Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Baru-baru ini aku berpeluang mengikuti fam trip yang berasaskan pelancongan agro dikelolai oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Program Road to Agro Tourism ini sudah masuk siri ke-5 dan destinasi kali ini adalah Bagan Datuk, Perak. Ini merupakan pengalaman pertama aku mengikuti trip di bawah kelolaan MTC, jadi aku agak sedikit teruja.
Jom ikuti kisahnya !
Perjalanan bermula dari Menara Lembaga Pertubuhan Peladang ke Bagan Datuk dengan menaiki sebuah bas yang amat selesa, dan sejuk gila ! Mujurlah teringat nak bawak baju panas.
HOMESTAY PAK NGAH
Perjalanan bermula jam 11.00 pagi, dan kami tiba di Bagan Datuk lebih kurang jam 2 lebih macam tu. Sebaik sahaja tiba di sana, kami terus check in ke Homestay Pak Ngah. Terdapat 4 buah rumah semuanya. Penginapan di homestay ini sangat selesa kerana ruangnya yang sangat luas. Untuk mereka yang berkeluarga besar, boleh lah tinggal bermalam di sini.
Maaflah, tiada gambar ruang dalam rumah sempat diambil. Sebab masa sampai, dah ada barang-barang daripada penghuni lain. Jadi agak tak cantik untuk diambil gambar. Cukuplah korng tahu penginapan di homestay ini selesa dan fully furnished. Harga semalaman untuk sebuah rumah hanyalah RM 200 sahaja. Murah kan ?
SENTOSA FIBRE SDN. BHD
Sebaik sahaja selesai makan tengahari, kami terus bergerak ke Kilang Sabut Kelapa yang bernama Sentosa Fibre Sdn. Bhd. Tak berada jauh daripada tempat kami menginap.
Kilang ini memproses buah kelapa yang tidak diperlukan lagi, seperti contoh tempurung dan sabutnya. Bahan-bahan yang kita sangka tiada guna ini kemudiannya akan melalui beberapa proses sebelum ia bertukar menjadi fibre.
Fibre ini kemudiannya boleh menghasilkan tilam, tempat duduk kereta, tali dan banyak lagi. Sebaik sahaja selesai diproses, fibre yang telah ditimbang dan diikat akan di hantar ke kilang yang terdapat di Kuala Lumpur untuk ditukarkan menjadi satu benda yang berguna dan berharga.
Bahkan, serbuk kelapa yang terhasil selepas diproses untuk dijadikan fibre, masih lagi ada gunanya. Petani akan menggunakan serbuk kelapa ini sebagai baja untuk bertani. Betul lah apa orang kata, pokok kelapa nie, dari pucuk sampai ke akar, semuanya ada gunanya. Sampaikan sabut kelapa, tempurung kelapa dan serbuk kelapa yang kita rasa tak ada nilai, masih lagi boleh ditukar menjadi sesuatu yang bernilai.
RUMAH TRADISIONAL BAGAN DATUK
Seterusnya kami melawat rumah warisan tradisional yang terdapat di Bagan Datuk nie. Kalau korang nak tahu, rumah nie sudah berusia lebih dari 100 tahun. Namun binaannya masih utuh dan tersergam indah.
Rumah ini dimiliki oleh pasangan Daim Mohammad, 87, dan isterinya Jamilah Syafie', 72. Ia telah dibina oleh Allahyarham Mat Ali Kulop Rabu, datuk kepada En. Daim. Rumah mereka sering dikunjung oleh pelancong-pelancong yang bertandang ke Bagan Datuk. Memang cantik dan unik sungguh senireka rumah lama ini.
Syarikat Santan S&P
Keeseokkan harinya, kami melawat kilang santan yang terdapat di Bagan Datuk nie. Kilang santan S&P ini mula beroperasi sejak tahun 1983. S&P merupakan pelopor kepada santan serbuk. Syarikat pertama yang memperkenalkan santan serbuk kepada dunia. Dengan terhasilnya santan serbuk, maka mudahlah ia untuk dieksport ke seluruh dunia kerana lebih convenience berbanding mengeksport santan cair. Tambahan pula, jangka hayat santan serbuk adalah lebih lama berbanding santan cair.
Syarikat ini menggunakan teknologi moden dalam memproses santan cair kepada santan serbuk. Terdapat beberapa langkah dalam menghasilkan santan serbuk nie. Pertama sekali ialah mereka membuang sabut kelapa dan juga cengkerang kelapa yang keras. Yang tinggal hanyalah isi dalam kelapa yang berwarna putih tu sahaja. Kemudian ia akan melalui beberapa proses sebelum ia dimasukkan kedalam sebuah mesin berteknologi tinggi untuk menukar santan yang diproses cair tadi kepada santan serbuk.
