Wednesday, April 4, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Ramadhan "Chef Out" Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu lalu, aku telah hadir satu lagi buffet Ramadhan review di Kuala Lumpur. Kali nie, aku bersama dengan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel pula. Mari ikuti hidangan apa yang disajikan di sini.


Buffet Ramadhan di sini pada tahun ini sangat unik kerana berkonsepkan “chef out”. Apa yang dimaksudkan dengan “chef out” nie ? Selalu anda dengar shell out je kan ? Okay, lebih kurang sama lah tu. Cuma di sini, semasa buka puasa nanti, sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, chef-chef di hotel ini akan keluar daripada dapur dan menghidang sendiri makanan ke setiap meja.


Makanan tersebut merupakan makanan-makanan laut yang dimasak seperti anda makan di shell out. Antara makanan laut yang terdapat dalam menu seafood chef out tersebut ialah ketam, udang, pepahat, kepah, siput sedut, sotong dan kerang. Itulah yang unik konsep buffet Ramadhan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur tahun ini.


Bukan itu sahaja, pengunjung yang berbuka puasa di sini juga boleh menikmati lebih 300 jenis hidangan yang dihidangkan semasa buffet Ramadhan ini berlangsung. Antara hidangan-hidangan tersebut ialah


Hidangan Sampingan
Tempe goreng, ikan masin (sepat, gelama, pari), ikan kurau masin goreng lada, telur masin , pecal nangka, ketupat & lemang bersama pelbagai pilihan serunding, kerabu mangga, kerabu kacang botol, kerabu sotong dan ulam-ulaman.


Sambal Colek
Sambal belacan, sambal belacan tomato, sambal tempoyak, sambal budu, sambal cencalok.


Salad Bar 
Salad kentang, ayam dan buah zaitun
Labu panggang bersama arugula dan madu


Ikan Bakar Station
Ikan panggang bersama sambal Portuguese, air assam, cili kicap.

Hidangan Utama
Ayan panggang perchik ala Kelantan, Pais patin temerloh, Sambal daging batang pinang dengan terung pipit, 
Gulai kawah rusuk lembu.



Carving Station
Kambing panggang bersama nasi Mandi


Western Selection
Daging pagang bersama sayur



Satay Station
Satay ayam dan daging


Goreng Sampingan
Cucur udang, pisang, keledek, sukun, ubi keladi, keropok lekor

Pemanis Mulut
Bubur kacang merah, Pengat labu bersago, buah melaka, putu bambu, cheesecake, sagu fula Melaka, puding mango, dadih strawberry, tapai pulut dan pelbagai pilihan kuih-kuih tradisional.


Itulah menu-menu yang akan dihidangkan khas sempena bulan Ramadhan nanti. Walaubagaimanapun, menu biasa lain yang biasa dihidang di Essence Restaurant Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel nie akan turut ada. Jadi, banyaklah pilihan makanan yang pengunjung boleh pilih. Memang rambang mata jadinya !





Menarik kan ? Jom lah pakat ramai-ramai berbuka puasa di sini pada bulan Ramadhan nanti.

Untuk harga buffet di sini adalah seperti berikut :
Dewasa : RM 158.00/pax (Early bird promo : RM 111 sehingga 16 Mei 2018)
Kanak-kanak (9 tahun - 12 tahun) : RM 79/pax
Kanak-kanak 8 tahun ke bawah : PERCUMA !

Pengunjung boleh menikmati potongan sebanyak 30% untuk buffet Ramadhan Chef Out sekiranya buat tempahan berkumpulan untuk 30 orang dan ke atas. Menarik bukan ? Boleh bawak officemates ramai-ramai berbuka puasa di sini.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Eh awal pulak wish nya. Lariiiiiikkkk !

Untuk tempahan, butiran adalah seperti berikut :

SHERATON IMPERIAL KUALA LUMPUR

Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

For reservation :
Tel : 03-2717 9933 atau email : Essence.Venue@sheraton.com

Instagram dan Twitter : @sheratonhotels


Apa tunggu lagi ? Semua butiran dah bagi kan. Cepat tempah sekarang.

19 comments:

  1. Wow, ada shell out di hotel ni...menarik cara mereka untuk mengajak orang datang berbuka puasa. Lagi² yang kaki seafood ni.

