Saturday, October 12, 2019

Belanjawan 2020 - Memperkasa Program TVET Sebagai Pilihan Utama Belia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

TVET merupakan singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Acapkali kita dimomokkan bahawasanya program TVET ini merupakan program yang tidak ada arah tuju yang baik di masa hadapan. Namun, dakwaan tidak berasas ini mendapat tamparan yang hebat apabila Belanjawan 2020 dibentangkan semalam.


Menurut Belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.9 billion untuk Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Meningkat sebanyak RM200 juta berbanding tahun lalu. Hal ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan sangat mengangkat program TVET ini supaya anak muda memilih landasan TVET sebagai pilihan pertama mereka.


Ramai berkata, kenapa memilih TVET sedangkan boleh memilih program kejuruteraan yang terdapat di universiti awam. Tiada beza dan program kejuruteraan di universiti awam lebih terjamin.

Orang ramai perlu tahu, TVET dan program kejuruteraan di universiti adalah berbeza. Bidang kejuruteraan atau lebih tepat sains kejuruteraan lebih kepada pengetahuan teori dan akademik akan sesuatu perkara. Manakala bidang kejuruteraan di landasan TVET lebih kepada pembelajaran "hands on" yang mana graduan lebih mampu mengendali mesin dan peralatan teknologi terkini. Mereka lebih pakar dan arif akan masalah yang lebih teknikal dan sebarang kerja tangan.

Ini sangat berbeza dengan graduan bidang sains kejuruteraan di mana mereka mungkin lebih arif dalam menganalisis masalah menggunakan teori dan mampu membuat kajian yang terperinci terhadap sesuatu perkara. Nampak seperti sama bukan ? Tapi sebenarnya sangat jauh berbeza.

Berita penuh : SINI

Dr. Maszlee Malik juga turut berkata di dalam Rancangan Malaysia ke-11 secara spesifik bahawasanya TVET merupakan pemacu perubahan buat negara dengan mensasarkan penghasilan pekerja mahir sebanyak 35 peratus menjelang tahun 2020. Pelbagai inisiatif dan kolaborasi telah diusahakan dengan pihak industri agar graduan TVET menjadi rebutan industri. Kini masa depan graduan atau pelajar yang lahir dari landasan TVET lebih terjamin.

Berbalik pada Belanjawan 2020, jelas menunjukkan pihak kerajaan memperkasa program TVET dengan penambahan peruntukkan pada tahun ini. YB Syed Saddiq yang cukup terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan nasib anak muda cukup berterima kasih dan berpuas hati dengan belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam. Ini merupakan berita baik buat semua belia di negara kita.


State Skills Development Centres (SSDCs)
  • RM50 juta menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Public Skills Training Instituitions (ILKA)
  • Tambah baik peralatan dan upah pengajar dari industri. 
  • Menyediakan geran RM20 juta di samping kolaborasi dengan industri
  • Tingkatkan penglibatan persatuan atau industri dalam tadbir dan pengurusan belia


Human Resource Development Fund (HRDF)
  • Latihan TVET ke arah peluang pekerjaan
  • RM30 juta untuk melatih lebih 3000 anak muda dari keluarga berpendapatan rendah
  • Tawaran melanjutkan ijazah bagi pelatih dari kolej vokasional daripada rangkaian universiti-universiti teknikal Malaysia (MTUN)

Semoga usaha kerajaan dengan peruntukkan bajet memperkasa arus perdana TVET ini dapat melahirkan lebih ramai anak muda yang mahir dalam bidang teknikal dan vokasional bagi merealisasikan Rancangan Malaysia ke-11 dan sekaligus menaikkan nama Malaysia ke mata dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...