Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okay kali nie aku nak bercerita mengenai penginapanku sepanjang belajar di UPM. Kolej penginapan dekat UPM nie terlampau banyak. Kalau tak silap ada 17 buah kolej penginapan, dan kolej yang aku tinggal nie dipanggil sebagai Kolej Serumpun. Kolej Serumpun nie terdiri daripada kolej 12, 13 dan 14. Ikuti butirannya !
Kolej kediaman aku merupakan kolej 12. Terdapat beberapa blok untuk kolej 12 nie. Dan kolej yang aku tinggal nie merupakan blok L7. Terus terang aku cakap, masa aku mula-mula masuk kolej nie, aku sangat terkejut. Sebabnya BURUK SANGAT !!!!!!! Datang dari sebuah kolej kediaman yang cantik, bila masuk ke UPM nie, buat aku sedikit terkejutlah.
Aku bekas pelajar UPSI. Kalau korang pernah datang ke UPSI, korang akan nampak bangunan warna-warni dari tepi jalan. Kolej kediaman di UPSI sangat-sangat cantik dan selesa. Berkonsepkan apartment. Tapi di Kolej 12 blok L7 nie lain pula ceritanya. Ia berkonsepkan macam dorm asrama yang mana satu floor berkongsi tandas.
Bilik aku sebelum di make over. Sumpah buruk gila ! |
Takut tak ? Mcam bilik banduan. Hahahaha |
Aku tak ada masalah pon berkenaan konsep penginapan di sini. Hatta bab berkongsi tandas pon tak ada masalah.
Yang jadi masalah ialah kondisi bilik-bilik di blok L7 ini teramatlah buruk ! Nanti ada yang cakap, entah-entah bilik yang ko dapat je buruk, bilik orang lain cantik je. No beb, ini dah kali kedua aku tukar bilik, kondisi tetap sama. Buruk ! Bukan sahaja bilik, tapi bangunan L7 itu sendiri sangat buruk. Well, bangunan L6 juga sangat buruk. So kesimpulannya memang buruklah cerita dia.
Aku tak faham macam mana pihak pengurusan kolej di sini menguruskan kolej. Orang kata, Kolej Serumpun nie merupakan sebuah kolej lama. Adakah itu satu alasan yang boleh diterima pakai ? Just because ia merupakan sebuah kolej lama, itu tak bermaksud ia harus dibiarkan buruk. Tapi blok-blok lain nampak cantik dan baru di refurbished. Tak faham kenapa dua blok L6 dan L7 nie dibiarkan buruk.
Ouh ya, sepanjang cuti semester nie, dorang refurbished blok L6. Semua perabot lama dibawa keluar dan digantikan dengan yang baru. Satu blok tu dorang cat dan betulkan apa yang patut. Tertanya-tanya jugak, bilalah blok L7 nak diperbaharui ? Dah setahun duduk bangunan nie, lagu tu jugalah keadaannya. Sedih.
Blok L6 Kolej Serumpun setelah dicat semula. Dulu buruk, berlumut-lumut dinding tau |
Blok L6 dapat tilam baru uolss |
Keadaan blok L6 yang baru di refurbished. Perabot masih lagi tak dimasukkan masa nie. Lantai simen and cat baru. |
Aku dari semester satu dah mintak tukar tilam sebab tilam aku berlobang. Sampai habis semester kedua pon dorang tak tukar sebab tak ada stok baru katanya. Nak dekat masuk semester ketiga barulah dorang ada stok tilam baru dan semua pelajar Blok L7 merasa pakai tilam baru. Selepas setahun tinggal sini barulah merasa tilam baru. Hahahaha
Stok tilam baru untuk bilik-bilik di Kolej Serumpun L7. Setelah setahun guyss. Hahaha |
Bila dah dapat bilik tu, sudah tentulah kita kena kemas-kemas bagi cantik. Banyak jugaklah kerja nak bagi cantik. Nak tinggal situ lama, oleh itu kenalah bagi cantik. Barulah selesa. Sesi pembersihan pon bermula.
Pintu berkerak |
Lepas dah bawak keluar semua tikar-tikar getah buruk tu, kita sapu semua lantai dan mop bagi bersih. Sumpah berhabuk gila. Ko tengok keadaan pintu tu, sangatlah berkerak. Geli uolsss ! Perkara pertama masuk ke bilik baru mestilah kita kena pasang sendal pintu dan juga mangga di luar pintu sebagai keselamatan.
