Wednesday, October 9, 2019

The Angry Birds Splash Water World

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu perjanjian antara dua syarikat, Rovio Entertainment dan One Universal Production Sdn Bhd (OUP), akan mengadakan taman tema air berkonsepkan karakter comel Angry Birds. Ia merupakan yang pertama di dunia.


Konsep taman tema air Angry Birds ini merupakan inisiatif yang baik dan tepat pada masanya kerana ia sebahagian daripada kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020. The Angry Birds Splash Water World akan berada di SP Setia, Setia Ecohill, Semenyih sepanjang musim cuti persekolahan 2019 yang bakal tiba bermula 22 November 2019 sehingga 5 January 2020 nanti. Tak lama sahaja lagi.


Sambutan yang menggalakkan dari filem animasi Angry Birds Movie 2 mencetuskan idea untuk mengadakan konsep taman tema air ini. Watak utama di dalam filem tersebut, seperti Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty dan Hatchlings akan turut sama-sama berada di sana sepanjang ia berlangsung.


Pengunjung harus menempah tiket awal kerana hanya 2000 tiket sahaja dijual setiap hari bagi memastikan kelancaran dan pihak penganjur mampu untuk memberikan pengalaman yang bermakna buat semua pengunjung. Terdapat gelongsor air berketinggian 12-meter yang bakal menjadi tarikan utama taman tema air ini.


Jangan lupa dapatkan barangan eksklusif Angry Birds di kedai mudah alihnya nanti. Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, sila kunjungi ke laman sesawang : https://www.ticket2u.com.my/event/15739

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...