Friday, April 13, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Masak Lomak Cili Api Terbaik Hanya di AnCasa Residences Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Macam biasalah, bila dekat-dekat nak bulan puasa, akan banyak panggilan untuk review-review buffet Ramadhan daripada tempat-tempat penginapan. Ancasa Residences Port Dickson juga tidak ketinggalan untuk promosikan buffet Ramadhan mereka. Jom ikuti aku untuk terokai apa yang menarik buffet Ramadhan di Ancasa Residences PD nie.


Apa yang menarik buffet Ramadhan di sini ialah anda seperti berada di bazaar Ramadhan. Hal ini kerana, juadah berbuka di sini diletakkan mengikut gerai-gerai. Dan gerai-gerai nie pulak dinamakan dengan nama-nama tempat yang terdapat di Negeri Sembilan. Sebagai contoh Warong Juasseh, Warong Gemenceh, Warong Linggi, Warong Jempol dan banyak lagi.


Konsep "Kampung Boy" telah dipilih untuk tahun ini. Tema ini merupakan gabungan idea chef-chef dari Ancasa Residences PD yang berpengalaman dalam menyediakan masakan tradisional Melayu khususnya masakan tradisional Negeri Sembilan. Kalau Melaka dikenali dengan menu asam pedas, Negeri Sembilan pula dikenali dengan masak lomak cili apinya. Tak sah kalau datang N9, tak pekena masak lomak cili api.


Masak Lomak Cili Api di Ancasa Residences PD ini sangat terbaik !!!! Penyediaannya mengikut citarasa pelanggan. Bahan-bahan mentah seperti bahan protein boleh dipilih sendiri oleh pelanggan, mengikut banyak mana mereka nak, beserta dengan sayuran tambahan yang hendak ditambah ke dalam kuah lemak cili api tu.


Antara bahan protein yang disediakan ialah ketam, pepahat, udang, sotong, kepah, perut lembu dan juga daging. Manakala bahan tambahan, terdapatnya belimbing buluh, rebung, nangka rebus, ulam-ulaman, pucuk betik , kacang panjang dan banyak lagi.



Bukan itu sahaja, terdapat juga warong yang menyediakan ikan bakar yang dibakar on the spot mengikut pilihan ikan yang dipilih oleh pelanggan. Memang secukup rasa sungguh bahan perap yang diletakkan di atas ikan-ikan yang dibakar tu.



Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu dihidangkan buat mereka yang datang berkunjung untuk menikmati buffet Ramadhan di Ancasa Residences PD. Sampai satu tahap, korang sampai rambang mata tak tahu nak mulakan dengan menu apa. Semua nampak menyelerakan !

Pelbagai pilihan sambal

Pelbagai pilihan kerabu

Menu-menu biasa di pagi raya juga turut disediakan

Tak ketinggalan, di sini juga terdapatnya kambing panggang yang diperap bersama rempah istimewa. Rasa dia memang umpphhh ! Tambah-tambah dimakan ketika panas dan cicah pula dengan sos black pepper. Terbaik !



Turut menyajikan pelbagai aneka juadah pemanis mulut. Antaranya semeja buah-buahan tempatan. Siap ada buah kundang lagi tau. Jangan main-main. Buah rare nie. Seterusnya turut ada kuih-muih tradisional dan biskut-biskut legend yang biasa kita beli zaman dulu kala.



Pelayan-pelayan perempuan di sini semuanya ayu berkain batik dan berbaju kurung kedah yang biasa orang-orang lama pakai tu. Manakala yang lelaki bersampingkan kain pelekat. Sangat-sangat bercirikan kampung yang pasti akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak di kampung halaman.


Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik yang dialun dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional. Pokoknya, berbuka puasa di Ancasa Residences PD pasti akan memberi suasana kampung yang jitu. Pasti buat anda merindui kampung halaman sekiranya bertandang berbuka puasa di sini.


Pasti anda tertanya-tanya, berapa agaknya harga berbuka puasa di sini. Aku nak bagi tahu nie, korang jangan terkejut pulak tau. Sebabnya harganya sangatlah tak amsuk akal.

Dewasa : RM 48
Kanak-kanak (4 - 12 tahun): RM 30

Dan sekiranya pelanggan membeli baucer sebelum 12 Mei 2018, 
harga untuk dewasa ialah RM 40

Murah kan ? Apa tunggu lagi, cepat buat tempahan sekarang !

ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON

Batu 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel : 03-2026 6060 

Apartment yang aku inap. Mempunyai 3 bilik. Fully furnished. Luas dan selesa.

Dan kalau nak menginap di Ancasa Residences PD juga adalah lebih digalakkan. Tak adalah penat nak drive balik ke rumah, lepas kekenyangan menikmati hidangan berbuka di sini. Boleh buat tempahan bilik ataupon apartment yang disediakan. Kemudahan yang disediakan juga memuaskan di sini.


