Friday, October 11, 2019

Belajar Pelaburan Saham Patuh Syariah Dengan Asri Ahmad Academy

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa kat sini ada rasa takut bila dengar pasal saham, angkat tangan ?

🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋

Okay, ramai juga yang angkat tangan. Samalah kita, aku pon begitu juga. Bila dengar je pasal saham, benda-benda buruk bermain dalam fikiran. Muflis lah, saham jatuh lah,, haram lah dan macam-macam lagi benda buruk kalau berkaitan dengan saham. Oleh sebab itu, aku malas nak ambil tahu pasal pelaburan saham. Sehinggalah pada hari ahad yang lalu, bila mana secara tak sengaja aku telah mengikuti satu seminar pelaburan saham yang disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Asri Bin Ahmad. Nama beliau sangat sudah tidak asing lagi dalam industri pelaburan saham.


Ternyata, saham nie bukanlah seperti yang aku sangka. Ya, sudah tentu ada risikonya. Semua perniagaan ada untung dan rugi. Kalau perniagaan yang menjanjikan keuntungan sepanjang masa, itu MLM namanya ! Janganlah terlibat dengan MLM ye kawan-kawan. Dah nak masuk tahun 2020, masih lagi ada manusia percaya sistem piramid cari-cari orang tu. Tak faham aku. Insof kalian insof !


Daripada join MLM, lebih baik korang masuk kelas saham Tuan Hj Asri nie. Sedikit sebanyak terbuka mata kalian pasal saham nie. Serious banyak benda korang boleh belajar. Dari A sampai Z. Tuan Hj Asri tunjuk dan ajar satu-satu. Banyak benda aku belajar dalam masa 6 jam aku di sana. Selain daripada teknik-teknik nak melabur yang dikongsikan oleh Tuan Hj, beliau juga ada berkongsi secara amnya mengenai pelaburan saham yang membuka mata aku bahawasanya saham nie bukanlah seperti yang aku sangka.

  • Berani. Nak memulakan satu benda baharu, kita kena berani.
  • Modal tidak perlu besar. Sungguh, modal memang tidak perlu besar. Tidak perlu sampai beribu-riban.
  • Takut rugi ? Semua perniagaan ada risiko rugi, tapi insyaAllah dengan ilmu dan teknik yang betul, risiko kerugian dapat dikurangkan. Muflis jauh sekali. 
  • Halal haram mengenai pelaburan saham. Tuan Hj ada berkongsi saham mana yang tak boleh beli dan saham mana yang boleh. Apa yang aku diberitahu, saham-saham di Malaysia majoritinya patuh syariah kerana saham di Bursa Malaysia dipantau. Oleh itu, buat muslimin dan muslimat semuanya, bolehlah mula melabur. 
  • Tiada masa untuk terlibat dalam pelaburan saham ? Jangan risau, jual beli saham tak ambil masa yang banyak. Seminit je dah selesai. Boleh buat sambil baring lagi. Jadi, masih lagi nak bagi alasan tak ada masa ?
  • ILMU ! Ini yang paling penting. Nak buat sesuatu, kita kena ada ilmu, kena timba ilmu daripada orang yang pakar. Jangan pakai redah je, tambah-tambah benda yang melibatkan duit nie. Kita perlu ada ILMU. 

6 Oktober 2019, Hotel Tenera Bangi. Full House guys !

Percayalah, bila korang dah mahir selok-belok mengenai dunia pelaburan saham nie, korang pasti suka dan boleh baca pergerakkan saham itu, bila masa akan untung dan bila masa akan rugi. Dalam seminar itu juga, Tuan Hj Asri ada berkongsi mengenai saham apa yang nak dibeli, bila masa nak beli, bila masa nak jual. Tuan Hj tunjuk satu-satu.


Dan yang paling best tu, kita boleh set secara automatik bila saham tu mula jatuh untuk mengurangkan kerugian. Korang tak perlu mengadap laptop atau phone 24 jam untuk pantau. Saham tu akan terjual kalau ia mula jatuh. Sangat kagum !!

Kalau dah banyak untung dalam pelaburan saham tu, jangan lupa sucikan pendapatan kita dengan cara berzakat. Itu yang Tuan Hj cukup tekankan ketika dalam seminar beliau.

Apa-apa pon, sebelum nak terlibat secara serious dalam pelaburan saham nie, korang mestilah kena ada ILMU. Ilmu nie sangat-sangatlah penting. Sangat disyorkan untuk korang masuk seminar dan kelas dari Tuan Hj Asri. InsyaAllah, sebaik sahaja korang dah khatam semua kelas dia, korang akan menjadi pelabur yang bijak dan hebat. Malah, beliau akan terus pantau anak didik beliau dalam bersaham. Sekiranya tak betul, Tuan Hj akan kaji dan selidik dekat mana silapnya.


Tuan Hj Asri nie tidak asing lagi namanya dalam industri pelaburan saham. Beliau berkelulusan dalam Diploma Analisa Pelaburan dan mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Analisa Pelaburan UiTM oleh Bursa Malaysia tahun 1997. Seterusnya menyambung ijazah sarjana muda dan peringkat sarjana dalam bidang kewangan. Beliau juga menulis 11 buah buku mengenai saham. Tuan Hj Asri merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA) dan telah memenangi banyak anugerah dan pengiktirafan.


Korang yang berminat tu, bolehlah daftar ke seminar seterusnya di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 27 Oktober ini. Klik SINI ! Rugi tak ikut seminar beliau.

Segala butiran terkini mengenai pelaburan saham dan kelas dari Tuan Hj Asri, boleh dapatkan di pautan berikut :


Muka-muka happy balik nak melabur saham. Photo credit : JMR23.COM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...