Thursday, April 12, 2018

Travelogue Pulau : Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Alhamdulillah, ada rezeki untuk aku turut serta dalam travelogue khas iaitu travelogue pulau edisi Pulau Pangkor yang berlangsung selama 5 hari 4 malam pada 24 February hingga 28 February yang lalu. Pada asalnya aku redha dan pasrah tidak dapat turut serta trip ini, di atas kekangan kerja yang mana trip ini jatuh pada hari bekerja.


Alhamdulillah rezeki, dapatlah aku turut serta dalam trip Travelogue Pulau ini. Jom ikuti kisahnya !


Perjalanan bermula dari TBS yang mana kami bertolak ke Pangkor dengan menaiki bas. Sebaik tiba di Pulau Pangkor, kedatangan kami disambut mesra oleh runner dari Mama Jamilah dan membawa kami ke jeti. Setibanya kami di jeti Marina, Majlis Perbandaran Manjung telah berada di situ menunggu kedatangan kami. Kami menaiki bot laju untuk ke jeti Pulau Pangkor. Rasa VIP sangat bila naik bot nie. Maklumlah eksklusif.


Setibanya kami di Jeti Pulau Pangkor, kami singgah makan tengahari di Pangkor Kopitiam. Ini merupakan kali kedua aku di Pulau Pangkor dan semasa lawatan pertama aku ke Pangkor, tak perasan pula ada kopitiam di jeti nie.


Pangkor Kopitiam merupakan satu-satunya tempat makan di jeti Pangkor dan ianya 100% milik bumiputera. Sekiranya korang tiba atau nak pulang semula ke tanah semenanjung, dalam pada menunggu feri tu, apa kata korang singgah makan di Pangkor Kopitiam dulu. Sambil-sambil tu boleh melihat feri-feri yang berlabuh di jeti.



Laksa : RM 6.90
Laksa Mee Pangkor : RM 5.00
Mee Kari : RM 6.00

Laksa Mee Pangkor merupakan signature dish di Pangkor. Mee pangkor nie saiz dia nipis, lebih nipis dari mee kuning. Jadi kalau korang datang Pangkor, make sure korang cuba laksa mee Pangkor dorang okay. Lagi pedas, lagi best rasa dia !


Nasi Goreng Pangkor : RM 9.50
Chicken Chop Fried Rice : RM 16.90
Nasi Goreng IKan Masin : RM 6.90
Nasi Goreng Apel : RM 12.90

My personal favourite sudah pastinya Nasi Goreng Apel sebab memang kenyang gila makan benda nie. Lengkap siap ada kuah tom yam yang padu. Makan pula bersama udang goreng tepung, memang best !


Jikalau korang berpeluang melawat Pulau Pangkor, jom pekena dulu menu-menu di Pangkor Kopitiam di jeti nie. Harga dia berpatutan dan berbaloi-baloi. Butirannya ada di bawah :

PANGKOR KOPITIAM

Restaurant No.5, Jetty Complex Pangkor Island,
32300 Pangkor Island, Perak. Malaysia.

Business Hours : 10.30 AM - 10.30 PM
Instagram : @pangkorkopitiam
Email : pangkorkopitiam@gmail.com
Tel : 019-496 2321


Seterusnya kami dibawa ke tempat penginapan kami. Untuk malam pertama, kami menginap di Puteri Bayu Beach Resort. Van Puteri Bayu Beach Resort pick up kami di jeti, terus ke resort. Bukan van pink nie tau, van lain. Van pink memang signature pengangkutan di Pangkor. Kalau korang datang Pangkor, memang merata akan nampak van berwarna merah jambu nie. Comel !


Untuk penginapan kami di Puteri Bayu Beach Resort, korang boleh baca butirannya di entri bawah nie. Aku dah update secara details di sana. Jemput baca.


