Tuesday, October 22, 2019

Jualan Murah Produk Keluaran Siti Khadijah dan Rangakain Tudung Hegira Bersempena Kampong Siti Khadijah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nama jenama pakaian Siti Khadijah (SK) sudah tidak asing lagi di negara kita. Menawarkan pelbagai produk telekung dengan corak inovatif dan kualiti yang premium. SK akan mengadakan promosi Kampong Siti Khadijah yang akan bermula 22 Oktober sehingga 27 Oktober ini. Ikuti butirannya !


Ya, masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Inilah masanya untuk anda memborong produk-produk di bawah jenama SK ini. Kampong Siti Khadijah ini diadakan serentak pada tarikh yang sama di dua buah tempat sahaja iaitu di Alamanda Putrajaya dan juga AEON Mall Kota Bharu Kelantan.

Kampong Siti Khadijah berkonsepkan traditional dan kampung di mana ia cukup dekat di hati rakyat Malaysia yang sukakan suasana dan keindahan sesebuah kampung. Di sana juga akan membuka booth-booth permainan tradisional yang pasti mengimbau kembali kenangan dan mengingatkan anda akan desa yang tercinta. Siap boleh dapat baucer istimewa dari SK tau dan baucer ini hanya sah ketika promosi Kampong Siti Khadijah sahaja.


Buat mereka yang tidak tahu, tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Siti Khadijah ditubuhkan. Makanya, dengan adanya Kampung Siti Khadijah ini, ia merupakan satu cara bagi menghargai sokongan dan kesetiaan yang tidak pernah putus daripada pembeli-pembeli telekung SK. Buat mereka yang ingin merasai dan membeli telekung SK, inilah masanya kerana terdapat penjimatan hingga 50% bagi produk telekung terpilih dan sebanyak 70% bagi aksesori dan koleksi pakaian SK yang terpilih. Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana sebanyak 8000 hadiah percuma menanti famili SK yang bertandang ke Kampong Siti Khadijah ini.


Bukan itu sahaja, cabutan bertuah juga turut diadakan di mana pemenang bakal membawa pulang barangan Habib Jewel yang bernilai RM 5000. Jomlah ramai-ramai kita hadir dan membeli-belah sepanjang promosi Kampong Siti Khadijah berlangsung. Jom !

KAMPONG SITI KHADIJAH
Lokasi : Alamanda, Putrajaya & AEON Mall Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 22 Oktober - 27 Oktober 2019

Website SITI KHADIJAH : https://sitikhadijah.com/my

HEGIRA, anak syarikat baharu Siti Khadijah


HEGIRA merupakan satu jenama yang mengeluarkan produk-produk tudung yang inovasi dan mengikut arus perdana yang patuh syariah pemakaian wanita Islam. Namanya HEGIRA diinspirasikan dari perkataan "Hijrah" yang mana perkataan ini cukup terkenal akan peristiwa hijrah nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah.

Hegira menawarkan rangkaian tudung yang pelbagai dan dikategorikan sebagai Fashion Hijab dan juga Ibadah Hijab. Fesyen hijab adalah rangkaian tudung yang lebih kasual dan sesuai untuk dipakai di mana-mana sahaja. Manakala Ibadah Hijab merupakan rangkaian tudung yang sedia untuk dibawa ibadah yang mana kelabuhannya dan juga cirinya sesuai untuk melakukan ibadah. Range harga untuk Hegira hijab bermula dari RM69 sehingga RM200.


Rangkaian hijab dari Hegira boleh didapati atas talian di sosial media dan juga laman sesawang mereka. Anda juga boleh dapatkan Hegira Hijab secara runcit di stor-stor fizikal Butik Siti Khadijah.
Antaranya ialah butik SK Bangi Sentral, SK Alamanda, SK Aeon Nilai, SK Pusat Bandaraya I, SK Shah Alam, SK Melawati Mall, SK TIDI, SK Subang Parade, SK Busana Mara, SK Melaka, SK Ipoh, SK Manjung, SK Kuching, SK Kluang, SK JB dan juga SK Senawang.

Website HEGIRA : https://hegiragroup.com/

So jangan lupa dapatkan produk-produk keluaran Siti Khadijah dan Hegira di Kampong Siti Khadijah yang sedang ebrlangsung sekarang sehingga 27 Oktober ini. Jangan lepaskan !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...