Sunday, April 8, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Magical Ramadhan Nights Di Pullman Putrajaya Lakeside

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Pada hujung bulan yang lalu, aku berkesempatan mencuba buffet ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside yang terletak di Putrajaya. Dengan berkonsepkan magical Ramadhan night pada tahun ini, aku percaya berbuka puasa di sini pasti akan memberikan satu pengalaman berbuka yang tak dapat dilupakan buat setiap pengunjung. 

Mari ikut aku teroka apa yang menarik buffet Ramadhan di sini !


Hotel yang bertarafkan 5-bintang ini juga tidak mahu ketinggalan dalam mempromosikan juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba tak lama lagi. Demi meraikan bulan suci buat seluruh warga Muslim di seluruh dunia, Pullman Putrajaya Lakeside memilih tema Magical Ramadhan Night pada tahun ini.


Anyway, pengunjung yang berbuka di sini bakal dihiburkan dengan persembahan tanpa henti seperti persembahan yang berkonsepkan timur tengah (arabic), persembahan kebudayaan, muzik saxophone yang membawa kita ke era 60-an dan tak lupa juga persembahan yang biasa kita lihat di pesta-pesta circus dan fun fair seperti terdapatnya badut-badut yang akan bekalkan belon-belon untuk kanak-kanak, persembahan dari orang api, persembahan LED hover boad dan macam-macam lagi. Pokoknya ia pasti akan menghiburkan malam berbuka anda di sini.



Terdapat pelbagai juadah menu berbuka puasa. Lebih 300 jenis hidangan disediakan antaranya ialah menu-menu tradisional Malaysia, menu-menu western, seafood BBQ, salad, pelbagai jenis dessert dan juga DURIAN buffet !!!



My favourite spot is the spaghetti stall. You can pick and choose the ingredients, as many as you wish, and then you choose your spaghetti and sauce. They will cook it for you right away. Isn't that amazing ? My favourite is of course, the one and only, spicy aglio olio spaghetti with lots of shrimps. Big love for this one !



BBQ seafood counter nie memang buat aku rambang mata nak pilih yang mana satu. Tak tahu nak pilih udang ke, sotong ke, ketam ke, ikan ataupon si tukang masak tu. Eh choi ! Over sangat tu dikk. Anyway, ini juga salah satu favourite spot aku di buffet Ramadhan di sini. Seafood BBQ nie ko cicah dengan sambal asam, ya Allah sedap betul !!!!



Dan tadi aku ada mention ada buffet durian, betul tak ? Ya, ramadhan buffet di Pullman Putrajaya Lakeside juga menawarkan buffet durian. Ko nak makan sampai kembung dipersilakan. Ya Allah, rasa macam berada di syurga dikk. Aku tahu syurga itu lebih indah, tapi ini pon sudah memberi kebahagiaan yang melampau, apatah lagi semasa di syurga nanti. MasyaAllah ! Kenapa ada tazkirah ringkas di sini. Salah slot dikk non.



Tak ketinggalan, buffet pencuci mulutnya. Memang banyak sungguh pilihan. Terkumat-kamit aku masuk dalam nie akibat rambang mata, tak tahu nak mulakan dengan yang mana dahulu.




Selain durian, buah-buahan lain turut disajikan di sini. Yang penting, sebelum balik masing-masing semua bubuh jambu madu air dalam beg. Ko ghase ? So bawaklah beg-beg besar untuk bawa bekal ke rumah. Hahahaha.


Menarik kan menu-menu yang ada ? Apa tunggu lagi. Jomlah bawak satu keluarga berbuka puasa di sini. Konfirm kenyang hingga mengesot-ngesot sampai ke parking kereta.

15 MAY - 14 JUNE 2018 | 6.30 PM - 9.30 PM

Adult : RM 188/nett | Child : RM 110/nett

Early bird discount rate :
RM 150 (per adult) and RM 100 (per child)
*Must be fully prepaid in advance*


Tempahan boleh dibuat melalui : 

Tel : 03-8890 0000
Whatsapp : 016-8900 142
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

Address :
Pullman Putrajaya Lakeside
No 2, Jalan P5/5, 62200 Putrajaya, Malaysia

Website :

Facebook : 

Jom ramai-ramai berbuka puasa di Pullman Putrajaya Lakeside !

