Wednesday, April 18, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Kembara Selera Memikat Jiwa Di Laman Kayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan Ramadhan sudah pasti menjadi detik yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh keberkatan dan dilimpahi dengan rahmat dan barokah. Oleh itu, bagi meraikan penantian bulan Ramadhan pada tahun ini, Laman Kayangan telah mengadakan majlis preview buffet Ramadhan Khas untuk rakan-rakan media pada 6 April 2018 yang lalu. Jom ikuti butiranya.


Lokasi buffet Ramadhan ini terletak di Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam. Kawasannya yang luas dan mampu memuatkan ratusan orang pada satu masa ini sudah pasti menjadi pilihan penghintai-pengintai buffet Ramadhan di luar sana. Malah, kawasan parking kereta juga luas dan insyaAllah cukup untuk semua.

Ruang makan yang luas dan eksklusif


Konsep hidangan di sini seperti bazaar Ramadhan yang mana makanan yang disajikan mengikut jenis-jenis gerai. Apa yang menarik ialah nama-nama gerai yang terdapat di sini. Sangat lucu !


Terdapat pelbagai juadah disediakan buat para pengunjung. Dipercayai lebih 88 jenis hidangan terhidang di sini, termasuklah Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek yang mana kedua-dua hidangan ini merupakan "signature dish" buat Laman Kayangan. Hidangan-hidangan ini semua akan terhidang sepanjang bulan Ramadhan.



Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station, pelbagai jenis spaghetti, lauk-pauk masakan tradisional dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.



Sambil menikmati hidangan yang disediakan, tetamu juga akan dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar dari kumpulan muzik tradisional yang berbakat. Sangat syiok ! Tambah-tambah dorang alunkan lagu-lagu raya pula, terus feeling nak raya.



Turut menyaksikan pada petang itu ialah majlis pelancaran buffet Ramadhan ini, yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar Bin Haji Baharin. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Kak Leha Bunting a.k.a Faiz Dickie dan insta famous Naddyepul. Seramai lebih kurang 400 orang tetamu yang hadir pada majlis preview buffet Ramadhan ini.



Pelbagai aneka pencuci mulut juga disediakan antaranya ialah kuih-muih tradisional, pelbagai jenis pastri, buah-buahan dan kek-kek pelbagai rasa dan warna. Meriah sungguh melihat warna-warni di meja pencuci mulut. Yang pasti, kek tiramisu di Laman Kayangan ini sangat terbaik ! Sedap dan secukup rasa. Manis tak manis, pahit tak pahit. Just nice.


Menarik kan ? Pasti korang tertanya-tanya harga buffet Ramadhan di sini. Butiran harga boleh rujuk di bawah.

Harga Buffet Ramadhan di Laman Kayangan 2018

Dewasa : RM 65
Kanak-kanak dan warga emas : RM 35

Early bird (Pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
Dewasa : RM 50
Kanak-kanak dan warga emas : RM 35

Jom ramai-ramai berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam. Pasti berbaloi-baloi dengan harga dan hidangan yang ditawarkan. Tambah-tambah kalau buat tempahan awal.


LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Sebarang tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi dua individu berikut 

Pn Hasmal : 019-250 3090 / 012-2533973
En. Azahari : 019-233 1351

#BufetRamadan #RamadanBuffet #BufetRamadanShahAlam #LamanKayangan

20 comments:

  1. Ala jauh pula lokasi ni. Suka tengok deko mereka. Macam bulan Ramadan dah. Lg beberapa hari je lagi nak puasa. RM 65 not bad. Wuwuwuw. Lapar.

    ReplyDelete
  2. ok sangat dgn rege tu lagipun menunya sngt bnyk pilihannya

    ReplyDelete
  3. wow! first menarik perhatian aida bukan makanan nyer, zharif.
    is the meja & kerusi. setting tempat yg menarik :)
    makanan is yes lah. tunggu puasa nanti, time tu tak nampak dah meja kerusi :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Lezaat semua makanannya menjelang ramadhan di buffet ramadan nanti yee... sangat berselera dibuatnya postingan ini. Pengen Abby berkunjung kesana Ramadhan nanti.

    ReplyDelete
  5. Pelik2 nama gerainya..tapi itu juga boleh jadikan sebagai tarikan utk orang datang. Memang luas tempatnya.

    ReplyDelete
  6. macam biasa, yang akan mendapat perhatian adalah gambing bakar tu. hehe

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat makan dkt buffet macam ni tengok makanan semua sedap.

    ReplyDelete
  8. meriahnya tgk makanan tu...tmpt pn luas..decoration mcm majlis kawin plak susun atur kerusi..kambing golek wajib ada kalo p mana2 buffet ramadhan...pilihan menu tu sure rambang mata nk mkn mn dulu kn

    ReplyDelete
  9. Banyaknya makanan dia...harga tu pada akak reasonable...dengan pilihan makanan yang berbagai - bagai..seronok la kalau dapat peluang makan kat sini...nasib baik jauh dari rumah akak..kalau tak sure bleh consider

    ReplyDelete
  10. The decoration of the place look like a nice castle. And the buffet is arrange accordingly and look nice for the diners. I saw the buffet price and is affordable price compare to other Ramadhan buffet.

    ReplyDelete
  11. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  12. Boleh tahan harga buffet nie ye. Takde mahal sangat. Lokasi pun macam menarik gak tu. Neves nak menghadapi puasa - moga kita berjaya melaluinya dengan tenang dan senang.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya!!
    Macam dewan orang kawin gittew! Makanan nya toksah cakap laa..drooling already wehh..

    ReplyDelete
  14. Bulan-bulan lain, dewan laman kayangan ni dijadikan tempat majlis kahwin..memang cantik. utk buffet ramadhan pun mereka kekal deco mcm ni gak..bertambah selera nak berbuka puasa kan hehe

    ReplyDelete
  15. Sejujurnya, onie suka dengan dekorasi yang ada di D'Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam ni, rasa macam duduk dalam istana. Tempat makan pun sangat selesa.

    ReplyDelete
  16. Klau kak liez mmg garget kacang pool. Tak pernah makannorg buat, just rasa yang sensiri buat je. Tgk byk berul makanan dkt laman kayangan ni erk.. mmg antara fav spot org berbuka tiap tahun

    ReplyDelete
  17. Wah meriah betul tempatnya, macam dewan acara orang kahwin dah. Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya semua saya tak pernah rasa.Btw, nama gerai memang menarik minat. Kelainan! Harga bawah RM100 sangatlah ok utk buffet Ramadhan. Boleh lah pergi nanti.

    ReplyDelete
  18. Adoi...menu dia sedap2 semuanya
    Harga pun berpatutan kot...
    Kkat Penang ni sudah nak dapat harga ni

    ReplyDelete
  19. The price is really affordable for the spread of food served, can't wait to share this with my friends, it's a great time to gather and enjoy some good food.

    ReplyDelete
  20. sajian makanan sedap, susun atur dalaman yang tak sesak dan parking kereta pun mudah dan harganya pun sangat murah kan..

    singgah dari http://www.umifuzy.com/2018/04/bufet-ramadan-kembara-selera-memikat.html

    ReplyDelete