Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku ada singgah di sebuah kedai makan yang baru sahaja dibuka di Semenyih. Nama kedai makan tu ialah Fara Farah Cafe. Sangat berdekatan dengan Pasaraya Tesco Seemenyih. Macam-macam dihidangkan di kedai makan nie. Makanan barat ? Makanan tradisional ? Semuanya ada ! Ikuti butirannya !
Sungguh. Aku pon agak terkejut jugak. Aku fikir kedai makan Fara Farah Cafe nie hanya menyajikan makanan-makanan kotemporari dan traditional sahaja. Tak sangka makanan barat jugak turut dihidangkan. Namun makanan barat hanya dihidang pada waktu makan malam yang bermula jam 4 petang.
Ya, konsep makan dekat kafe nie mengikut waktu makan. Waktu sarapan, Fara Farah Cafe menyajikan hidangan-hidangan typical sarapan pagi, seperti nasi lemak, lempeng dan juga makanan bergoreng lain. Manakala pada belah tengahari, Fara Farah Cafe menyajikan hidangan hidangan nasi ayam percik panggang.
Maaf, terlampau menikmati hidangan di sini 😂 |
Sarapan pagi
Nasi Lemak Sambal Istimewa
Makanan tengahari
Nasi Ayam Percik Panggang
Makan malam
Hidangan makanan barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop Grill dan macam-macam lagi
Namun begitu, hidangan a la carte yang lain tetap dihidangkan seperti biasa. Cuma setiap waktu makan ada hidangan istimewa. Jadi pengunjung boleh memilih nak makan makanan apa mengikut selera masing-masing.
Oleh kerana masa aku datang tu merupakan waktu sarapan pagi, jadinya aku memilih untuk makan lempeng dan juga nasi lemak. Lempeng di sini disajikan bersama kari ayam. Agak berbeza sedikit dengan kedai makan lain yang aku pernah datang di mana hidangan lempeng mereka disajikan dengan sambal atau sambal sardin.
Lempeng |
Nasi Lemak Sambal Istimewa |
Hidangan nasi lemak di sini sangat istimewa kerana menurut pemilik kedai makan, En Zaif, sambal nasi lemak di sini merupakan resepi turun temurun keluarganya. Jadinya, kalau singgah makan dekat sini, wajiblah cuba hidangan nasi lemak mereka. Kalau rasa nak hidangan yang bersup, ketiga-tiga hidangan sup ini sangat menjadi pilihan pengunjung yang bertandang ke Fara Farah Cafe.
Mee Kari |
Mee Udang Asli Balik Pulau |
Mee Udang yang disajikan di sini merupakan respi asli masyarakat Balik Pulau, Pulau Pinang. Kalau korang pernah mencuba menu mee udang di sana, korang pasti tahu betapa sedapnya rasa mee udang mereka. Rasa Mee Udang di Fara Farah Cafe nie menurut aku sedap. Manis-manis udang dia tu best. Sangat harmoni dengan bahan-bahan yang lain. Udang dia pon besar. Puas makan !
Mee Sup Cendawan Shitake |
Yer, aku pon agak hairan sedikit kerana inilah kali pertama aku lihat sajian mee sup disajikan bersama cendawan shitake. Mereka-mereka yang minat cendawan shitake tu, aku sarankan untuk korang cuba hidangan Mee Sup Cendawan Shitake nie. Rasa dia lain daripada mee sup yang biasa.
Klik untuk tumbesaran melampau |
Dan yang paling best, harga untuk hidangan-hidangan di sini sangatlah berpatutan !! Serious murah memandangkan lokasinya berada di kawasan yang giat membangun, Semenyih. Hatta hidangan western juga berada pada kadar harga murah. Tak dapat harga macam tu dekat tempat lain.
Kalau susah nak jumpa, korang cuba waze Butik Huda Idaman. Pasti akan jumpa kerana Fara Farah Cafe nie merupakan butik kafe untuk Butik Huda Idaman yang menjual pelbagai barang kelengkapan haji dan umrah, pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, makanan-makanan sunnah dan juga produk-produk muslim yang lain. Semua ada dekat butik Huda Idaman nie. Jadi, sambil-sambil beli-belah tu boleh singgah makan sekali dekat Fara Farah Cafe ya.
FARA FARAH CAFE
No 29G, Jalan TPS 1/5. Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Waze : Butik Huda Idaman
Tel : 019-227 8292 / 017-277 0454
Waktu operasi :
Isnin - Sabtu (Jam 8 pagi sehingga 10 malam)
Ahad (Jam 8 pagi sehingga 4 petang)
Sekiranya nak buat tempahan untuk majlis hari jadi ke, atau majlis apa-apa lah, boleh telefon nombor tertera untuk buat sebarang tempahan majlis. Jom ramai-ramai datang makan di Fara Farah Cafe yang terletak di Semenyih nie 😉
Instagram : https://www.instagram.com/hudaidamanboutique/
Glad to see these familiar faces again |
Kedai makan Fara Farah Cafe nie merupakan perniagaan bapa kepada salah seorang pelajar tempat aku mengajar dulu di Maahad Ihya Al-Ahmadi, Sg Kelambu. Semoga terus sukses dan maju jaya diucapkan !
No comments:
Post a Comment