Friday, October 11, 2019

Intipati Belanjawan 2020 - Kementerian Belia & Sukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya, detik-detik yang ditunggu ramai, pembentangan belanjawan 2020. Ia telah berlangsung di Dewan Rakyat petang tadi. Belanjawan 2020 ini telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan negara kita, YB Dato Lim Guan Eng. Mari kita susuri belanjawan 2020 untuk Kementerian Belia & Sukan.


Peruntukan Belanjawan 2020 untuk Kementerian Belia & Sukan telah meningkat sebanyak 10.95% yakni pada kadar RM 1.2 Bilion. Ini merupakan satu berita gembira buat para belia dan hala tuju sukan di negara kita. Kenaikan peruntukkan ini sejajar dengan visi dan misi Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq, yang cukup menitikberatkan pembangunan belia dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia.

Bagi Pembangunan Belia, peruntukkan sebanyak RM138 juta diperuntukkan bagi mewujudkan 333,000 peluang pekerjaan. Antara program untuk pembangunan belia yang telah ditubuhkan ialah Youth Power Club (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan Volunteerism Initiatives.


Program Sukan : Peruntukkan RM179 juta
Sokongan penuh terhadap atlet-atlet negara melalui peruntukan sebanyak RM179 juta buat mereka.. Peruntukkan ini bersempena menyokong usaha para atlet yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Antaranya persiapan para atlet untuk berjuang di Tokyo Olimpik 2020 dan juga Hanoi Sea Games 2021.

Pembangunan e-Sports : Peruntukkan RM20 juta
Peruntukkan sebanyak RM20 juta bagi membangunkan medium sukan dalam bentuk digital bagi melahirkan generasi anak muda bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0.


Sukan untuk wanita : Peruntukkan RM10 juta
Peruntukkan sebanyak RM10 juta bagi menggalakkan wanita untuk bersukan dengan mewujudkan program-program sukan untuk wanita dan juga menubuhkan pasukan atau kelab sukan wanita.

Fasiliti Sukan : Peruntukkan RM299 juta
Fasiliti sukan akan dinaik taraf dan menambahkan lebih banyak lagi kemudahan sukan termasuklah dengan membina Kompleks Belia & Sukan dan juga Pusat Sukan untuk setiap negeri.

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) : Peruntukkan RM45 juta
Diharapnya dengan peruntukkan yang meningkat dari RM15 juta tahun lepas kepada RM45 juta pada tahu ini, akan melahirkan lebih banyak lagi pelapis-pelapis bole sepak negara dalam program NFDP ini.

Mengarus Perdana TVET

GRADUATES @ WORK
APPRENTICE @ WORK
LOCALS @ WORK

- Menganggur selama > 12 bulan
- Apabila mendapat pekerjaan, akan mendapat insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun
- Majikan: Insentif menyewa sehingga RM300 sebulan untuk setiap sewa selama 2 tahun






- RM100 elaun tambahan untuk pelatih TVET
- Memperpanjangkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun.
- Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah - Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja.

- RM250/RM500 selama 2tahun insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing
- RM250 sebulan selama 2 tahun insentif untuk majikan yang menawarkan pekerjaan bagi menggantikan pekerja asing
- Meningkatkan gaji minimum kepada RM1200 di bandar-bandar utama dan RM1100 di luar bandar.




Teka-teki terjawab sudah. Alhamdulillah peruntukkan untuk Kementerian Belia &Sukan menampakkan bahawa YB Syed Saddiq betul-betul ingin mengangkat belia dan menyerlahkan potensi penuh belia di mata negara. Semoga visi dan misi Kementerian Belia & Sukan untuk negara dapat dicapai dengan termeterainya peruntukkan belanjawan 2020 ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...