Manakala untuk aktiviti hari kedua pula, kami bermain aktiviti air. Kami menggunakan servis dari SF Watersports untuk aktiviti air ini. Pakej yang cukup lengkap, siap dibekalkan makanan tengahari lagi. Memang terbaik lah ! Korang boleh usha harga servis SF Watersports di entri bawah nie


Sebaik sahaja selesai bermain aktiviti air, kami pulang semula ke hotel untuk check out dan meneruskan ke resort seterusnya. Kami check in ke Kejora Garden Resort untuk malam kedua. Kejora Garden Resort nie terletak di hadapan Puteri Bayu Beach Resort. Kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke sini. Agak kelakar jugaklah bila check out then jalan kaki ke seberang jalan untuk check in ke resort baru.


Pada belah petang, kami berjalan-jalan sekitar Pulau Pangkor. Berdekatan Kejora Garden Resort, terdapatnya landmark terkenal Pulau Pangkor. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bergambar sementara hari masih terang.

Pulau Pangkor Landmark

Dekat nak maghrib, aku pon berangkat ke jeti. Ye, aku sorang sahaja. Sebab aku kena kerja pada esok harinya. Hanya mereka berenam yang akan meneruskan perjalanan di Pangkor untuk 3 hari lagi. Aku tak check in pon Kejora Garden Resort tu. Hanya menumpang untuk 2 jam sementara tunggu waktu feri aku berlepas.


Aku tak minta cuti pon untuk travelogue kali nie. Agak segan sebenarnya untuk minta cuti lagi dari pengetua sekolah aku, sebabnya aku dah minta cuti untuk sertai trip travelogue Johor pada hujung bulan January yang lalu. Jadinya, aku merelakan untuk tidak sertai trip Pangkor ini. Tapi pada saat-saat akhir aku pergi juga. Terima kasih kepada team borakkita.com kerana membenarkan aku sertai trip ini walaupon cuma untuk 2H1M.

2H1M yang sangat bermakna dan seronok !

Aku juga ingin berterima kasih buat para penaja untuk travelogue kali ini. Yang pertama, Mama Mia Skin kerana telah menaja serum kulit ini. Serum ini juga bertindak sebagai sunblock. Untuk kegunaan harian, sesuailah menggunakan serum ini. Tapi untuk aktiviti pantai, korang kena gunakan sunscreen yang lebih strong untuk lindungi kulit daripada sunburn.


Seterusnya, terima kasih lagi sekali buat Canon Malaysia kerana menaja dua buah kameranya untuk kami merakamkan detik-detik indah di Pangkor ini. Kali nie kami diberi peluang untuk memakai Canon M6 dan juga Canon 80D. Gambar yang terhasil memang superb. Nanti aku review lebih details kamera Canon M6 itu ya di entri yang lain.


Dan tak lupa juga buat Desa Alam Batek kerana telah menaja kami produk-produk batiknya. Aku sangat sukakan seluar batik yang aku terima ini. Sangat selesa dan feeling very the tourist bila pakai di pantai. Terus lupa daratan tau. Boleh baca lebih details mengenai produk-produk Desa Alam Batek di entri bawah nie.



Selain itu, nak juga ucap terima kasih buat penaja-penaja lain seperti Perodua Malaysia, 888Tea & Coffee, Mod Gear dan tempat-tempat penginapan yang menaja trip 5H4M team travelogue pulau di Pulau Pangkor nie. Thank you !

Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Pulau selama 5H4M
ke Pulau Pangkor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Perak 
dan Majlis Perbandaran Manjung.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee, Desa Alam Batek, Mama Mia Skin, Mod Gear
kerana telah menaja travelogue kali ini.

19 comments:

  1. Awww... Reading this making me even more this place. Has been looking years never go. Time to revisit!! Nice photo catch there...

    ReplyDelete
  2. Mommy belum pernah ke mana-mana pulau. Teringinnya nak pergi pulau. Tengok air laut biru hijau jernih bersih... Doakan moga tercapai juga mommy ke mana-mana pulau.. jeless

    ReplyDelete
  3. Bilalah agaknya Rawlins boleh join trip sebegini kan? Best giler kot menjelajah new places and to learn its history and culture kan? Bring me along the next time you're going on a trip, please.

