..tengok gamabr pun dah terliur

    ReplyDelete
  10. Rugi kak ana tak join hari tu. Kalau tak boleh join tengok sesi memasak guna sos samyeang tu. Ramai yang dah try pizza terbaru domino ni. Rasa macam nak rasa juga. Nak try beli yang hari selasa tu dulu lah. Mana tau kalau boleh tahan, boleh beli yang besar pula kan. Sos tu pun nak beli juga. Boleh perap ayam. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Pizza Samyeang Dominos memang yummyy... nikmat rasanya nih. Sambil makan foto foto lalu ikut challenge pula nih jom ikutan hehee.. semoga yg ikutan dan menang adalah blogger malaysia

    ReplyDelete
  12. punya la hebat penangan samyeang ni. sampai kena jual sos dalam botol

    ReplyDelete
  13. Bestnya dominos sekarang dah ada sos khas. Tak pernah lagi cuba pizza baru ni tapi nampak sedap dan menarik

    ReplyDelete
  14. Dah lama sis tak pekena Dominos ni. Bila tengok entry ni terus teringin nak makan pizza. Nampak sedap pulak Dominos Pizza Sweet Spicy Samyeang ni...nanti nak try jugak lah yang ni. Sesekali makan pizza sambil tengok tv sedap jugak kan..hehehe

    ReplyDelete
  15. kak liez mmg peminat domino's..lepas cuba samyeang pizza tu lagi jatuh cinta.mmg nak kena cr sosnya sbb boleh buat chicken wing sendiri..mmg confirm makan xigt dunia punya

    ReplyDelete
  16. Wow..akak mmg suka yg ayam samyang ni..tak sangka pulak ada sos dia dah..boleh la.beli lepas ni..buat pasta pulak ke kan...
    Berapa sebotol hasif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada saya tulis tu kak Alia. RM 19.90 sebotol untuk add on.

      BTW, sy bukan Hasif, tapi Zharif. hahahaha

      Delete
  17. Kamera memang cantik gila hasil gambar. Guna kamera apa eh? Haha. Pedas berdesup tak makan pizza tu? Macam makan ramen tak pedas dia? Kalau sweet and spicy Hopefully just nice dengan lidah la. Nanti tak habis pula pizza tu. Hahaha. Kak ruby dengan suami je makan berdua. Orang lain takmo. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iphone 7+ Kak Ruby =)

      Memang berdesup makan sos nie. sampai ke otak dia pergi. Berpeluh-peluh. fuhhh

      Delete
  18. Sedapnye, it's been so long I've not ate Dominos Pizza and this new collection has caught my attention, can't wait for pizza day and try out their new menu and the new sauce!

    ReplyDelete
  19. Mommy suka dominos ni sebabnya dominos suka buat promo. Kemudian mommy suka lagi dia punya chrunchy thin crust.. makan tak muak, sedap dan mengenyangkan. Mommy makan dominos sebulan sekali..hehehe

    ReplyDelete
  20. Pizza terbaru piza daging The Samyeang pun memang favorite. Makan pula dengan Ayam Haseyo pun dah terliur. Sekarang ada pula sos Samyeang ni. Memang tambah selera & guna untuk masak hidangan lain pula. Domino memang terbaik!

    ReplyDelete
  21. nampak mcam sedap ni..kena cuba la,,

    ReplyDelete
  22. satu gabungan yang menarik nih. nanti kena cubalah. Choc moist tu memang menu wajib order kl order delivery

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...