Thursday, April 26, 2018

Buffet Ramadhan 2018 : PWTC Menawarkan Selera Ramadhan Berkonsepkan Pasar Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 16 April lalu, aku sempat ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang terletak di Kuala Lumpur untuk mencuba buffet Ramadhan yang ditawarkan di sini. Jom tengok apa yang menarik ada di PWTC nie.


Selera Ramadhan di PWTC menawarkan lebih daripada 300 jenis hidangan yang berkonsepkan tak ubah seperti sebuah pasar malam. Terdapat 24 buah gerai makanan semuanya. Setiap makanan diletakkan mengikut jenisnya. Memang unik sungguh konsep pasar malam yang diketengahkan oleh PWTC untuk buffet Ramadhannya.

Ada nasi kandar

Bubur lambuk

Kalau korang perhatikan, menu-menu yang ditawarkan di PWTC nie, kesemuanya menu-menu yang biasa kita nampak di pasar malam. Setuju atau tidak, rakyat Malaysia sangat menggemari pergi ke pasar malam untuk membeli juadah yang ringan, senang dan simple. Oleh itu, PWTC cuba membawa hidangan-hidangan yang biasa kita nampak di pasar malam, ke buffet Ramadhannya.

Ada nasi kerabu

Stesen makanan bergoreng seperti kue teow goreng dan nasi goreng

Apa yang beza hanyalah keselesaan pengunjung. "Pasar malam" di PWTC ini berhawa dingin, jadi tidaklah pengunjung rasa panas berpeluh seperti di pasar malam tu. Bukan itu sahaja, malah pelayan-pelayan dan cef-cef di sini berpakaian seolah-olah mereka penjual makanan di pasar malam. Memang terbaik lah ! Sangat menjiwai watak gituee.


Menu kambing bakar golek sudah pastinya menjadi pilihan pengunjung-pengunjung tapi maaflah gambar kambing golek dah lesap masa nie. Ada dua kemungkinan, satu sebab ramai orang dah serbu kambing tu, satu lagi sebab ko datang lambat ke majlis. Dalam kes ini, jawapannya adalah kemungkinan kedua tu. Hahahaha.


Aku lambat datang masa nie sebab kekangan kerja hakiki. Tapi Alhamdulillah sempat merasa semua menu-menu yang ditawarkan. Cuma bab bergambar je banyak yang terlepas. Menu-menu pon dah dikacau orang. Nak nangis rasa dia dikk.

Pelbagai jenis kerabu


Antara gerai kegemaranku semasa di preview buffet Ramadhan 2018 PWTC ialah di gerai lauk-pauk. Sumpah sedap sangat dan banyak hidangan yang jarang-jarang ditemui di buffet Ramadhan. Sebagai contoh, ikan patin masak tempoyak. Ya Allah sedap sangat ikan patin masak tempoyak dekat PWTC nie.


Sebagai seorang anak melayu-jawa kacukkan Pahang (Guna istilah kacuk, ko mampu ??), ikan patin masak tempoyak adalah "makanan" aku. Jadi aku boleh tahu, sama ada patin masak tempoyak itu sedap ataupun tidak sedap. Tidak dapat dinafikan, ikan patin masak tempoyak di sini sangat sedap ! Tak lupa juga, menu sambal sotong tu. Ya Allah ! Bertambah nasi aku dibuatnya.



Antara menu lain yang ditawarkan di gerai makanan di sini ialah apam balik, aneka jenis kuih tradisional Melayu, roti canai, murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rojak, rojak buah dan banyak lagi. Nak senaraikan semua sampai besok pon tak habis rasanya.


Menu-menu gorengan seperti pisang goreng, cempedak goreng, dan macam-macam lagi

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadhan ini. Merdu sungguh suara Linda Eva. Mendengar beliau menyanyikan lagu cindai, terus membuatkan aku teringat pada Dato Seri Siti Nurhaliza. Tibahhh !



Pihak pengurusan PWTC akan menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada fakir miskin sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor dengan kerjasama Yayasan Kasih Tauhid dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke-4. Selain itu juga, PWTC akan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Ruang makan yang selesa dan luas, sudah pasti antara kriteria yang dititikberatkan. Jangan risau, memang luas kawasan buffet Ramadhan di sini. Bahkan, mereka yang nak menikmati keindahan sungai di Kuala Lumpur nie, boleh duduk di bahagian luar menghadap sungai. Manakala surau pula terletak di aras 3 di PWTC. Segala kelengkapan seperti telekung untuk kaum muslimah dan sejadah turut disediakan.


Harga buffet Ramadhan Selera Ramadhan PWTC 
(Bermula pada 17 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018)

Dewasa : RM 88 nett
Warga emas (60 tahun ke atas) : RM 75 nett
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) : RM 45 nett

Baucer early bird boleh dibeli sebelum 16 Mei 2018 : RM 75 nett

Pakej persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi

RM 98/seorang (Tempahan 100 orang dan ke atas)
RM 115/seorang (Tempahan 50 orang dan ke atas)
(Pakej termasuk hidangan buffet, dewan khas, sistem audio, ruang solat khas,
serta kadar bayaran parkir tetap RM 5 sekali masuk)


RIVERSIDE RESTAURANT, PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC)
Level 3, 41 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Pembelian baucer buffet Selera Ramadhan PWTC boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC 
yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang

Tel : 03-2614 6701 / 6702 atau 03-2614 6262
Website : www.pwtc.com.my

Jom ramai-ramai pakat bawak satu family berbuka puasa di PWTC !

