Assalamualaikum dan salam sejahtera
Banyak korang complain, cakap aku asyik cadangkan buffet Ramadhan atas seratus ringgit je. Tak ada ke yang bawah seratus. Okay, sekarang hajat korang dah tertunai. Kali nie aku nak kongsikan buffet Ramadhan yang berharga bawah RM 100. Iaitu buffet Ramadhan di Begonia Coffe House yang berada di Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi.
Konsep yang dipilih oleh Hotel Puri Pujangga sempena Ramadhan 2018 ini ialah Memori Studio Jalan Ampas. Tema ini dipilih bagi mengimbau kembali kegemilangan era perfileman Melayu yang satu ketika dahulu merupakan nadi kepada industri filem tanah air. Walaupun aku tak nampak di mana kesinambungan tema ini dengan bulan Ramadhan, tapi aku cukup hargai dengan usaha yang Hotel Puri Pujangga cuba ketengahkan.
Pelbagai juadah terhidang buat pengunjung yang ingin berbuka puasa di sini nanti. Hidangan-hidangannya terdiri daripada hidangan tempatan dan antarabangsa. Bagi hidangan pembuka selera, terdapatnya pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman, gado-gado, tauhu sumbat, tauhu bakar, pelbagai jenis acar dan juga kaunter salad yang menghidangkan pelbagai sayuran salad yang berkhasiat. Macam-macam ada !
Hidangan buffet di Begonia Coffee House ini berbeza setiap hari dalam seminggu. Antaranya ialah nasi minyak, nasi jagung, nasi arab, ayam kerutup, daging rendang minang, daging dendeng, udang butter, kambing masala, ayam perchik, udang sambal petai, kambing masak briyani dan bermacam-macam lagi.
Bagi makanan utama pula, tahun ini Hotel Puri Pujangga mengetengahkan asam pedas claypot yang akan dihidangkan secara panas mengikut permintaan pengunjung. Pengunjung berpeluang memilih bahan utama asam pedas itu sendiri yang terdiri daripada ikan pari, ikan merah dan juga ikan kembung.
Selain itu, terdapatnya warung kambing golek bakar yang pasti akan membuatkan para pengunjung berebut-rebut untuk mengambilnya. Maklumlah, kambing golek nie sejenis hidangan yang laku keras. Huhu
Antara hidangan utama yang lain
Aku rasa, the win dish of the night di Hotel Puri Pujangga nie ialah apam balik. Rasa dia sangat secukup rasa, malahan pengunjung boleh request nak minta apam balik jenis macam mana. Untuk aku, aku suka apam balik yang sedikit tebal dan kaya dengan jagung serta kacang tanah hancur.
Terdapat juga gerai yang menghidangkan sup, bubur lambuk, makanan bergoreng dan gerai roti yang menghidangkan pelbagai jenis roti. Antaranya ialah roti canai, murtabak dan roti john. Manakala di gerai pencuci mulut pula, korang boleh dapatkan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu, pelbagai jenis agar-agar dan pelbagai jenis buah-buahan. Dessert tiramisu di sini sangat terbaik !! Sedap gila.
Dari segi minuman pula, pengunjung boleh memilih pelbagai jenis minuman. Antaranya air kurma, air bandung, air soya, air jagung, air tebu, teh limau ais, nescafe tarik dan teh tarik. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati minuman daripada Hausboom. Minuman sparkling yang diperbuat daripada 100% real juice tanpa pewarna dan perisa tambahan.
I have tried every flavors and my most favorite flavors is the guava. The taste is just nice and suits with my taste buds. I will recommend this flavor to everyone. However, other flavors are also nice and has their own unique taste.
Butiran harga buffet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga ini adalah seperti berikut :
Dewasa : RM 70nett
Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) : RM 35nett
Kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah adalah percuma
Early bird promotion : RM 60nett
Bermula 19 Mei sehingga 13 Jun 2018
Jam : 7.00 malam sehingga 10.00 malam
Tempahan boleh dilakukan pada butiran berikut :
Tel : 03-8922 2891 / 03-8927 4128 / 03-8926 2443
Mobile : 017-699 2437
Email : khalia@puripujangga.com.my
Website : www.puripujangga.com.my
HOTEL PURI PUJANGGA
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.
