Wednesday, March 28, 2018

Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor Menawarkan Pakej Penginapan Yang Berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa travelogue Pangkor pada hujung Februari yang lalu, kami bermalam di Puteri Bayu Beach Resort yang terletak begitu hampir dengan jeti. Lebih kurang 7-10 minit memandu. Dan yang paling menarik mengenai Puteri Bayu Beach Resort nie ialah ia betul-betul terletak bersebelahan dengan pantai.


Kedatangan kami disambut mesra oleh En Nordin, Pengurus Besar resort ini. Memang ramah sungguh En Nordin nie. Penuh dengan jenaka dan tak lokek dengan senyuman. Sentiasa ada saja yang mahu dikongsikannya.


Kami ditempatkan di Familly Villa. Familly villa merupakan satu chalet yang mempunyai dua bilik. Kedua-dua bilik tidur mempunyai bilik air sendiri. Satu bilik mempunyai katil bersaiz king manakala satu lagi bilik mempunyai dua katil single. Chalet ini dilengkapi dengan tv, peti ais dan juga beranda.



Terdapat dua jenis penginapan di sini. Satu, dalam bentuk bilik hotel sahaja, dan satu lagi dalam bentuk chalet/villa. Untuk harga bilik, boleh rujuk jadual di bawah.

HOTEL ROOMS
PEAK SEASON RATE
PROMOTION RATE
Standard
RM 190
RM 150
Superior
RM 205
RM 165
Deluxe
RM 275
RM 235
Studio Suite
RM 500
RM 460
CHALETS
PEAK SEASON RATE
PROMOTION RATE
Garden Villa
RM 300
RM 260
Bayu Villa
RM 350
RM 310
Family Villa
RM 700
RM 610



Memang selesa sungguh menginap di Puteri Bayu Beach Resort nie. Deruan angin dari lautan bertiup sepoi-sepoi bahasa. Syiok ! Belah petang kami berjalan-jalan sekitar resort menikmati kehijauan dan pantai pasir putih yang menghiasi resort ini. Sungguh mendamaikan !





Kemudahan di Puteri Bayu Beach Resort juga memuaskan. Terdapatnya kemudahan wifi, kolam renang dan juga bilik-bilik untuk meeting atau kursus. Pokoknya sesuai dijadikan tempat untuk beristirehat dan juga lokasi untuk berkursus.


Pada belah malam, kami dihidangkan pula menu barbeque. MasyaAllah sedap sungguh ! Ketam bakar dia besar-besar saiznya. Memang puas sangat makan ketam pada malam tu. Tambah-tambah masa tu memang dah lama gila tak makan ketam. Timing kena sangatlah cerita dia.


Sekarang nie, Puteri Bayu Beach Resort tengah mempromosikan pakej bulan madu nya. Pakej yang ditawarkan sangat berbaloi-baloi untuk pasangan mempelai yang baru sahaja mendirikan rumahtangga kerana harganya sangat berpatutan.


Romantic Candle Light Dinner

Puteri Bayu Beach Resort baru sahaja memperkenalkan pakej-pakej ini. Dan pakej ini termasuk dengan pakej makan malam yang ditawarkan. Antara pakej tersebut ialah Romantic Candle Light Dinner, Korean BBQ Dinner dan juga Steamboat Dinner. Semua set dinner ini ada dalam pakej-pakej penginapan yang ditawarkan di sini. Untuk lebih details mengenai pakej di sini, boleh klik link di bawah :


Korean BBQ Dinner

Steamboat Dinner

Baru sahaja menikmati makan malam barbeque yang enak, kami sekali lagi makan untuk mempromosikan pakej-pakej makan malam yang terdapat di Puteri Bayu Beach Resort nie. Kenyang sungguh perut pada malam itu.


Terima kasih buat semua kru Puteri Bayu Beach Resort yang menerima kedatangan kami dan memberikan layanan yang paling terbaik. Semoga Puteri Bayu Beach Resort terus maju dan mendapat tempat di hati pelancong-pelancong, baik dalam mahupon luar negara.

PUTERI BAYU BEACH RESORT

Pantai Pasir Bogak, 32300 Pangkor Island
Perak Darul Redzuan, Malaysia.

