Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Sejak diperkenalkan dengan produk Dashing bagi menangani masalah bau badan, aku tak pernah bertukar ke jenama lain. Pasti Dashing jugak yang aku cari. Sebab biasanya, lelaki yang aktif biasanya mudah berpeluh. Tambah-tambah mereka yang aktif bersukan. Makin meriahlah peluh dia. Bila dah berpeluh, pasti akan mengeluarkan bau-bau yang tidak sewajarnya. Oleh itu, kita sebagai individu yang prihatin, tolonglah pakai deodorant. Janganlah sampai nak kena tegur badan berbau, barulah terkial-kial cari deodorant.
Itu kalau ada orang tegur, kalau tak ada ? Tak ke terseksa masyarakat sekeliling. Rakyat Malaysia nie aku perhati sangat menjaga hati. Jadinya, tak sampai hati nak bagi tahu orang tu bahawasanya badan dia berbau. Sebab tulah, kita sendiri kena cakna akan hal badan berbau nie. Aku jenis yang sukar berpeluh, walaupun aku menjalani kehidupan yang aktif. Tapi tetap aku rasa insecure dengan bau badan aku.
Gundah tiada lagi. Ayuh menggunakan Dashing. Kini Dashing melancarkan produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu rangkaian DASHING SPORT. Rangkaian Dashing Sport yang baru ini sudah pasti menambat hati lelaki yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin dan sesuai dengan kehidupannya yang aktif.
Dashing Sport menampilkan dua jenis wangian iaitu Golden Boot dan Hitmen. Kedua produk ini didatangkan dalam jenis semburan badan dan Eau De Toilette. Jikalau korang bertanya aku, antara kedua-dua ini, yang mana satu pilihan aku ?
Sudah pastinya wangian Hitmen. Baunya yang menyegarkan dan wangi menjadi pilihan aku. Aku tak berapa suka sangat bau minyak wangi maskulin sebab bau maskulin agak tidak kena dengan hidung aku. Jadi aku lebih memilih wangian yang lembut dan segar. Sebab itu aku memilih wangian dari Hitmen. Tapi, tak boleh disangkal, wangian dari Golden Boot juga sedap baunya. Cuma wangian Hitmen lebih dekat dengan hati aku.
Apa yang bagusnya deodorant Dashing Sport nie ialah wangiannya memberi perlindungan 24 jam. Selain itu ia memberi manfaat 6 dalam 1 yang dapat mencegah masalah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.
Dashing Hitman dicipta dengan aroma kesegaran citrus dan ice cucumber, bersama dengan nota sichuan pepper dan lavender, beserta patchouli dan gaiac wood. Sesuai untuk mereka yang aktif dan bersedia untuk ke mana sahaja. Manakala Dashing Golden Boot lebih musky dan menggoda. Aroma dari daun rhubarb dan pimento memberi kehangatan maskulin kepada si pemakai. Kombinasi kayu kashmir dan leather pasti akan memukau dan tidak dapat dilupakan.
Boleh dapati edisi terhad rangkaian Dashing Sport pada harga yang sangat berpatutan iaitu
RM 12.90 untuk semburan deodoran 125ml
RM 24.90 untuk eau de toilette 50ml
boleh lah Rach belikan untuk member time birthday. at least x perlu pening nak beli apa especially lelaki.. hehehe... thanks for this great sharing...
ReplyDeleteWah mesti best bau dia kan?
ReplyDeleteTak sangka dah keluarkan produk terbaru pulak.
Hopefully dapat cuba la. Tapi aku lebih suka bau lembut.
Sesuai untuk hubby akak ni. Lelaki ni aktif jadinya kuat la berpeluh. Kena la pakai wangi wangian sikit. Nak nak kalau nak pegi solat jemaah kat surau / masjid. Jangan bagi jemaah sebelah tu pening. Hehehe....
ReplyDeleteDashing Sport sangat bagus dan berkualiti untuk badan para lelaki yang aktif yang mudah berpeluh dan berbau kurang menyenangkan. Huhuhu :)
ReplyDeleteHusband cakap farfume dashing ni memang wangi dia berkekalan bila pakai pagi sampai petang bau dia masih kekah, tahniah dashing diatas keluaran produk baharu!
ReplyDeleteDashing memang dari dulu sampai sekarang tidak mengcewakan. Baunya yang wangi packaging cantik dan menawan. Harga pun berpatutan.
ReplyDeleteWow seem Dashing has come out with different scent. Last time they come out with mini pocket whereby it easily to carry out and the scent is nice.
ReplyDeleteHusband Nina pun suka haruman Dashing. Paling suka yang Hijau Hitman tuu. Bau nya segar!
ReplyDeleteWajib pakai nih deodorantx buat para lelaki biar menjadi idaman dan harum wangi sepanjang hari hehehee
ReplyDeleteHarganya pun cukuo terjangkau ya
Kak ana suka bau dashing dari zaman sekolah lagi. Bau perfume dashing semua wangi2. Yang penting mampu milik harga dia. Yang terbaru ni nampak lebih advance dan bold.
ReplyDeleteWahletup. Tapi dashing yang kuning agak menyengit sikit bau dia kan. Paling penting ramuan dia halal so senang nak bawa untuk bersolat
ReplyDeleteDashing is well known men product yg unggul Dari dulu.
ReplyDeleteMr. Asben pernah pakai. And harga nyer berpatutan.
Betul tu Zharif. At least okay pakai je lah perfume murah pun takpe janji bau wangi tu ada. Dari takde langsung adoii sakit hidong la weyy. Eh, marah plak kite ni. Hahaha! ..
ReplyDeleteSo Dashing memang terbaek, jangan lupa beli ye dak. Bukan mahal pun ..
Wow gambar dalam pool hehehe macam majalah mempelam wakakaka. Tapi kita memang pengguna tegar jenama Dashing ni jadi memang kita suka baunya...
ReplyDeleteBetul betul betul. Mommy setuju. Kena pakai juga. Supaya pengudaraan terjaga. Kalau tak bau ketiak masyam akan spoil mood orang lain..dashing harganya sangat berpatutan. Boleh dimiliki oleh semua orang
ReplyDeleteAnak bujang Kak Sue pun pakai Dashing, jenis aktif juga. Biasa lah bila aktif kuat berpeluh kalau tak jaga dari awal kang pengsan pulak bau peluh.. hehehe..
ReplyDeletewah wangin dashing baru. macam best je yang warna hijau tu. mak nak pergi watsons la esok, nak beli untuk husband mak.
ReplyDeleteSaya pon pon antara pengguna jenama dashing ni. Bagus betul diorang dalam menghasilkan variasi produk untuk promsi produk.
ReplyDeleteDashing ni memang best bau dia. Lelaki kalau pakai jenama ni pun dah okay. Harga berpatutan, selalu ada contest, mudah didapati di Watsons dan Guardian. Tak semestinya kena pakai jenama besar pun. Sebab kena konsisten pakai wangi-wangi. Barulah orang sekeliling selesa. Lelaki bau badan kuat tau.
ReplyDeleteOkay... Boleh lah ni hadiahkan buat Encik Suami a.k.a. Otomen Taro.. Mesti dia suka ni.
ReplyDelete