Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini, Bangi Golf Resort mengadakan buffet Ramadhan exclusive media preview untuk mempromosikan buffet Ramadhannya. Nak tahu apa yang menarik pada buffet Ramadhan Bangi Golf Resort (BGR) tahun ini ?
Jom ikuti kisahnya.
Terdapat pelbagai variasi makanan yang terhidang di sini. Dari pembuka selera, hidangan utama, mahupun pencuci mulut. Pasti buat pengunjung rambang mata untuk memilih. Boleh nikmati gambar-gambar di bawah. Awas ! jangan terliur pula.
Pelbagai jenis bubur
Aneka makanan bergoreng
Laku betul makanan bergoreng nie, tambah-tambah nugget yang rasa dia ala-ala nugget McD tu. Cicah sos cili memang sedap. Kalau ada sos BBQ lagi best rasanya.
Aneka kerabu
Pasta bersama sos bolognese dan creamy carbonara
Aku memang peminat pasta. Dan sos bolognese merupakan antara sos kegemaran aku. Rasa dia sedap. Kaya dengan daging hancur. Terbaik !! Bagi sos carbonara pula, sangat creamy. Aku bukanlah peminat sos carbonara tapi rasa dia okay bagi aku. Tidak memuakkan.
Signature dish BGR yang sangat ohsem, sous vide eggs with mushroom espuma
Nasi Kerabu
Aneka lauk-pauk
Nama pon tekak Melayu, walau menggoda macam mana pon kambing golek, nasi jugak yang dicari. Jangan lupa cuba makan nasi ayam di sini ya. Sangat sedap ! Ayam dia masak dengan sempurna bersama bahan pemerapan. Serious sedap nasi ayam di Bangi Golf Resort nie.
Kambing golek
Tak lengkap rasanya event berbuka puasa sekiranya tiada kambing golek. Kambing golek merupakan salah satu makanan wajib yang perlu ada. Memang laku keras bahagian kambing golek nie. Beratur bukan main panjang lagi. Sampai togel dibuatnya kambing tu.
Pelbagai jenis mee sup-sup berkuah
Satay anyone ?
Dan paling meriah sudah pastinya di kaunter pencuci mulut. Pelbagai jenis pencuci mulut tersedia. Yang paling mendapat perhatian aku sudah pastilah mousse-mousse yang disediakan. Untuk pengetahuan korang semua, aku sangat suka dan cintakan rasa tiramisu. Dan jujur aku cakap, mousse tiramisu di BGR nie antara mousse tiramisu yang terbaik pernah aku rasa. Cuma rasa dia agak sedikit manis.
Kuih-muih tradisional juga ada terhidang di sini. Tolong jangan rambang mata ya. Ambil sikit-sikit, dah habis baru tambah lagi. Elakkan pembaziran. Memang lah time kita lapar, semua rasa nak makan. Sebab tu kita ambil banyak-banyak. Tapi bila dah makan, sikit je pon dah kenyang. Jadi jangan membazir okay.
Antara sebab lain korang patut berbuka di Bangi Golf Resort ini ialah :
- Akan dihiburkan dengan alunan muzik secara live
- Terdapatnya kemudahan parking secara percuma sebanyak 800 lot parking.
- Surau yang hampir dengan dewan makan dan luas untuk lelaki dan wanita
- Makanan dijamin HALAL yang diperakui oleh JAKIM
- Kesemua makanan yang tidak habis selepas majlis berbuka tamat, BGR akan dermakan makanan tadi dengan kerjasama Food Aid Foundation untuk beri pada mereka yang memerlukan.
- Berpeluang menikmati buah durian. Tempahan buah durian hendaklah dilakukan sebelum datang berbuka untuk mereka sediakan pada pengunjung yang menempah. Durian Musang King (RM 100/box) dan D24 (RM55/box)
Rombongan Che Kiah ke Bangi Golf Resort
Jom pakat-pakat bawa family berbuka di BGR masa bulan Ramadhan nanti. Harga dia sangat berpatutan.
Dewasa : RM 59.00
Kanak-kanak : RM 29.50
Boleh buat tempahan melalui link berikut :
Atau hubungi di talian :
1700 81 8557
Email :
sales@bgrrest.com
BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : @bangigolfresortofficial
Hashtag : #BGRBuffetRamadhan18 #BangiGolfResort #MakanSedap
Cepat buat tempahan. Berbuka puasa di Bangi Golf Resort nie sangat laku keras tau. Jangan menangis pulak kalau tak dapat tempat nanti. Lebih baik cepat-cepat tempah.