Pasang sendal pintu untuk lebih keselamatan |
Lepastu kita beli cat untuk cat satu bilik nie bagi tambah seri. Dinding dah berkerak teruk, sakit mata aku tengok. Makanya gigihlah kita beli cat dan cat satu bilik. Nasib baik cukup satu tong cat kecil nie untuk satu bilik tu.
Setelah dicat, jadilah |
Sebaik selesai mengecat, kita masukkan karpet. Oleh kerana lantai tu hanya disimen, jadinya mudah berhabuk. Kenalah alas gunakan karpet nie. Lepastu baru kita bubuh karpet gebu-gebas untuk lebih keselesaan. Gituhhh
Tengok pintu tu, setelah disental kasi bersih. Bersih tak ? |
Dan seterusnya masukkanlah segala jadah benda kau nak sumbat dalam bilik tu supaya lebih cantik. Bilik yang dah siap tak boleh nak ditunjukkan ya. Hahaha. Cukuplah takat nie sahaja aku tunjuk. Dengar cerita cuti semester nanti dorang nak refurbished blok L7 nie. By that time, mungkin aku dah habis belajar. Lulz.
Sebenarnya, bukanlah semua kolej buruk, hanya Kolej Serumpun Blok L6 dan L7 sahaja yang buruk. Kolej lain dan blok-blok lain dalam Kolej Serumpun cantik je sebab semuanya sudah diperbaharui. Tinggal blok L7 nie je yang dorang tak refurbished lagi.
Walauapapon, aku suka tinggal dekat Kolej L7 nie sebabnya sebilik sorang. Jadinya aku tak sakit kepala memikirkan siapakah roommate aku. Manusia nie macam-macam ragam. Dapat roommate yang buat sakit kepala, stress satu semester. Memilih untuk tinggal di dalam bilik single nie adalah pilihan terbaik untuk orang yang macam aku.
Jadi kalau korang sambung belajar di UPM dan inginkan privasi, pilihlah bilik single. Hanya Kolej Serumpun yang menawarkan bilik single, jadi selamat datang ke Kolej Serumpun. Hihi. Blok L6 dan L7 nie khas untuk pelajar master dan phd. Adalah beberapa pelajar degree tapi tak ramai. Literally semua buat hal sendiri weyh dekat blok aku nie. Berkenalan dengan jiran pon idakk. Cuma berhai-hai masa selisih nak ke tandas je. Hahahaha
Okay itu sahaja nak cerita, nanti aku cerita lebih banyak lagi yer perjalanan kehidupan master aku di UPM ya.
Patut diupgrade bilik2 di kolej tu.
ReplyDeleteBilik asrama sekolah pun cantik.
Aduii baper banyak buruk daa. Tergelak2 akak baca hahahah
ReplyDeleteBestlah bilik sorang! *tak terkira ya perkataan buruk hahaha
ReplyDeleteMakkk aiii... Buruk gile di awal nya.. Then, mujur dapat pelajar terbaik macam Zharif. Demi mendapatkan keselesaan bilik untuk belajar, keluarkan sedikit duit..
ReplyDeleteYa Ampun... Memang buruk teroks! Camner laaa pelajar lain dulu boleh stay bilik sebegitu.
ReplyDeleteBagus Zhariff kasi bersih, cantik sedap mata memandang, nampak keselesaan di situ.
Yang penting bersih. Baru lah kesihatan terjaga, cergas cerdas nak menuntut ilmu.
All the best & good luck
Aduhai tak terkira buruknya tu hehe. Memang sakit mata la bila tengok keadaan bilik macam ni. Nak belajar pun takde semangat. Zharif, berani ekk duduk sorang2 dalam bilik tu huhu.
ReplyDeletePintu tak cat ke? Bia semua berseri
ReplyDeleteMemang buruk betul bilik tu masa belum make over.. Adoii.. Kalau akak mengucap panjang tengok.
ReplyDeleteZharif....akak terbaca post ni lepas tu kan....Course Dania kena duduk sini masa degree ni jadi bila dengar macam2 cerita....akak decide Dania dok rumah je la. Setiap hari akak hantar sebab 5.1km je Fakulti Pertanian dengan rumah. Masuk main campus ni jarang2 sebab Fakulti ni luar kampus.
ReplyDeleteTerkejut tengok bilik Zharif macam ni....