Thursday, April 26, 2018

Seronoknya Melawat Kampung Raga Di Yan, Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mari mulakan cerita Travelogue Kedah yang telah berlangsung pada bulan March yang lalu. Aku sangat teruja nak bercerita mengenai Kampung Raga yang terletak di Yan Kedah nie. Nak tahu apa yang menarik ? Teruskan membaca.


1. Ultimate Horse Training And Stud Farm

Pada belah pagi, kami melawat ke tempat pembiakkan kuda yang terdapat di Kampung Raga nie. Tak sangka, sebuah kampung yang kecil ini boleh terdapatnya ladang kuda yang menempatkan pelbagai jenis baka kuda.



Tempat ini sebenarnya adalah tempat penternakan kuda. Apa yang menarik di sini ialah, tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Bayaran hanya dikenakan sekiranya pengunjung mahu menunggang kuda sahaja. Bukan takat kuda sahaja ada di sini, burung unta ada, rusa ada, anak rusa pon ada. Serious comel !


Photo credit to : eddyrushfatboy

Memang satu pengalaman yang manis bila dapat menunggang kuda. Best juga menunggang kuda nie. Tapi kami menunggang dalam kandang je. Tak ada lah sampai keluar. Actually, boleh je kalau nak menunggang kuda ke luar. Untuk menunggang kuda luar dari kawasan penternakan nie, boleh rujuk pada pemilik tempat ini untuk maklumat lanjut.


Kami juga berpeluang memberi anak rusa minum susu. Kedua-dua anak rusa ini baru sahaja dilahirkan. Memang gelojoh sangat dorang minum. Seronok je tengok ! Masa nie mak dorang diberi makan.

Alamat : Lot 784 Jalan Ruat Besar, Kampung Raga, 06900 Yan , Kedah.

Anak rusa yang comel. Eh rusa ke kancil nie ? Lol

2. Membuat Kuih Karas

Seterusnya kami belajar membuat kuih tradisional yang aku percaya sangat terkenal di Kedah iaitu kuih karas.


Ini merupakan pertama kali aku mencuba buat kuih tradisional iaitu Kuih Karas ini. Rupanya mudah je nak buat. Bahan pulak tak remeh. Hanya perlu 3 bahan sahaja. Lepastu masak. Mudah sangat !

Bahan-bahan :

1 - Satu bungkus tepung beras
2 - Dua cawan gula
3 - Air secukup rasa

Agak-agak adunan tu dah sebati, boleh terus masak. Adunan hendaklah tidak terlampau cair dan juga tidak terlampau likat. Sedang-sedang elok je orang kata baru kuih Karas nie menjadi.


Inilah hasilnya. Mudah sahaja nak masak. Bentuk kuih karas nie ikut kreativiti individu. Nak buat bergulung ke, nak buat tiga segi ke, nak buat empat segi ke, bahkan nak buat bentuk ribbon pon boleh. Ikut suka lah nak buat bentuk apa pon. Tak ada rules untuk bentuk kuih karas nie. Biasanya orang buat bentuk tiga segi dan juga bergulung.

3. Membuat Bengkung buah


Seterusnya kami diajar anyam bengkung buah nie. Maaf, aku betul-betul terlupa apa nama benda nie. Bengkung buah nak anyam guna daun pokok kelapa sawit je. Agak rumit sikit untuk dibuat bagi mereka yang baru pertama kali diperkenalkan benda nie. Tapi bila dah biasa, mudah je nak buat. Benda nie kegunaan dia untuk melindungi buah daripada rosak. Boleh tengok contoh gambar di bawah.


Benda nie sangat bagus sebabnya ia betul-betul melindungi buah tu daripada rosak. Bila dah masuk dalam kantung tu, serangga pon tak berani nak masuk tau. Sebab daun kelapa sawit tu mengeluarkan bau yang serangga tak suka. Lebih kurang macam tu lah. Bahkan, kantung nie sangat utuh, monyet pon tak boleh nak rosakkan kantung tu.

4. Melawat salah sebuah homestay yang terdapat di sini


Selain itu, Kampung Raga juga merupakan salah satu destinasi homestay. Boleh lah nak menginap di salah sebuah homestay yang ada di Kampung Raga nie. Selesa dan banyak aktiviti menarik boleh dilakukan oleh pengunjung.

Alamat : No. 409F, Kampung Raga, 06900 Yan, Kedah Darul Aman

5. Aktiviti menjala


Seterusnya kami diajar menjala. Mudah je nak menjala sebenarnya. Aku dah pernah diajar semasa mengikuti travelogue Perak. Jarang nampak anak muda menjala.

6. Air Terjun Titi Hayun dan Air Terjun Seri Perigi


Bestnya jadi penduduk Kampung Raga sebab macam-macam ada dekat sini. Termasuklah kawasan air terjun. Terdapat dua kawasan air terjun di Kampung Raga nie. Satu Air Terjun Titi Hayun dan satu lagi Air Terjun Seri Perigi.



Di Air Terjun Titi Hayun, terdapat juga Tangga Kenari. Tangga yang sangat terkenal buat penggemar aktiviti luar. Tangga ini mempunyai lebih dari seribu anak tangga dan merupakan tangga permulaan untuk sampai ke puncak Gunung Jerai. Apa yang menarik mengenai tangga ini ialah, tiada satu pokok pon ditebang untuk membima tangga nie. Menarik !



