Wednesday, November 13, 2019

NCIG Berhenti Beroperasi Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu berita yang sangat mengejutkan buat semua netizen terutama sekali pengguna-penmgguna setia NCIG apabila Ketua Pegawai Eksekutif syarikat NCIG (M) Sdn. Bhd, En Shariffuddin Bujang, mengumumkan berhentinya operasi NCIG di Malaysia. Ikuti butirannya !


Walaupun aku tidak menghisap vape, namun pengumuman ini juga memberikan satu kejutan buat aku. Apatah lagi pada pengguna-pengguna NCIG yang hadir ketika itu. Keputusan itu amat mengejutkan kami semua kerana kami tidak menyangka berita itu yang akan diumumkan. Hal ini kerana, En Syariffuddin Bujang, baru sahaja melancarkan produk-produk terbaharu NCIG2.


Keputusan ini diambil oleh beliau kerana Malaysia tidak memperkenalkan regulasi terhadap kandungan nikotin dalam rokok elektronik dan sekaligus menghalang syarikat NCIG untuk terus beroperasi dan memenuhi misinya dalam membantu perokok di Malaysia untuk berhenti merokok. Ya, menurut satu kajian yang sahih, vape mampu membantu perokok berhenti merokok dalam masa dua tahun. Sejak pelancaran NCIG, ia telah membantu lebih daripada 170,000 orang perokok dengan mengubah kehidupan mereka dan membantu mereka berhenti merokok sepenuhnya.


Regulasi di Malaysia tidak membenarkan produk yang mengandungi nikotin untuk dijual. Menurut En Syariffuddin, produk cecair elektronik sifar nikotin bukan penyelesaian masalah kepada perokok untuk berhenti merokok. Malah ialah menggalakkan lagi orang awam terutamanya yang bukan perokok untuk mula menggunakan vape. Produk rokok elektronik sifar nikotin hanya digunakan pada fasa terakhir dalam rawatan ketagihan merokok.


Regulasi ini memberi impak yang besar pada industri vape di Malaysia kerana cecair rokok elektronik buatan Malaysia dianggap premium di pasaran antarabangsa kerana ia mengandungi Glycerin Sayuran (VG) berkualiti tinggi yang diperolehi daripada minyak sawit tempatan. Negara Malaysia merupakan negara kedua terbesar pengeluar cecair rokok elektronik di dunia selepas USA.

Agak sayang sekali sekiranya regulasi ini tidak dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia kerana banyak industri akan mendapat impak yang buruk. Untuk sekarang nie, NCIG akan mengutamakan pelaburan pada pasaran luar negara di mana regulasi bagi produk rokok elektronik bernikotin telah diluluskan seperti di United Kingdom dan juga Indonesia.


NSummit2 yang telah diadakan di Mines International Exhibition & Convention Centre pada 9 November lalu telah dihadiri lebih daripada 5000 pengunjung termasuk usahawan tempatan dan wakil-wakil kerajaan. Selain pelancaran NCIG2, mereka juga mengadakan sesi dialog bersama pakar antarabangsa terkemuka yang berjudul "Vaping daripada Perspektif Global" yang telah disertai oleh 3 ahli panel iaitu Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Dr. Arifandi Sanjaya dari Indonesia dan Dr. Konstantinos Poulas dari University of Patras, Greece.


Ketika sidang media bersama En Syariffuddin, ada pengguna menyarankan beliau supaya membuat petition untuk mendapatkan sokongan supaya kerajaan Malaysia mempertimbangkan regulasi terhadap produk sifar nikotin ini agar NCIG dapat terus beroperasi di Malaysia untuk meneruskan misinya membantu meningkatkan kualiti hidup para perokok dengan menamatkan ketagihan rokok buat selama-lamanya.


Semoga ada keajaiban terhadap masalah ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya buat En Syariffuddin di luar sana. Semoga niat suci murni tuan dapat didengari pihak kerajaan dalam mempertimbangkan regulasi tersebut.