    ReplyDelete
  4. wah... cantik-cantik plak gambo zharif. shot nyer menarik.
    walaupun 2h1m, dari gambo pun aida nampak how happy u are.
    lama tak ke p.pangkor, zharif. last time gi before kawin tau. 2003.
    ari tu hampir-hampir nak ke p.pangkor, tapi tak jadik. just jalan-jalan di jeti aje.
    one sweet day in shaa Allah...

    ReplyDelete
  5. Wah bestnyer harga makanan tu. Nampak menggiurkan.
    Harha pun boleh tahan murah. Alaa teringin nak makan laksa Pangkor tu.
    Mesti sedap

    ReplyDelete
  6. Amboi dah dapat pergi bercuti pulak tu dapat makan yang sedap-sedap bestnya tak ajak kita pun bila nak belanja kita kat Pulau Pangkor ni hehehe lama tak pergi...

    ReplyDelete
  7. Laksa sana mmg lain kan? Pernah dulu buat survey untuk penduduk pangkor ni..laks mmg makanan ruji dorang and harga time tu murah sangat nak banding sekarang ni..hihi

    ReplyDelete
  8. Huihhh tengok gambar cantik je. Tapi ruby kalau ke pangkor mesti beli Ikan Bilis mata biru tu. Hehehe. Murah skit harga dari kat KL ni. Ikan Bilis di sana juga organic. Tidak ada bahan pengawet. Bagus tau

    ReplyDelete
  9. I want that canon m6! huhuhuhuh...on the side topic...it's been ages since i have been to pangkor..i should probably go n visit it again..n probably this time with your itinerary instead...

    ReplyDelete
  10. Wahh.. memang seronok sebenarnya Pulau Pangkor! Nanti kena cuba main ATV. Memang syok! Akan lalu hutan, jalan raya dan lebih best, di tepi pantai pun juga. :D

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat join travelogue ke Pulau Pangkor. Makanan tu semuanya nampak sedap. Ada kelapangan nanti teringin juga nak pergi ke Pulau Pangkor

    ReplyDelete
  12. Lama dh tak ke Pangkor. Dah lupa dah cam mana pangkor ni..hahaha.
    Trip sis lps ni nak ke perhentian..nanti lps tu kalau budget ok baru pikir nak ke pangkor semula

    ReplyDelete
  13. Seru banget jalan jalannya. Banyak destinasi yang ditempuh dalam 5 hari 4 malam. Senangnya aku bila dapat pesiar di tagl 24 februari sebab itu hari ulangtahunku hehehee...

    ReplyDelete
  14. Asyik berjalan je. Seronoknya. Pernah ke pangkor tp tak perasaan la pula signage Pangkor tu. May be pergi pantai belah lain kot. Btw, Laksa Mee Pangkor tu menarik sangat nak cuba. Macam ikan masak singgang je rupanya. Hehe

    ReplyDelete
  15. hamboi hamboi sakan berjalan...nampak hepi sokmo....ni mmg masa me time untuk ckgu ni..kagi dari tekanan dari tugasan hehehehehe

    ReplyDelete
  16. Wah best nyer travel je... I nak makan asam laksa kat tepi pantai memang syoik la. Dah lama tak pergi ke Pulau Pangkor rindu tempat itu juga.

    ReplyDelete
  17. Paling suka pangkor ni sbab van pink dia tu...comel gila...dah lama akk tak pi pangkor ni..nnt nak pi lah

    ReplyDelete
  18. banyak kali dh ke pulau pangkor, tapi atas urusan kerja. mungkin next time boleh holiday dengan kawan2

    ReplyDelete
  19. Pulau Pangkor kak xsampai lagi...nti nk ajak abg gi sana bersantai lg pun kwn hubby kita ada kat situ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini