Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bulan Oktober merupakan Bulan Sarapan Dutch Lady., dengan itu, Dutch Lady yang merupakan jenama susu no 1 negara telah bekerjasama dengan Kellogss's untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma di stesen-stesen LRT terpilih sekitar Lembah Klang mulai 21 hingga 31 Oktober. Ikuti butirannya !
Sarapan pagi merupakan waktu makan paling penting kerana ia merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir. Ia terbukti memberi banyak kebaikan termasuklah mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan dan cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.
Kajian juga menunjukkan sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik seperti sodium, serat dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Ia juga membantu mengelakkan daripada makan berlebihan. Oleh itu, Dutch Lady Malaysia menyarankan rakyat Malaysia melengkapkan keperluan nutrien harian mereka untuk bersarapan dengan segelas susu. Walaupun terdapat banyak kebaikan sarapan pagi, ramai memilih untuk mengabaikannya.
Ini adalah kerana waktu pagi biasanya merupakan masa paling sibuk untuk kebanyakan keluarga dan orang dewasa yang bekerja. Bagi penduduk bandar khususnya, bangun awal untuk berebut menaiki komuter atau mengharungi kesesakan lalu lintas adalah penting semata-mata untuk sampai ke sekolah dan ke tempat kerja tepat pada masanya. Menurut Kajian Sarapan Sihat Asia Pasifik, sebab utama rakyat Malaysia mengabaikan sarapan ialah kekurangan masa dan usaha yang diperlukan untuk menyediakan sarapan pagi.
Sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu. Rakyat Malaysia masih kurang mengambil susu yang diperlukan untuk mendapat nutrisi berkhasiat. Sarapan pagi yang lazim di Malaysia, seperti nasi lemak atau sandwich tidak membekalkan semua nutrien yang kita perlukan pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, apabila anda memadankan segelas susu dengan sarapan pagi kegemaran anda, nutrien yang diperlukan pada waktu pagi dapat dicapai dengan mudah.
Anda boleh menikmati sarapan berkhasiat hanya dengan meminum susu sebagai sebahagian daripada sarapan setiap hari untuk memulakan hari anda kerana kalsium dalam susu membantu kanak-kanak membina tulang dan gigi yang kuat dan bagi orang dewasa pula, ianya mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang aktif.
Selain kalsium, susu juga mengandungi nutrien penting lain seperti protein yang berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.
Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Oleh itu, minum segelas susu sewaktu sarapan adalah cara yang paling mudah untuk pengambilan nutrisi yang mencukupi pada waktu pagi.
Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia untuk meningkatkan nutrisi sarapan mereka dengan segelas susu pada bulan ini ! Alhamdulillah, aku sempat grab sarapan percuma pada hari terakhir Bulan Sarapan Dutch Lady di stesen LRT Ampang Park ketika sedang menuju ke sebuah event di sekitar Ampang Park.
Pemberian sarapan percuma ini telah berlangsung bermula 21 Oktober sehingga 31 Oktober yang lalu di stesen-stesen LRT terpilih di sekitar Lembah Klang. Kelihatan orang ramai cukup gembira dibekalkan sarapan percuma ini pada mereka. Setiap pengguna LRT mendapat satu snek Kellogg's dan juga sekotak susu Dutch Lady.
Memang cukup ramai penumpang yang berhenti dan menggunakan LRT di stesen Ampang Park ini. Kesemua sedang bergegas ke tempat yang dituju namun sempat untuk mengambil sarapan percuma mereka di booth yang dibuka berhampiran pintu masuk dan keluar stesen LRT ini.
Diharapkan, ada lagi kempen seperti ini di masa hadapan supaya warga yang bekerja yang sibuk dengan jadual harian mereka dapat dibekalkan dengan pek sarapan yang sarat dengan nutrisi seperti ini agar dapat khasiat yang diperlukan untuk melakukan aktiviti harian mereka dengan penuh tenaga.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan kebaikan susu, boleh layari laman sesawang berikut,
Facebook Dutch Lady Malaysia : www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk
Website : www.dutchlady.com.my/events.php
Susu Dutch Lady memang sentiasa ada stok di rumah LeYa. Bukan setakat sedap malah mampu memberi nutrien yg sihat pada tubuh untuk LeYa dan Otomen menjalani kehidupan seharian.😁😁
ReplyDeleteThat's interesting... Breakfast for everyone thanks to Dutch Lady!
ReplyDeleteWah! Bestnyaa...Hawa suka minum susu. Tapi sayangnya lactose intolerance jadi penyebab tak boleh nak minum sebarang susu. May be one day Dutch Lady boleh produce lactose free milk.
ReplyDeletesaya suka minum susu. kita disyorkan oleh kkm untuk minum susu segelas sehari. memang banyak stok kat rumah. sekali beli sedozen. susu dutch lady memang pilihan. seronok pula dapat susu kotak percuma
ReplyDeleteWow!!!!!!!! Nice! Good package by Dutch Lady. Thank you for sharing this information. Have a good day and take care.
ReplyDeleteBagusnya! Dapat sarapan percuma. Jenama dutch lady antara jenama yang saya suka. terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteThank you for sharing such an informative post! I am a dutch lady fans since young and I also use them for baking & cooking! I will check out here event! :)
ReplyDeleteWahh tahniah Dutch Lady sebab prihatin pada warga kota. Best juga ambil pek macam ni. Lepas ni bawa sendiri la dari rumah. Tak boleh skip breakfast nanti masuk angin kan.
ReplyDeleteBagus kan dutch lady buat mcm ni..ingtakan kita bahawa sarapan pagi tu penting.sarapan denagn susu tu bagus untuk tubuh badan kita..lepa ni ambil susu dengan makanan sampingan lain, sangat la elok
ReplyDeleteYes breakfast is a must and it's the most important meal of the day. I love Kellogs cereal this is a great combination, I shall grab one for myself.
ReplyDeletewow seronoknya kalau dapat free kan. Walaupun tak selalu at least ia sesuatu yang baik untuk dilaksanakan. Tahniah Dutch's Lady
ReplyDeleteWah bagusnya Dutch Lady edarkan 50000 pek sarapan pagi untuk warga Malaysia. Banyak jugak ye sarapan yang disediakan. Bagus inisiatif Dutch Lady ni sebab memastikan rakyat Malaysia menerima sarapan pagi yang berkhasiat. Diharapakn program sebegini ni akan berterusan untuk kebaikan bersama.
ReplyDeleteBestnye breakfast dutch lady and kellogs. Nak pi cari la nanti. Lama dah tak breakfast dengan bijirin
ReplyDeleteKalau dekat, hari-hari singgah LRT sekitar Lembah Klang untuk dapat breakfast percuma hehe. Tapi seriously brand ni sangat best, saya pun suka. Tapi jarang ambil waktu sarapan, suka ambil malam sebelum tidur
ReplyDeleteSusu mmg sentiasa ada kat umah ni..setiap pagi sarapan pagi mmg amalkan susu..mmg tak tinggal melainkan sis sarapan kat luar
ReplyDeleteBestnya yang dapat sarapan percuma tu. Memang kalau nak sarapan susu cari Dutchlady je. Susu favourite
ReplyDeleteSeronoknya dapat breakfast percuma and breakfast yang berkhasiat pulak tu. Terliur pulak. Kena beli ni jugaklah untuk breakfast esok.
ReplyDeletedah lama x minum susu dutchlady ni. biasa beli suka yang susu dan coklat tu pastu campur dalam esp shaklee
ReplyDeleteDutch lady has always been my favourite go to brand when it comes to milk. Glad that they are providing free breakfast. ;)
ReplyDelete