Assalamualaikum dan salam sejahtera
9 April yang lalu, Chakri Palace Royal Thai Cuisine telah melangsungkan satu majlis sambutan ulangtahun ke-19 di cawangan Pavilion KL. Satu pencapaian yang luar biasa buat sebuah restoran yang memperjuangkan makanan dari Thailand ke Malaysia.
Bermula dengan pembukaan restoran pertamanya pada tahun 1999 di KLCC. Chakri Palace Royal kini sudah memiliki dua cawangan, KLCC dan Pavilion. Kedua-dua cawangan ini bukan berada di calang-calang tempat. Tapi di kawasan elit yang menjadi tumpuan para pelancong dari luar mahupon dalam negara. Hebat bukan ?
Cawangannya di Pavilion baru sahaja melalui proses pengubahsuaian yang mana mereka menambahbaik dua bilik VIP. Kedua-dua buah bilik VIP ini mampu memuatkan 30 orang tetamu dalam satu masa.
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan menjelma tiba, Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL akan mengadakan promotion buffet Ramadhannya bermula 18 Mei ini. Lebih daripada 50 hidangan moden dan juga asli Thai dan menu tradisional Malaysia akan dihidangkan.
Seperti ulam-ulaman dan kerabu, Salad Mango Thai, Salad Papaya Thai, tak lupa juga pembuka selera yang paling terkenal di Thailand, aiitu "Mieng Kam", Samosa, Thai Spring Rolls yang rangup, dan mee goreng rangup Thailand.
Untuk hidangan utama, pelanggan akan disajikan dengan makanan-makanan Thai seperti kambing masak kari hijau, udang butter sauce bersama telur masin. Selain itu juga, terdapatnya rendang daging tok, masak lemak gulai daging, ayam kapitan dan nasi briyani.
Terdapat juga gerai yang menyediakan menu tom yam. Thailand dan Tom Yam memang tak dapat dipisahkan. Jadinya, tak sempurna sesebuah restoran thai cuisine itu sekiranya tiada tom yam. Apa yang ebst di warung tom yam ini ialah, korang boleh customize bahan-bahan tom yam korang sendiri. Best ! Pastinya aku bubuh seafood banyak-banyak.
Pelanggan juga akan dimaniskan dengan manisan thailand yang terkenal seperti Red Ruby Waterchestnut, Pulut Mangga dan juga kuih-muih tradisional Malaysia, bubur jagung, pulut pisang dan macam-macam lagi. Steamed banana dia memang terbaik ! Sedap gila. Serious sedap sangat. Bermangkuk-mangkuk juga aku tambah.
Selain itu, para pengunjung juga diperkenalkan beberapa signature dishes yang direka oleh Royal Celebrity, Chef McDang. Korang boleh menikmati hidangan ini hanya di Chakri Palace.
Para pengunjung yang hadir di majlis ini telah dihiburkan dengan persembahan tradisional tarian Thai dari pelayan-pelayan restoran yang cukup berbakat dan anggun memakai busana tradisional masyarakat Thailand.
Bermula 18 May 2018 jam 7.00 PM
Dewasa : RM 98.90++ (KLCC) & RM 88.90++ (PAVILION)
Kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun) : RM 49.90++ (KLCC) & RM 42.90++ (PAVILION)
Warga emas (56 tahun dan keatas) dan kanak-kanak di bawah 6 tahun adalah PERCUMA
Early Bird Offer (Minimum order 4 persons)
Pembelian sebelum 14 May 2018 (KLCC) : RM 78.90++ (Dewasa)
Pembelian sebelum 14 May 2018 (PAVILION) : RM 68.90++ (Dewasa)
Promosi ini bermula 8 April sehingga 14 May 2018.
Pembelian berkumpulan : Beli 5 Percuma 1
Sebarang tempahan :
Telefon :
03-2382 7788 (KLCC)
03-2143 1141 (PAVILION)
016-227 7182
Email : marketing@chakri.com.my
Website : http://berbuka.chakri.com.my
Best dapat rasa makanan Thai yang kebanyakan dr negara asal.. my fav meang kham terbaik!
ReplyDeleteChakri is the best place to go if wanna eat Thailand food. Terbaekk ..
ReplyDeletewah..siap ada miangkham lagi...jarang ada menu macam ni kat tempat lain
ReplyDeleteAkak nak kosongkan perut ni dulu sebelum ke sana hihi, kalau tak .. rugi oohhh tak merasa ..