Tel : 05-685 1929 / 1035 (Pangkor Office)

Email : reservation@puteribayu.com

Jom ramai-ramai menginap di Puteri Bayu Beach Resort !


Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Pulau selama 5H4M
ke Pulau Pangkor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Perak.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee, Desa Alam Batek, Mama Mia Skin, Mod Gear
kerana telah menaja travelogue kali ini

18 comments:

  1. Banyak sudah entry Pulau Pangkor akak baca. Bila la nak jejak kaki ke sana. Kena tunggu pindah semenanjung baru boleh ke Pulau.

    ReplyDelete
  2. wah bestnya travel je all the times... i ada komitmen at the moment memang tak dapat join trip if weekdays, btw makan makan waktu malam tu nampak romantik lah i suka sangat.. :)

    ReplyDelete
  3. Seronoknya Zharief...selalu pi jalan- jalan macam ni..siap ada BBQ nite lagi..ketam tu nampak fresh sgt..ala..terus rasa nak makan ketam

    ReplyDelete
  4. wah..bestnya de bilik air sendiri..bebas nak bersiap..harga dia reasonbale sangat... romantik giler suasana makan malam dia..

    ReplyDelete
  5. Lama x g Pangkor mesti dah lain sangat sekarang ni.last g 8 tahun lepas..lama kan? Kena plan trip ke Pangkor nampajnya.resort ni nampak best tu!

    ReplyDelete
  6. Nice place to stay. I planning my trip to Pulau Pangkor on June this year. With the promo going on, it is worth to stay.

    ReplyDelete
  7. Bestny pergi pangkor last tahun lepas kot pergi pantai dia memang best
    Kalau stay lama lagi la best banyk aktiviti boleh buat

    ReplyDelete
  8. Bestnya lama tak pergi Pangkor ni kita last pergi tahun 2008 masa tu buat rombongan kawan-kawan satu falkuti hehehehe memang best tak tahu sekarang ni best lagi ker tidak...

    ReplyDelete
  9. Uuuu ada ketam bakar siap. By the way rate dia takde la mahal pun kat sini rupanya. Kira affordable lagi la

    ReplyDelete
  10. This looks like a nice place to stay if I go to Pulau Pangkor. I like all the seafood in your photo, making me feel hungry now.

    ReplyDelete
  11. Bestnya hotel tepi pantai je. Tenang rasa. Nampak selesa Villa tu. Kak ana suka part bilik ada tandas tersendiri. Lebih privacy. Kemudahan hotel pun banyak sesuai utk anjur kan kursus. Kalu ada rezeki ke pangkor nak try lah stay sini.

    ReplyDelete
  12. Bestnya aktiviti kat sini. Nampak selesa villa tu. Makanan mesti sedap. Nanti percutian family bleh la plan dengan anak-anak. Asalkan ada swimming pool dan bath tub. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Memang dah Lama nak gi pangkor ni. Cari gak hotel menarik kat situ. Puteri Bayu no nampak best Gak. Boleh at try nanti.

    ReplyDelete
  14. Berjalan saja awak yer. Seronoknya lah tengok. Banyak tempat dah pergi. Bestnya pergi pulau pangkor. Family villa tu pon nampak selesa, kemas dan bersih.

    ReplyDelete
  15. wow..even on peak season the prices aren't too expensive...that's great! Long time haven't been to Pulau Pangkor d..hopefully i can go there soon...need a relaxing vacation like as soon as possible..

    ReplyDelete
  16. Harga pun ok, lokasi pun menarik.. Lama tak pergi ke Pangkor, last pergi pun tahun 2012... zaman muda remaja belum kahwin lagi

    ReplyDelete
  17. Berjalan je dia sekarang ni ekk...:D. Akk lama dah tak ke Pangkor, tak tahu lah bila dapat jejak kat sana lagi. Akk ni memang suka lah kalau bercuti kat laut ni..mendamaikan

    ReplyDelete
  18. Wow, the staycation looks romantic especially the dinner part. The hotel is acceptable with reasonable price. I like the view surrounding the hotel. look nice.

    ReplyDelete