Saturday, April 28, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Iftar Fi Sofina Di Atas Cruise Mengelilingi Tasik Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buffet Ramadhan kali agak berbeza dengan buffet-buffet Ramadhan yang aku pergi sebelum ini. Hal ini kerana, kali ini aku berbuffet Ramadhan di atas sebuah kapal cruise. Memang syok sangat berbuka puasa sambil mengelilingi Tasik Putrajaya. Jom ikuti butirannya !


Kalau rasa bosan dengan cara berbuka puasa yang sama saban hari, apa kata korang cuba berbuka puasa atas cruise pulak. Pasti akan memberi anda pengalaman yang luar biasa dan lain dari yang lain. Pengalaman ini bukan sekadar luar biasa, tetapi ia bercirikan mewah dan eksklusif. Sesuai untuk mereka-mereka yang inginkan suasana romantis ketika berbuka puasa.


Kapal cruise ini boleh memuatkan seramai 50 orang dalam satu masa. Jadi sekiranya korang merancang untuk membuat satu majlis berbuka puasa khas untuk rakan sekerja ke, boleh lakukan demikian dengan menghubungi pihak Cruise Tasik Putrajaya (CTP). Masa yang diambil oleh cruise ini untuk belayar mengelilingi Tasik Putrajaya itu adalah selama lebih kurang 1 jam 30 minit.

Hiasan dalaman kapal cruise ini juga bercirikan kemewahan dan eksklusif.


Sekarang, mari kita lihat hidangan yang ditawarkan untuk buffet Ramadhan di atas cruise ini. Terdapat lebih 30 sajian yang terhidang untuk buffet Ramadhan di sini. Sebelum itu, nama sesi buka puasa di atas kapal ini diberi nama Iftar Fi Sofina.



Antaranya ialah kambing panggang, ayam goreng berempah, daging gulai kawah, laksa johor, mee goreng ayam, dan macam-macam lagi. Pelbagai jenis kuih muih tradisional juga turut dihidangkan. Menu lain seperti Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut ditawarkan buat pelanggan yang inginkan kelainan.



Memang tak dapat dinafikan, menu-menu berbuka puasa di atas cruise ini nampak biasa-biasa je. Tapi rasa dia sangat sedap. Sebagai contoh, nasi goreng kampung yang terhidang di kapal cruise nie. Nama je nasi goreng kampung, tapi aku berani cakap yang nasi goreng kampung di atas cruise ini antara nasi goreng kampung yang terbaik yang pernah aku rasa.


Mungkin sebab mereka hidang menu-menu yang biasa, jadi mereka hendak memastikan rasa daripada setiap menu-menu biasa itu sangat terbaik dan outstanding. Dan mereka berjaya buktikan.


Setiap pelanggan yang ber-iftar Fi Sofina di atas cruise ini akan membawa pulang sampul duit raya yang eksklusif dan juga kuih raya. Di samping itu, Marina Putrajaya Sdn. Bhd (MPSB) juga menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa pakej Love Boat yang ebrnilai RM 350 kepada 5 orang pelanggan yang membeli pakej Iftar Fi Sofina. Menarik bukan ?


Berapa agaknya harga untuk berbuffet Ramadhan di atas cruise nie. Meyh aku nak bagi tahu.

PROMOSI EARLY BIRD (Tempahan sehingga 16 Mei 2018)

Dewasa : RM 120.00
Kanak-kanak (5 hingga 12 tahun) dan Warga emas (60 tahun dan ke atas) : RM 75.00

Harga Asal
Dewasa : RM 145.00
Kanak-kanak : RM 77.00

Masa : 6.30 PM hingga 8.30 PM

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon dan email berikut,

Tel : 03-8888 5539
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com


Harga Iftar Fi Sofina pada tahun ini lebih rendah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai pengalaman yang eksklusif dan unik ini. Cepat buat tempahan sekarang sebelum 16 Mei untuk menikmati potongan yang berbaloi-baloi itu.


Selain itu, MPSB juga ada menawarkan pakej lain. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan oleh mereka, boleh baca di website rasmi. Klik link di bawah.


Jom ramai-ramai ber-Iftar Fi Sofina di atas cruise mengelilingi Tasik Putrajaya untuk kelainan buka puasa tahun ini. Pengalaman yang sangat manis dan luar biasa !

20 comments:

  1. Pengalaman yang tak dapat di lupa menaiki cruise, dapat rasa makanan sedap dan lihat pemandangan cantik dari dekat.

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya beb berbuka atas cruise. Sis yang tinggal yet kerja kt Putrajaya almost 10 years pun xpernah jejak dlm cruise.