20 comments:

  1. wahhh rajinnya, banyak event makan makan sekitar putrajaya ni tak dapat join dah macam dulu-dulu, heee apa pun menu kat pullman memang banyak yang sedap sedap dan menarik... kambing bakar dan durianlah paling sedap.... hahahhaha enjoy...

    ReplyDelete
  2. Serunya klo buffet ramadhannya di Putrajaya. Bisa buka puasa dulu di buffet Putrajaya lalu lanjut sholatnya di Mesjid yang cantik itu. Klo ndk salah namanya Meajid Putrajaya. Apa lokasinya jauh dari buffet ramadhan?

    ReplyDelete
  3. Perghhh ada durian tuuu...
    Pullman ni memang tau dah makanan dia sedap2 kan..rugi org Putrajaya kalau tak pi serbu Ramadan nanti

    ReplyDelete
  4. I nampak durian.. Hahahaa. Adoii.. Durian lover btul.. Sedapnya tgk sajian yg disediakan... Byrn dia tu boleh tahan.. Dia skli byr tu mkn smpi kenyang ke cmne?

    ReplyDelete
  5. Gemuk la zharif pasni ha ha...
    Pullman ni 1 hotel di putrajaya yg Aida nak gi bwk anak2.
    Lom lagi ada masa.

    ReplyDelete
  6. Amboi cikgu review bufet ramadan sampai kita ni terlioq ha. Amboi-amboi.hahaha. Pullman putrajaya memang best. Selalu masa bulan ramadan memang full. Booking sesiap kalau nak berbuka disini.

    ReplyDelete
  7. Dzarifff......kenapa kejam nau ni...sedapnya buka puasa kat sini..akak ni takde kenderaan kat KL ni..kalau ada..belasah je pi Pullman ni buka puasa nanti...semua hidangan nampak sedap tu..akak dah nampak dah kat mana area buffet akak nak pi nanti..

    ReplyDelete
  8. menarik jugak ya kat sini.. ada persembahan timur tenga..persembahan kebudayaan.. hmm durian tuuuuu... sedapppnyaaa zaza tgk..sudahlah zaza giler jugak dgn buah durian..

    ReplyDelete
  9. Banyaknya event makan2 semua promote pakej best sampai airah pun dah tak tau nak pilih yang mana

    ReplyDelete
  10. Rawlins suka buka puasa kat sini sebab banyak choice and lazat! So, Rawlins dan kawan-kawan dah rancang nak berbuka kat sini kelak! Yee haa!!

    ReplyDelete
  11. Durian.. sedapnya lah haih... Ni yang excited nak pergi kalau ada durian ini. Konpem mengadap buah tu jer...hehehe

    ReplyDelete
  12. wah semua makanan favorite Lia ada kat sini. Seafood, dessert, & yang paling best durian tu. Memang terliur dah ni. Berbaloi harga sebab makanan memang banyak dan pelbagai.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  13. wah bro, hari-hari makan buffet ni..tapi badan tetap menten...hehehe..eh kalau buffet mcm ni, konfem aku asyik ulang-alik amin item kat bbq tu je..kambing golek dah biasa sgt kan

    ReplyDelete
  14. Pullman ni antara hotel yang menawarkan pilihan buffet yg menarik. Selain ada variasi versatil hidangan. Hotel ni mmg akan disertai rmi ahli korporat dan warga asing untuk datang berbuka

    ReplyDelete
  15. Wowww banyaknya durian. Kalau Ramadhan makan durian mesti sodapp..hehehe. Tengk makanan dia pun banyak pilihan. Nanti nak cuba jugaklah makan kat sana sb belum pernah lagi cuba

    ReplyDelete
  16. Wow, I like creative decoration of their Ramadhan. Have Dessert room too. I love e all the nice dessert. And the Durian attract my attention. Nom.. Nom

    ReplyDelete
  17. tq zharif sbb datang! sini besar kan dia punya makanan. takde rezeki tahun ni nak ke sana

    ReplyDelete
  18. lemah sikit bila baca posting pasal makanan ni.. tu yg paling special, ada durian kt situ.. pergh mmg layan la, buka puasa makan durian

    ReplyDelete
  19. so many food! I wish to try the durian hehe

    ReplyDelete
  20. woot!woot! ingat i x uols? haha pilihan buffet ni mmg dahsyat!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...