MARDI
Seterusnya, kami pergi ke kawasan pertanian MARDI Bagan Datuk pula. Untuk ke kawasan penanaman pokok kelapa di MARDI nie, kami dibawa menaiki lori angkut. Memang meriah lah cerita dia.
Kami ditunjukkan satu proses mengacukkan pokok-pokok kelapa di sini. Terdapat beberapa langkah perlu dilakukan. Maaf tak dapat nak ceritakan dengan lebih details, sebab agak rumit sedikit. Sebaik sahaja proses itu selesai, petani akan menunggu lebih kurang 5-7 hari sebelum menyemburkan tandan kelapa yang dibungkus itu tadi dengan benih kacuk yang diimport. Mahal serbuk benih yang digunakan ini tau. Jangan main-main.
Seterusnya kami ditunjukkan pula bagaimana minyak kelapa dara dihasilkan. Juga terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan. Yang pasti, setelah kelapa diparut, ia akan melalui proses pengeringan dan seterusnya akan melalui proses pengekstrakan minyak menggunakan mesin khas. Maka terjadilah minyak kelapa dara. Mahal tau minyak kelapa dara nie dan banyak khasiatnya.
Seterusnya, kami membasahkan tekak dengan menikmati kelapa "telur". Kenapa dipanggil telur sebabnya ialah kelapa beserta isi kelapa itu dikeluarkan tanpa dibelah. Bentuknya seakan-akan sebiji telur. Memang best sangat dapat minum air kelapa dikala matahari tegak di atas kepala.
JETI BETING BERAS BASAH
Seterusnya, kami bergerak menuju ke tempat bersejarah. Iaitu jeti Beting Beras Basah. Beting nie merupakan tanah atau pasir yang timbul di lautan. Beras basah pula merupakan sebuah rawatan tradisional Melayu yang mana berasnya dibasuh begitu sahaja dan air tersebut akan bertukar menjadi putih. Dan air itu lah yang digunakan untuk rawatan. Sekiranya nak jadikan air tu warna kuning, maka akan ditambahkan sedikit dengan kunyit, dan kalau nak menjadikannya hitam, ia akan dicampurkan dengan arang.
Apa sangkut pautnya dengan 3 warna ? Haji Ahmad ialah seorang ulamak yang mewakili warna putih, Tengku Panglima Salleh warnanya kuning sempena warna beraja, dan Panglima Atan Besi bersifat panglima hitam. 3 warna inilah diangkat menjadi warna bendera Perak. Putih itu raja memerintah, kuning itu raja muda dan yang hitam itu raja dihilir.
Terdapat sebuah cerita menarik disebalik wujudnya tempat ini. Cerita tersebut berkisarkan bagaimana negeri Perak mendapatkan seorang sultan. Sultan pertama yang ditabal sebagai Sultan Perak. Semenjak cerita lagenda itu, setiap kali hendak ditabalkan sultan Perak yang baharu, sultan Perak tersebut WAJIB pergi ke Jeti Beting Beras Basah ini untuk melengkapkan pertabalannya sebelum ditabal menjadi Sultan Perak secara rasmi. Agak menarik kisah lagenda ini. Tapi agak panjang untuk aku ceritakan di sini.
Inilah tempat di mana, sultan akan beristirehat sebentar, sebelum ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak yang baharu. Nak datang sini, mulut mohon jangan celupar ya untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berlaku. Agak keras jugaklah tempat nie. Huhu
BAGAN DATUK WATERFRONT
Seterusnya, destinasi kami yang terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur ialah melawat Bagan Datuk Waterfront. Di sinilah tempat untuk orang-orang beriadah mendapatkan angin sepoi-sepoi bahasa lautan. Terdapat banyak aktiviti yang boelh dilakukan di sini bersama ahli keluarga. Yang pasti, waktu malam di sini agak meriah.
TOK MOH TOM YAM
Anyway, kalau pergi ke Bagan Datuk, aku nak suggestkan korang makan di Tok Moh Tom Yam. Restoran nie merupakan restoran baru dibuka di Bagan Datuk, apa yang aku boleh cakap, makanan dia sedap-sedap. Aku order char kuey teow dan rasa dia best ! Tambah-tambah makan dengan cili potong. Padu ! Recommended.
Itu sahaja yang dapat aku ceritakan berkenaan trip aku ke Bagan Datuk pada bulan lalu. Ayuh ramai-ramai datang ke Bagan Datuk dan terokai sendiri keindahan kawasan yang penuh dengan pokok kelapa ini.