22 comments:

  1. Akak suka Zhariff nyer commitment..walau sampai lambat tetap semangat kan settlekan tugas..tgok pada makanan nampak semua nya sedap dan banyak pilihan..

    ReplyDelete
  2. Walaupun makanan telah disentuh.. Gambar2 still menarik.. Keep it Up Zharif... Memang terbaikkk...

    ReplyDelete
  3. I like pasar Ramadhan concept and you get to try a wide array of buffet. Make my stomach feel hungry after looking at the nice Ramadhan food. Price is reasonable. Happy Fasting

    ReplyDelete
  4. Serius tidak dinafikan! Memang sedap belaka juadah berbuka puasa kat sini. Pilihan yang tersangat banyak , sangat berpatutan dengan harga yang ditawarkan.
    And Yes! Ikan patin tempoyak, sambal sotong dia memang bikin kita tambah nasik... huhuuu
    Oh my diet. :'(

    ReplyDelete
  5. Banyak tu sampai 300 jenis hidangan. Memang rambang mata nak makan apa dan nak makan yang mana dulu kan.

    ReplyDelete
  6. Pasar malam-themed Ramadan buffet is really rare. The buffet spread is really delicious looking. Bet they taste exceptionally good, too!!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya masakan kat sini. Konsep pasar malam tapi tempat makan kat sini kemain selesa lagi nampaknya. Gambar2 Zharif semua lawa-lawa. Station nasi goreng dan kuay tiaw tu akak terjah dulu....

    ReplyDelete
  8. pwtc ni antara yang terbaik dorang cakap. even menu dia pun sedap-=sedap belaka. bukan untk tahun ni je tapi setiap tahun pun dorg ckp sedap. terbaik!

    ReplyDelete
  9. Perghhhhhhh! 300 jenis makanan, habislah memikir nak start makan yang mana dulu,hehe... So far tak pernah merasa lagi bufet ramadan di PWTC ni, mesti meriahkan...

    ReplyDelete
  10. Banyaknya Menu dekat Bufet Ramadhan PWTC bertemakan Pasar Malam ni menarik ya, ishhh ternampak pula Nasi Kerabu tu hah kesukaan Akak tu Zharif... kuih-muih pon ada nampak kuih koci tu teringin pula :)

    ReplyDelete
  11. Makanan macam kat pasar malam memang banyak pilihan dan menarik serta nampak menyelerakan tapi harga tak macam pasar malam wakakaka kalau dapat harga macam makanan kat pasar malamkan best wakakakak..

    ReplyDelete
  12. Oh inilah tempat berbuka puasa yang ruby akan pergi 8 June nanti. Haha. Ruby nak pergi sebab ada mood Republik. So dah Alang-alang nak shopping. Pergi pwtc awal dan berbuka di sana. Lady's night gitu. Sebab bawa Emak dan adik perempuan. Emak takmo Jalan jauh. Sakit kaki. So semua ada kat pwtc lg la mudah. Nanti ruby bg tau feedback makan di sana. Sedap ke idok. Hehe

    ReplyDelete
  13. Menarikla konsep yang diperkenalkan. Sbb kita tahu makanan pasar malam aka street style mmg memenuhi citarasa semua. Cuma bila kat sini nampak lebih esklusif heheh

    ReplyDelete
  14. Wah banyakny hidangan kat PWTC ni sampai 300 hidangan. Harga buffet pun bawah RM100. Memang berbaloi nak bawa family datang sini . Suka tengok dekorasi & food presentation.

    ReplyDelete
  15. suka dengan konsep ala pasar malam macam ni. Sebab pilihan makanan di pasar malamkan pelbagai so bila asda ditawarkan di sini nampak esklusif. Semua menu yang ditawarkan nampak sedap2 dan menarik :-)

    ReplyDelete
  16. So instaed of going to pasar malam and buy food, just head over to pwtc for buka puasa; can eat all we can just pay 1 time. Best juga kan.

    ReplyDelete
  17. Ada jemputan juga kat sini tapi hari-hari p buffet ramadhan pun mcm letih. Tenagh mencari buffet di bawah rm100 ni tuk berbuka nanti, jadi kat pwtc ni boleh dijafikan list. makanan pun sedap sedap. masakan melayu i semua semua..

    ReplyDelete
  18. Been to their cruise before but never tried their food before. From all the photos you took I can see the deliciousness in it. Yummy

    ReplyDelete
  19. First time seeing so many variety of kerabu, those are always my favorite whenever I go, anyway I didn't know PWTC has buffet as well, I should drop by and give it a try.

    ReplyDelete
  20. Wow, siap ada nasi kerabu. Memamng wow ni. My favorite!

    Banyak gila menu kat sini. Seronok betul ni kalau dapat berbuka kat sini. Dekat pun dekat

    ReplyDelete
  21. gambar dessert pertama yang bulat-bulat tu gulab jamun ke? nangis kita datang sini pepagi dibulan puasa ini. Mak bukan fan of buffet style sebab mak perut kecik, tapi kambing golek is a MUST! kesian dia tak dapat makan ek. huhuhu.

    ReplyDelete