Ataupon, korang boleh mengambil sekali dengan pakej penginapan di hotel ini dengan harga RM 160 nett semalaman. Pakej penginapan ini termasuk dengan buffet makan malam untuk seorang. Jadi bolehlah korang consider untuk mengambil pakej penginapan nie.
Jadi, mari ramai-ramai berbuka puasa di Hotel Puri Pujangga yang terletak di UKM Bangi.
Tak tahu pon dekat area UKM tu ada hotel.. hehehe... Nampak semua hidangan-hidangan tu sedap sangat. Especially kambing ☺
ReplyDeleteNamoaknya dah start org nak promo buffet ramadan mereka ya. Nampak gaya sis kena list down tempat2 yg uoll tulis ni..nanti dah ramadan lupa lak mana2 nak gi..hehehe
ReplyDeleteWah memang menggamit kenangan betul ni.
ReplyDeleteDengan segala hidangan yang ada pasti teringat masakan bonda di kampung.
Kena datang ni ke Puri Pujangga
Menarik...murah pun murah..makanan pelbagai pilihan tu ha...eh harga penginapan pakej ngan makan malam pun best...berbaloi la...okey boleh consider hotel ni...nak cuba tempah early bird la...
ReplyDeleteJeles ahkak awak dapat review kat hotel ni. Hehe. Hotel ni bole la terjah. Area dekat gak ni ngan rumah. Akak pernah minum Haus Boom ni tapi tak ingat kat mana. Kambing golek tu mesti ada kat menu. Dah jadi favourite dish orang Malaysia. Nanti nak try sini....
ReplyDeleteHuntongla bnyk review Ramadhan. Kita satu pun tk ada lagi. Hehe. Dulu walaupun study UKM, sampai la ni tak pernah pergi Puri Pujangga tu! Haha. Menu setiap hari berbeza memang best. Kalau dah buffet ramadhan pasti sedap punyalah menu masakan. Nasib baik harga kita 35nett je. Hiks
ReplyDeleteWow! Syok nya berbuffet di hotel...
ReplyDeletemakanan nampak sedap sedap belaka
Bestnye tengok makanan. Yang bujang boleh lah makan buffet. Macam mommy sekeluarga, rasanya pening kepala nak berbuka, nak urus anak-anak.. hehehe selamat berpuasa in advance
ReplyDeleteSeronok buffet Ramadan ni. Bleh plan masa bulan Ramadan nak pi mana. Selalunya sebulan tu ruby jarang berbuka di hotel atau luar dr rumah. Sebab nak pi masjid. Tapi awal Ramadan mesti family ruby ajak berbuka bookings satu table bulat. Kalau ruby kat Bangi, memang akan ke puri pujangga ni. Suka tengok lauk dia. Wuwuwuw
ReplyDeleteQuestion! Ayam kerutup Tu ape? OMG you completely lost me when you started listing down their menu... So many choice and all of that for under rm100? Brilliant!
ReplyDeleteWah ide bagus nih kerena bisa beli paket ramadhan hotelnya dengan.budget RM 160. Bisa nginap.pun sudah bisa menikmati hidangan menu Ramadhan 2018 nya.
ReplyDeletelook at all those beautiful foods. a holy month blessed with good food and this is gonna be in my bucket list with my client there.
ReplyDeleteHighlight dia yang lain daripada yang lain sebab ada Haus Boom tu. Pernah rasa, memang sedap.
ReplyDeleteBetul buffet ramadan dekat Penang dah sama macam harga KL semua dah RM100 ke atas. Hotel Puri Pujangga ni menawarkan harga buffet yang berpatutan dan menu yang dihidangkan pun menarik dan sedap. Pelbagai pilihan dan tak runsing fikir nak makan apa kan.
ReplyDeletewww.liahasty.com
pernah review sini dulu. skang dah stay jauh sikit so xdpt la dtang utk join review. makanan diaboleh tahan lah.
ReplyDeleteOh buffet ramadam review dah mai dah!!! I memamg suka ramadan review sebab i like all the spicy and malay food lebih lebih lagi ada durian. This one the Haus Boom drinks looks very tempting and best.
ReplyDeleteseronoknya kalau dapat singgah sini. kalau dekat dah lama mak book utk buka puasa nanti ;) kadang2 nak gantung kuali juga
ReplyDelete