    ReplyDelete
  2. Amboi dikkkk...
    Sedapnya shell out ngn daging panggang tuuuu...
    Meleleh air liur kalau puasa tengok menu ni

    ReplyDelete
  3. Best tu bila chef sendiri hidang kan panas2 lauk pauk tu atas meja. Semua jenis seafood ada dalam tu pula. Mesti sedap sangat tu kan zharif? Ada 300 lagi menu yang lain? Banyaknya. Berbaloi lah dengan harga tu.

    ReplyDelete
  4. Pernah pergi Sheraton Imperial ni tahun 2009. Uihhh lama dah tu. Tengok makanan yang disajikan di sini masa bulan puasa memang menyelerakan lah. Konsep Chef Out tu unik. Chef pula yang kena sajikan ye?....ulam-ulaman pun banyak...akak nampak petai pun ada....hehe...

    ReplyDelete
  5. Dalam bulan ramadhan sesekali mesti akan cari tempat yang menyediakan buffet ramadhan yang best2.. Nampak sedap makanan kat sini.. Bole try nanti.. Tq for sharing

    ReplyDelete
  6. Kalau entry makanan memang kejam tau. Terliur kita dibuatnya. Banyak betul variety makanan yer. Lebih 300 jenis. Memang rambang mata dibuatnya ni sebab banyak sangat pilihan makanan.

    ReplyDelete
  7. Wah..unik cara chef hidang shell out tu. makan panas-panas masa berbuka puasa nanti, memang menambahkan selera kan..

    ReplyDelete
  8. wahhhh time puasa ni nak kurangkan pergi buffet haahaaaa, sebab niat dihati nak makan berpada pada.. tapi makanan di sini fuh memang mengancam especially dia punya sambal belacan, memang layan betul tengok makanan enak enak macam ni.. :)

    ReplyDelete
  9. Bestnya Sheraton punya buffet...akak suka yang of course kambing2 tu la..hehehe..pas tu akak suka daging panggang tu..shellout tu pun suka..eh semuanya la suka..okey akak dah lapar sekarang nak pi cari makanan ..minggu ni x sempat nak bawak bekal...

    ReplyDelete
  10. Lapar dah sy! Hmm... tempe goreng + lemang + ikan masin dengan kuah satay mmg sedapppp! Siap ada japanese food lagi. Budak bawah 8 tahun percuma. Bestnya! Nak book untuk buka puasa ramai-ramai ni. Thank you for the info.

    ReplyDelete
  11. 1st aida nak komen, cantik baju melayu :) style! like it.
    aduhai. another great review pasal makanan, zharif.
    ari ni 1 syaaban. 30 hari. nak kena buat reservation lah.
    kat melaka ni aida selalu gi kat king's hotel aje. 10 minute dari rumah.
    affordable. maklum ler, ramai anggota nyer :) hi hi

    ReplyDelete
  12. Makanan sedap selalu membuat I rasa lapar. Kena cuba buffet ramadhan di sini and looks like I need to rsvp first.

    ReplyDelete
  13. Seleksi makanan dia mmg best. Sesuai dengan harga. Sekali sekala bawa keluarga bawa keluarga makan kat sini menarik juga

    ReplyDelete
  14. Hari tu review PD. Hari-hari makan best boleh gebu la lepas ni. Kalau Mak, memang ulang alik pergi ambik kambing je la makan buffet gini. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  15. Bergaya sungguh zarif skrg. Tgok zarif je dah terasa cam ramadan dah..hehehe.
    Tgok makanan kat sana ..fuhhh banyak sungguh..tak tau nk pilih mana dah

    ReplyDelete
  16. Banyak pilihan menu yang ada. Rambang dibuatnya. Selalunya kalau tengok depan mata nak ty smua yang ada tapi fikir balik takde maknanya nak habiskan semua kan. Tengok dekorasi yang menarik lagi menaikkan nafsu makan..hahaha

    ReplyDelete
  17. Lamanya kita tak pegi food review untuk buffet ramadhan awak. Makanan depa semua sedap! Konsep chef out tu harap-harap tidak membuatkan keadaan kelam kabut, tapi bagi onie, kalau ke buffet ramadhan onie better pilih sendiri makanan dari dihidangkan,hee

    ReplyDelete
  18. Haishhhh bulan Ramadan ni pasti mengundang akan nak sangat ke hotel ni utk berbuka puasa. Semua juadah sedap-sedap belaka. Terutama hidangan masakan melayu. Wuwuwuwu

    ReplyDelete
  19. Wowww baju dia.... baju raya tahun lepas ke? Lama tak pergi food review pakai baju melayu..

    Anyway, berkenan sangat dengan konsep “chef out”

    ReplyDelete