ReplyDeletePerniagaan Roti Dan Kek, Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan
Wah macam-macam hidangan ada.. selama ni orang kaitkan hanya tomyam je dengan makanan Thailand. Tapi sebenarnya Thailand mempunyai banyak hidangan yang menjadi tradisi mereka.
ReplyDeletealamak. sedap nyer, zharif. thai food.
ReplyDeletetomyam thailand is the best tom yam la.
anak-anak aida yg x suka tomyam tu, hirup tomyam di thailand, diorang bertambah 3-4 mangkuk!
outlet ni, tak pernah masok yg kat klcc. lalu aje.
Saya suka makan masakan thai. Sedap gila. Tapi jarang makan masakan thai. Saya biasa kalau pergi mana2 mesti makanan western food or masakan melayu. Kihkihkih
ReplyDeleteChakri Palace ni memang best lah makanan mereka original Thai kita suka juga makan sini tapi bulan puasa ni kena try datang sini lah nampaknya...
ReplyDeleteMemang suka makanan Thai. Tidak asing lagi. Tekak akak boleh terima masakan Thai. Pulut mangga tu kegemaran Dania tu. Masakan yang dihidangkan nampak menyelerakan. Dok tercari cari gambar Padthai. Alehai kalau ada Padthai sedapnya.....teringin pulak nak cuba Red Ruby Waterchestnut tu....
ReplyDeleteKalau makanan Thai haruslah sedap-sedap. Harga okla kira RM100. Terpulang pada budget masing2. Boleh la letak.dalam jadual Iftar kat sini nanti.
ReplyDeleteWahh.... Eksklusif betul tempatnya. Manis pulak tu waitressnya. Eh. Haha. Bolehlah masuk ni dalam list buka puasa. Berbaloi mencuba tempat dengan makanan macam ni. Hihi.
ReplyDeleteBestnya ada masakan thaiii.miang kham tu dah lama teringin sebab susah gila nak memcari
ReplyDeleteeveeyrime lalu depan Chakry ni sure x peenah singgah
ReplyDeletemewti teleng ke Madam Kwang.. kekeke.. but i can see
alls d menu memang menarik peehatian.. lg2 bila ciba
buffet dia.
Banyaknya menu Thai yang ada. Rambang mata tengok. Saya memang suka masakan Thai sebab sedap dan rasanya yang unik. Masakan kita pun banyak pengaruh dari masakan Thai juga kan
ReplyDeleteFuhhh sedapnya. Chakri Palace KLCC ruby suka pergi sebab Lokasi mudah nak datang naik LRT aje. Hehehe. Cuma ramai la manusia tu masa berbuka puasa. Masa datang Chakri kena tahu nak makan apa dan terus pegang pinggan. Hahaha. Ruby suka Teh Tarik mereka. Sedappppp
ReplyDeleteBagi mereka yang nakkan kelainan dalam menu berbuka bolehlah datang sini. Not bad jugak makanan dia
ReplyDeleteMakanan thai, waduh lain dari yang lain lauk dia. Berbuka puasa macam ni, memang best ni. Jarang nampak menu seperti yang ditunjukkan. Bulan puasa tan lama lagi,fikir ni nak ke tak ni nak pergi nI..hehe
ReplyDeleteDulu, tiap2 tahun berbuka puasa dekat Chakri Palace, rindu hidangan tradisi Thailand dorang.... Anyway, tahniah untuk ulang tahun ke-19 (macam sebaya je kita hahaha)
ReplyDeleteTengok harga tu boleh dah nak booking tapi masalahnya nak p tu dari sejam lebih. Kalau bulan puasa wajib jem sana sini kan. Korang yang dekat boleh la gathering dengan family atau kawan-kawan
ReplyDeleteamboi zharif.. siap bergambar dengan awek2 berbaju purple lagi tu.. heee.. gurau je.. Alahai.. setiap kali masuk blog zharif.. selalu je meleleh air liuq tengok gambar-gambar yang menyelerakan tu.. masakan Thai memang sedap.. kalau ada masa atau lalu sini boleh lah singgaj.. haha.. bila agaknya tu yea? hi3
ReplyDeletedah lama dengar Chakri Palace ni tapi tak pernah la berpeluang rasa makanan kat sini. Kofem sedap kan Tu pasal boleh bertahan sampai 19 tahun tu
ReplyDeleteThai Cuisine!!! woo.. and they doing ramadan buffet... must be very appetizing and yummy. wanna check out this place so i can have my client buka puasa there
ReplyDelete