1 unit apartment (3 bedrooms) per night with breakfast
Weekdays : RM 488
Weekends : RM 668


Bagi segala aspek, aku amat berpuas hati menginap di sini. Apartment yang disediakan cukup besar dan selesa. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Tapi cuma satu benda yang buat aku sedikit terkilan ialah tiadanya kemudahan wifi internet. Itu jelah, yang lain bagi aku semuanya okay.


Terima kasih Ancasa Residences Port Dickson kerana menjemput saya untuk mencuba buffet Ramadhan di sini dan sekaligus merasai sendiri keselesaan menginap di salah sebuah apartment yang terdapat di Ancasa Residences PD.

21 comments:

  1. Next time kalau datang wajib mandi laut pd yang sejuk tu..

    ReplyDelete
  2. belum bulan posa pun dah terliur ni. cane?

    ReplyDelete
  3. Murah dah ni boleh cuba untuk berbuka puasa nanti bersama family

    ReplyDelete
  4. The buffet looks so tempting as it feature traditional Malay cuisine. A Raya feel to me. And the environment of the hotel is nice. I feel like staying there while enjoy the buffer.

    ReplyDelete
  5. ya ampun~ macam-macam pilihan. murah pulak tu. tengok kerabu je dah terliur, apatah lagi ikan bakar.

    ReplyDelete
  6. Teringat masak lomak cili padi kat sana. Makanan dia pun not bad terutama kambing tu..perghhh sodap. Sis dah 2 tahun dok makan kat PD ni..tak menghampakan. Bilik yg dapat pun kemas dan bersih je. Mandi laut je lom sempat lagi

    ReplyDelete
  7. Arh sedapnya masak lemak cili api.
    Dah Negeri Sembilan kan,
    Tempat asal usulnya masak lemak,
    Mesti best la kat sini

    ReplyDelete
  8. Aida pernah stay @ ancasa.
    Apartment nyer luas. Selesa bwk anak.
    Makan pon sedap.
    hu hu hu another entri pasal buffet Ramadhan.
    Untung uolls dpt jemputan.
    And nice staff nyer berbaju tradisi ekk. Good.

    ReplyDelete
  9. wow... suka gambar. csntik dan menarik
    tgk pun org dah nak mai sana makang makang
    insyaAllah.. ada rejeki boleh kesana..
    nampak awesome lomak cili tuh.. tq sharing

    ReplyDelete
  10. Wehh best giler omg..masak lomak nogori harusla meletop dimulut dan menggelupurkan cacing di perut.thanksss

    ReplyDelete
  11. tak pernah ke sini lagi. mngkin kalau teroutstation ke PD bulan puasa nanti bolehlah cuba.

    ReplyDelete
  12. Masak lomak mmg fav akak...tak pernah lagi dapat tempo buat masak lemak yg sedap mcm org nismilan buek...
    Buffet ni harga dia quite cheap kot compared to other place....untung la org2 pd kan

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak menyinggah ke area PD. Dulu selalu gak datang Ancasa. Nie bila tengok juadah kampung, terus kecur liur tau. Tapi pedas tak sebab Rawlins tak kuat makan pedas.

    ReplyDelete
  14. Unik betul. Boleh pilih dan masak waktu tu juga. Kira boleh makan makanan segar. Ikan bakar segar. Terbaiklah orang PD, apa lagi cepat tempah awal ada harga best lagi

    ReplyDelete
  15. Fuhhh sodapnya. Kalau negeri Sembilan memang pekat masak lomak dia tu. Wuwuwuwu rindu nak makan masakan Minang juga. Kalau ada kereta, nanti nak pi berbuka ke sana. Weekend gateway gitu. Tak sabar nak sambut bulan Ramadan.

    ReplyDelete
  16. wow... presentation pun cantik.. ala kampung gitu..masak lomak cili api mmg la fav kalau dh negeri sembilan kan...byk juga pilihan.. confirm tak tahu nak mkn yang mana satu niiii

    ReplyDelete
  17. masak lomak tu favourite! tapi kena daging je la hahaa salu x berkesempatan ke sini

    ReplyDelete
  18. Suka betul Ancasa sebab menu deorang memang selalu sedap dan paling penting sangat affordable!

    ReplyDelete
  19. Wah best juga tempat ni! makanan kat situ semua memang my favourite and location pun ok for a short vacay during weekend.

    ReplyDelete
  20. Dah lah tgok makanan pon sedap sedap, tgok tempat dia lagilah best. Kalaulah mmg duduk sana kam seronok ��

    ReplyDelete
  21. Nama warong dia sangat bagi ilmu dekat pengunjung yang datang. Sekurangnya mereka tahu daerah atau tempat yang ada di negeri sembilan. Singgh sini

    ReplyDelete