19 comments:

  1. Saya bukan pengguna vape. Tetapi Terima kasih untuk info ini. Saya doakan yang terbaik untuk industri vape.

    ReplyDelete
  2. Allahu semoga dipermudahkan segala urusan beliau

    ReplyDelete
  3. Ramainya yang join NCIG ni. Selalu jugak dengar nama brand ni tapi tak sangka dah tutup

    ReplyDelete
  4. Bagus usaha murni yang dilakukan. Semoga afa sinar baharu di masa akan datang

    ReplyDelete
  5. Bagus inisiatif begini untuk membantu perokok tegar di Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Sayang sekali dengan keputusan untuk pemberhentian operasi ni. Semoga petition ddyg akan dilakukan berjaya. dan mereka dpt teruskan operasi di Malaysia :)

    ReplyDelete
  7. Walaupun saya bukan penghisap rokok tapi bagi saya usaha untuk menggantikan rokok dengan vape satu yang bagus cuma kena didik penghidap vape ini agar turut sama mematuhi peraturan untuk tidak hisap di tempat awam dan kawasan larangan sebagai tanda hormat kepada orang sekeliling. Moga usaha murni ini membantu ramai perokok tegar di luar sana untuk berubah....

    ReplyDelete
  8. Ramai jugak skrg org menggeluarkan produk vape ni..tgok artis skrg pun ramai yg dah keluarkan perisa vape sendiri. Bagus rasanya sb boleh buat org berhenti merokok dn beralih pada vape ni..rokok kan lagi bahaya

    ReplyDelete
  9. Benarkah vape telah membantu sekian ramai perokok untuk berhenti merokok? Jika ya, ALhamdulillah! Saya memuji usaha NCIG dan sewaktu dengannya. Rasanya kalau ini impaknya, semoga kerajaan Malaysia sudi mempertimbangkan :)

    ReplyDelete
  10. Hmm, wondering if there is another reason for its phasing out tp apepun, hopefully Malaysia will hv proper regulation for nicotine in e-ciggs soon! Fingers crossed!

    ReplyDelete
  11. Hmm, wondering if there is another reason for its phasing out tp apepun, hopefully Malaysia will hv proper regulation for nicotine in e-ciggs soon! Fingers crossed!

    ReplyDelete
  12. Nak kata vape ni bagus tak tau la..sebab nad sendiri tak suka ornag yang merokok sama ada guna rokok atau vape..tak tahan dengan asapnya..tak sangka vape buat org ramai berhenti merokok. Jadi sekrg dh takde kat malaysia takdela org hisap vape ye

    ReplyDelete
  13. My ex boss dulu dah jadi agent terbesar juga utk Ncig ni and for me sayanglah sebab gomen tak buat proper regulation for this. Ncig boleh je berkembang mcm jenama lain sebenarnya

    ReplyDelete
  14. oh yer memang sayang sangat sebab tahu NCIG mampu membantu perokok berhenti merokok cuma pada yang tak merokok tu jer tak perlulah ambik ncig sepatutnya , itu yang buat banyak orang salah tafsir dan pandang serong kepada perokok yang menggunakan ncig dan lagi satu walaupun asap tu wangi janganlah sembur atau hisap dimeja makan awam ...

    ReplyDelete
  15. emm alamak. cam mana ya. ini pandangan mek lah. ada dua sudut. satu sudut dibwrhentikan atas dasar malaysia tak sokong rokok elektronik tu macam pe menda lahhh sebab yang tembakau dia elok je tak berhentikan atau hadkan. kedua kalau diberhentikan secara keseluruhan dengan tembakau sekali, mek lagi suka. suka kalau malaysia bebas asap rokok tembakau and vape.

    ReplyDelete
  16. sygnya la. elok-elok boleh bantu orang nk berhenti rokok kena halang pulak. takpe la semoga dorang ada rezeki lain pulak.

    ReplyDelete
  17. saya berpandangan both (rokok dan vape) memang tak elok pun. saya harap urusan anda dipermudahkan.

    ReplyDelete
  18. Terkejut dengar berita ni sedangkan baru je dorang lancarkan produk baru. Ramai kawan yang berhenti merokok sebab NCIG ni. Moga terus sukses kat negara luar la kalau gitu.

    ReplyDelete
  19. Thanks for sharing~ I am a smoker myself , if I don't have smoke I felt like dying, but since I am having my daughter back~ I am reducing. And thanks for the informative post.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...