Cantiklah gambar-gambar makanan ni Zharif! Buat rasa lapar je ha baca tengah-tengah hari ni. Haha. Pernah ke sini rasanya dulu tapi nampak macam makin banyak pilihan sekarang!
ReplyDeleteWow..banyaknyaaa makanan kat sini. Mesti meriah kalau pergi ngan family. Kalau bersempatan..saya nak pegi ke sini la. Maaf..terliur jap. Hahaha :P
ReplyDeletebestkan hidangan yang ditawarkan kat sini..semuanay menarik..harga pun berpatutan agak berbaloi kalau datang berbuka ramai2
ReplyDeleteMakanan die memang nampak menarik.
ReplyDeleteMemang berbaloi habis iftat di BGR ni. Harga murah dengan lebih 200 juadah di sediakan. Wajib makan kambing golek dia. Terbaik. Lembut dan sedap.
ReplyDeleteMenariknya buffet ramadan kat sini ye Zharif. Banyak pilihan. Bubur2 pun banyak pilihan. Ye lah tak nak bagi perut terkejut sebab berpuasa...kita mulakan dengan makan makanan yang bertekstur lembut dulu. Boleh la gi sini. Dekat dah dengan rumah akak.
ReplyDeleteMemang best sangat buffet ramadhan di bangi golf resort ni. Yaya pun ada masa ni dengan family. InsyaAllah nak pergi lagi time bulan puasa hihi.
ReplyDeleteI was there too. Spoilt by the variety of choices, can't wait to be there again to enjoy the buffet.
ReplyDeleteSedapnya semua menu. Habis tinggal rangka si kambing golek tu ye. Bagus mereka prihatin dwngan tempat solat. Yela sibuk duk makan sampai hujung waktu. Kalau dekat lagi best lepas solat sambung makan lepas tu. nanti boleh la pergi kalau ada kelapangan
ReplyDeleteSemua makanan sedap kan..Akak memang tunggu preview ramadhan kat sini..jarang tak datang..buka puasa pun pergi sini...sebab banyak pilihan makanan..sampai tak tahu mana satu nak pilih dah..
ReplyDeleteZharif pun kekadang bgr?
ReplyDeleteWow! Best la. Teringin nak ke bgr ni.
Aida peratikan every year ada Jemput blogger for Ramadhan buffet review.
Bagus.
masa ni u tak makan durian ke boa?
ReplyDeletekak nora pun dapat juga jemputan but
x pergilah.. jauh beno nak mai.. haha
but rasa ruginya.. foods semua best giler
nangis jap tgk makanan.. awesome
Mesti meriahkan berbuka puasa kat Bangi Golf Resort ni tak pernah mengecewakan dengan makanan yang banyak dan juga teletah chef kat sana tak kering gusi hehehehe...
ReplyDeleteOmg sedapnye terliur ika, tengok menu huffet ramadhan ni. Kalau ika singgah rumah saudara time puasa. Boleh la try buffet Ramadhan. Harga pun not to bad kan.
ReplyDeletetu dia nasi biru.. haha! memang spoilt la kalau banyak jenis makanan mcm ni
ReplyDeleteDah tengok Zharif macam satu team bersama Dboy semua tu. Cubalah jadi host dan upload video kat YouTube pula. Dboy pandai edit video. Bufet Ramadan review video belum lagi ada yang buat sebab semua makanan sedap benor. Hahaha
ReplyDeleteAmboi menu dia.. meriahhh.. berbaloi klu dpt buffet yg de banyak menu ni..nblh try klu de kt sne nanti
ReplyDeleteLamanya dah tak pergi BGR nie. Bila nak ajak kita sekali nie? Hehe. Tapi Rawlins sejenis yang suka dessert lebih haha
ReplyDeleteHarga pon okey sangat untuk buffet. Boleh makan kenyang-kenyang. Surau semua ada. Boleh lepak sembang sembang sampai habis masa. Heee bestnye kalau dekat dengan mommy
ReplyDeleteBangi Golf Resort ni banyak jugak menu yang sedap-sedap ni.. adoi.. terliur tengok.. nasib baik bukan bulan puasa.. kalau tak.. meleleh air liur sebaldi.. hahaha.. yeke??
ReplyDelete