    ReplyDelete
  3. Wow sangat sekali skala dapat berbuka puasa di atas Cruise. Nak nak pula ada yang birthday jatuh dalam bulan puasa. Konfem menjadi moment yang terindah.

    ReplyDelete
  4. Wow enjoy buffet Ramadhan on the cruise. The food looks so tempting and more variety. Enjoy the nice buffet while enjoy the fresh environment on the cruise.

    ReplyDelete
  5. amboi bukan main dia posing. selamat tak terjatuh masuk dalam tasik tu ye. memang seronok sesekali berbuka atas cruise ni. lagi-lagi dengan keluarga tercinta. menu-menu yang disediakan pun menarik. suasan dalam cruise pun nak selesa dan mewah, book guna early bird memang berbaloi tu.

    ReplyDelete
  6. Kalau satu masa boleh muatkan 50 orang sahaja memang cukup eksklusif la. Selesa tetamu nak menjamu selera. Sesuai untuk mereka yang mencari kelainan nak berbuka puasa. Sambil menjamu selera dapat menjamu mata.

    ReplyDelete
  7. Fuhhh gaya Zharif sengsorang tu ala ala Hero Remaja lah. Best juga makan dalam kapal. Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan tu. Rasa mewah pula Zharif. Lebih eksklusif sebab tak ramai pengunjung sekali datang tu. Rasa lebih selesa.

    ReplyDelete
  8. Wah mula mula sekali sis nak puji gambar2 awak mmg cantik dan jelas.. Nampak menyelerakan pylak makanannyr. Sesuai sangat tak lama lagi kite nak sambut ramadhan. Boleh la try iftar di sini

    ReplyDelete
  9. Menarik ni. Bila dapat makan kat cruise. Sambil menikmati hidangan dapat memerhatikan alam sekitar. Syokkan. Lagi bulan2 piasa. Blh rekomen org sekitar putrajaya untuk mencuba akt cruise 🚢

    ReplyDelete
  10. ok ni lain dari yang lain sbb makan atas cruise. power idea diorng nak create buffet berbeza dari pesaing. lebih eksklusif dan berbaloi dgn harga

    ReplyDelete
  11. Sesuatu yang jarang dilakukan. Mesti seronok dapat berbuka puasa sambil bercruise..tapi harap2 tak lah mabuk bila makan banyak dalam cruise tu..hehehe. Kalau ada peluang teringin jugak sis..:D

    ReplyDelete
  12. Bestnya ! Menarik betul macam ni.mesti ramai nak join sebab ada daya tarikan macam ni kan.tengok makanan pun best je

    ReplyDelete
  13. Wah menariknya berbuka puasa dI dlm cruise romantik gitu. Teringan juga nak berbuka puas akat sini. Harga pun sgt berbaloi.

    ReplyDelete
  14. Ni ramadan buffet lain dari yang lain ni. Sebab berbuka makan di atas cruise. Menjamu selera sambil melihat pemandangan. Indahnya. Berbaloi dengan harga buffet ni. Kalau gi Putrajaya ramadan ni boleh lah singgah.

    ReplyDelete
  15. Waahh... pasti asyik yah dan sensasinya luar biasa bangat nih jika bisa buka puasa diatas Cruise. sungguh-sungguh romantis ini. harga untuk dewasa RM 140 tuh sudah bisa makan semuanya dan sepuasnya ke?

    ReplyDelete
  16. Bestnya kalau dapat berbuffet atas Cruies ni zharif.. harga rm120 tu boleh tahan dan berpadanan la dengan idea eksklusif lain dari yang lain ni.. pengunjung yang sukakan suasana diatas cruise..

    ReplyDelete
  17. berbuka puasa siap pakej naik cruise sekali. mesti best ni! harga pun xdelah mahal sangat pada ainy sebab dapat berbuka puasa dengan menu best2 lepastu dapat naik cruise pusing tasik.

    ReplyDelete
  18. Kalau masuk blog ni kan, mesti rasa macam nak makan sekarang. rasa nak pinjam kamera pun ada juga. hahahaha. cikgu oh cikgu. Berbuka puasa dekat atas kapal memang best. Selagi tak habis makanan, tak leh pulang ke darat tau. Gitewww. jam berapa kena naik cruise dan jam berapa pulang ke jeti?

    ReplyDelete
  19. Ini memang best! boleh menikmati makanan yang sedap sambil menikmati pemandangan yang indah kan. I like it there too, hope my company can organize iftar there too.

    ReplyDelete
  20. I have been into this cruise before but yet try their food. Seems so nice... Can buka Puasa on cruise sambil menikmati permandangan... Now I can organize a group event for my client...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...