Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bersempena dengan Program Road to Agro Tourism yang kini sudah masuk Siri Ke-5, kali ni Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) membawa para media dan bloggers ke Bagan Datuk pula. Alhamdulillah, dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk, Program Road to Agro Tourism ini berjalan dengan lancar.
Bagan Datuk sangat dikenali dengan produk-produk yang berasaskan kelapa. Oleh itu, slot khas Sembang Santai bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM), adalah untuk memperkasakan lagi agro pelancongan yang terdapat di kawasan ini. Antara intipati yang dikongsikan oleh TPM ketika pertemuan singkatnya itu adalah peruntukkan sebanyak RM 500,000 akan diluluskan kepada persatuan yang ingin memajukan lagi industri pelancongan di Bagan Datuk ini.
Selain itu, insentif sebanyak RM 100 akan diberikan buat mereka yang mempromosikan Bagan Datuk dan berjaya menarik pelancong luar ke situ. Ini merupakan berita baik buat penggiat industri pelancongan yang bernaung di bawah persatuan tersebut. RM 100 ini akan diberikan dalam masa sebulan, dan syaratnya, pelancong tersebut mestilah di luar ASEAN.
Pelbagai usaha harus dilaksanakan dalam membangunkan Industri Pelancongan Agro agar ia ke tahap yang lebih tinggi. Dengan program seperti yang dianjurkan pihak MTC ini, saya yakin Bagan Datuk akan menjadi satu daerah pelancongan yang terkenal dengan keunikannya dan memperkasakan lagi produk berasaskan kelapanya pada masa akan datang. Semua pihak harus turun padang dan bekerjasama untuk capai matlamat itu.
Semoga pelancongan Agro di negara Malaysia terus maju !
Entri ini bersempena familiarisation trip Road To Agro Tourism kelolaan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC),
siri ke-5 edisi khas Bagan Datuk, Perak.
Bagan Datuk memang cantik dengan keunikkann kelapanya dan pasti akan menjadi tarikan para pelancong suatu hari nnti=P
ReplyDeleteWa... Makin meriahlah nanti kawasan daerah ni dengan pelancong. Camna nak promote tu leh ke dapat ganjaran RM100 tu juga? Menarik tu.
ReplyDeleteWah mesti best kan. Betul bagan datuk memang terkenal dengan kelapa . Moga perlancongan di Bagan Datuk lebih cemerlang
ReplyDeleteWah! Menarik la. Dan sebelum ni pun Bagan Datuk dah dinaiktaraf ada PBT sendiri. Lagi naiklah industri sekitar Bagan Datuk bawah pimpinan TPM kita.
ReplyDeleteBgus duduk kt bagan datuk ni.. mcm2 aktiviti.. bagan datuk ngn kelapa xleh berpisah
ReplyDeleteAkak x pernah sampai lagi kat Bagan Datuk..tp akak percaya banyak aktiviti yg hebat dan menyeronokkan..industri pelancongan sekarang semakin membangun..banyak diketengahkan tempat-tempat yg baru bagi menarik tumpuan pelancong baik dlm mahupun luat negara
ReplyDeleteSemoga dengan peruntukan yang diberi tu dpt menaikkan lagi nama bagan datuk di persada dunia pelancongan antarabangsa dan juga kepada rakyat tempatan khususnya. Kak ana baru tah bagan datuk ni terkenal dengan hasil kelapa dia. Ni kalau bawa maka ayah kak ana ke sini mesti dorang suka.
ReplyDeleteI have never been there and to based for this trip I'm not able to join you guys. Hope to see you all again on RTAT trip
ReplyDeletewaa thanks share pasal Bagan Datuk. Baru sekrang Del tahu tempat ni berasaskan produk-produk keluaran dari kelapa. Semoga aktiviti ini dapat menaikkan lagi taraf pelancongan negara.
ReplyDeleteso far tak pernah lagi jejak ke bagan datuk. Dengar nama bagan datuk pon tak pernah hehe. tak taw pulak ada tempat pelancongan kat sana..
ReplyDeleteSuka dengan program macam ni sebab dapat bantu orang tempatan jana duit dari usaha deorang sendiri. Usaha yang bagus.
ReplyDeleteWah menariknya dapat insentif m100 kalau promosi Bagan Datuk
ReplyDeleteBestnya join road tour dengan agro kat bagan datuk...takde ke dpt doorgift produk berasaskan kelapa time join event ni..hihi
ReplyDeleteWahhhhhhhhhhh melepas rindu sekali lagi ke Bagan Datuk. Cantik la gambar Zharif ni. Nampak YB mesra rakyat. Senyum je.
ReplyDeleteSuka pergi kawasan bagan datuk ni sebab kebanyakkan rumah masih tradisional persekitaran pun tenang je
ReplyDeleteSemoga Bagan Datuk makin maju jaya 😊
ReplyDelete