Menarik bukan Kampung Raga yang terletak di Yan Kedah nie. Pelbagai aktiviti dan tarikan yang boleh dilakukan dan kunjungi. Jangan lupa singgah ke Kampung Raga sekiranya korang berpeluang datang ke Yan Kedah.


Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Kedah selama 3H3M yang dikelolai oleh borakkita.com
dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam 
 yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.

20 comments:

  1. Menarik yah kampung kedah nih. Klo ndak salah wilayahnya daerah utara malaysia kah? Dekat HatYai. Maaf jika salah.
    Seru perjalanannya ya ke peternakan kuda dan air terjun. Ada.juga jala ikan. Enak tuh ikannya di bakar

    ReplyDelete
  2. Dalam banyak banyak negeri..Kedah je lom explore sepenuhnya. Ok nanti di satu hari yang tenang dan di satu hari yang free..akan ku jejaki juga kaki ini ke sana dan ketempat yg Zarig gi ni

    ReplyDelete
  3. Menariknya aktiviti kat sana. Comel je kuda n anak rusa yang disangka kancil tu. kuih karas memanh favourite, boleh habis sebekas kalau xsedar.

    ReplyDelete
  4. Syok gila dapat menunggang kuda. Saya pernah pergi ke ladang kuda. Tapi tak tunggang kuda sebab tak tahan busuk. Hahahaha. Best la dapat buat kuih keras..bengkung buah...menjala n pergi ke air terjun. Hehehe. :)

    ReplyDelete
  5. Menariknya aktiviti disini. Paling syok menunggang kuda tu. Dah lama teringin nak cuba tapi tak berani 😂

    ReplyDelete
  6. Bestnya jalan-jalan ke Kedah. Sambil jalan-jalan boleh belajar banyak benda kan. Penuh juga aktiviti ni. Tak pernah sampai Kedah lagi.

    ReplyDelete
  7. seronok die menunggang kuda tu...pernah menunggang kuda tp kt fraser hill...air terjun titi hayun tu syokla mandi kalo dikala cuaca panas ni...dlu pernh pi Yan..dok homestay area air terjun juga

    ReplyDelete
  8. Banyak juga tempat menarik kat Yan Kedah ni. Kampung ja kat kedah tapi tak sempat nak explore semua lagi kat sana. Kuda tu macam jinak je siap boleh selfie sama2 lagi. hehhe

    ReplyDelete
  9. Menarik trip ke Yan ni, nampak ada macam-macam aktiviti yang menyeronokkan ..
    Air terjun Titi Hayun tu... Lama nye tak mandi air terjun. Zharif nampak enjoy sekali...

    ReplyDelete
  10. Dah byk tempat best dkt Yan skrg ni.. ms dulu duduk kedah mmg takde yg best pun kat situ. Part buat kuih karas tu mmg dlm wishlist sbb fav betul ngan kuih karas.. mcm beat je aktiviti kat situ

    ReplyDelete
  11. Ingatkan Yan tu popular nak camping je, rupanya banyak je aktiviti lain yang best macam belajar buah tempat buah tu.

    ReplyDelete
  12. kalau yang kecil tu ialah kancil !! kuda tu kacak bergaya la !! aktiviti menunggang kuda la paling best sebenarnya ! nanti time berperang kemungkinan kita perlukan kuda... huhuh... sungai pun nampak bersih je suka tengok ! :)

    ReplyDelete
  13. Homestay dia sangat bersih dan kemaskan. Tapi bestla dapat belajar buat kuih karas, kuih tradisional yang sedap tu. Macam2 ada kat kg yan kedah boleh diangkat sbg salah satu tempat destinasi pelancangon yg menarik

    ReplyDelete
  14. Wahhh.... tak pernah tahu pun Yan seistimewa dan banyak tempat menarik... Memang best ni kalau dapat singgah dan melancong ke sini

    ReplyDelete
  15. Seronok berakiviti dekat kampung Raga ni ya. Memang jarang2 dapat buat dkt kawasan tmpt sy tgl skrg. Tempat penternakan ada, air terjun ada n byk lg. Menarik!

    ReplyDelete
  16. Syoknya kalau dapat mandi Sungai tu. Hahaha. Kuda tu nape tidak ditunggang. Boleh cerita pengalaman nanti berkuda. Hehehe

    ReplyDelete
  17. Banyaknya benda menarik kita boleh bat .kuih karas tu pertama kali dengar, dulu nad beljar dekat kedah tapi tak tau pun. Titian hayun tu je nad pernah pergi..hehhee

    ReplyDelete
  18. Love to see this kind of lifestyle. So much green and natural. Mesti rasa tenang Kat sini. Nak pergi jugaklah

    ReplyDelete
  19. Kalau la air terjun tu belakang rumah, mau hari-hari Rawlins mandi kat situ. Bestnya pengalaman sebegini kan. Anak-anak bandar mesti ramai yang tak pernah melalui pengalaman sebegini kan

    ReplyDelete
  20. Wow best nyer dapat bercuti ramai, i like such outdoor activities during sprig

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...