Entri ini bersempena familiarisation trip Road To Agro Tourism kelolaan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), siri ke-5 edisi khas Bagan Datuk dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.
Nampak bagus nya environment bagan datuk... nak minum air kelapa.. haha~
ReplyDeleteOh, baru tahu asal usul warna bendera negeri Perak rupanya dari 3 raja tu. Best blogpost ni, informative!
ReplyDeleteBestnya pergi Bagan Datuk dapat belajar dan tengok depan mata proses bagaimana kelapa di proses untuk dijadikan fibre dan baja. Pergi mardi boleh tengok macam minyak kelapa dara diprsoses.seronok kan.
ReplyDeleteTak sangka menarik juga aktiviti kat sana ya. Kelapa telur tu macam sedap sangat je. Selain dapat enjoy trip sekaligus tambah ilmu pengetahuan jugak. Segalanya tentang kelapa
ReplyDeleteSeronok tengok zharif dan kawan- kawan lain menimba ilmu dan pengalaman indah melawat Bagan Datuk, lokasi pun sangat menarik..banyak ilmu yang kita tak tau boleh kita pelajari kan..keep up a good work and we need more info...more update please
ReplyDeletetau guna je santan tu,tapi tak tau pulak prosesnya di buat kat Perak rupanya...banyak tempat yang belum explore kat Perak ni..
ReplyDeleteWahhh seronoknya meneroka Bagan Datuk! Saya pasti banyak je lagi tempat menarik kat Bagan Datuk ni! Hopefully satu hari dapatlah menerokanya pulak!
ReplyDeleteamboi kemain dia pun bergayut di pokok kelapa tu, alaaa sedihnya tak dapat join banyak trip....
ReplyDeletenanti next time anak dah besar sikit mak pula travel.. haha
tak sangka you all dapat visited tempat syurga kelapa ni, selalu guna gak brand ni kalau nak buat gulai...
Kelapa telur tu nampak sedap. Tak pernah lagi rasa..Bulan lepas pernah ke majlis kawen sepupu di Bagan Datuk. Sana memang banyak homestay yang murah dan berbaloi..
ReplyDeleteHahahaa... saya mah focus ma fotonya tuh yang.naik manjat kelapa padahal bisa langsung ambeil saja pakai tangan. Wilayah perak tuh terkenal dgn penghasil pokok kelapa ya?
ReplyDeletebajet panjat pokok kelapa tinggi la ye...hehe. adoi mcam mana la baru tahu ada orang buat kilang sabut kelapa, tempurung semua tu. berguna rupanya si sabut tu ye. hehe. Best nya kalau dapat peluang macam ni pergi melawat2 tempat ni. santan tu ish..best best
ReplyDeleteSeronoknya la tengok gambar dari cikgu. Rasa tak sabar nak pulang ke kampung. Hahaha. Ramadan nak tiba. Raya tak lama dah. Wuwuwuwuwuwuw. Syoknyaa kalau balik kampung ada atuk dan Opah lagi. Rindu suasana masa kecil.
ReplyDeletewow. huntong lah dpt join program ni.
ReplyDeletebest! indah nyer bagan dato. aida tak pernah jejak kaki ke sana lagi.
lom rezeki.
info pasal kilang kelapa tu amat berguna la.
kalau bwk anak-anak, sure diorang kagum.
sesungguhnya pokok kelapa ni memang berguna a-z kan :)
Wah banyak juga tempat menarik di Bagan Datok ini ya. Sesuai untuk dimasukkan sebagai salah satu deztinasi Agro Pelancongan di Malaysia
ReplyDelete1st time dengar pasal kelapa "telur"... hahahah syurga kelapa betul la... tak pasal2 tekak nie nak rasa air kelapa.. Mana nak cari tengah2 bandar nie.
ReplyDeleteGambar yg panjat pokok tu kelakar le..hehehe. Sis pernah jugak beli kelapa serbuk jenama ni,,time2 malas nak cari kelapa yang dah parut or kelapa yang dah perah baru pakai yg serbuk,
ReplyDeleteApa2 pun aktiviti macam ni memang seronok dapat tahu mcm2 benda menarik satu2 tempat
Belum pernah jejak kakike Bagan Datuk. rupanya ada tempat agro tourism macam ni.
ReplyDeleteWow panjat pokok kelapa dah macam orang kampung heheh seronok sangat dapat pergi ni tapi kita tak ada orang ajak pun nak pergi hehehehe..
ReplyDeleteSuka sangat trip macam nie sebab menggalakkan industri hasilan tempatan dan juga membantu meningkatkan rezki untuk penduduk tempatan.
ReplyDelete