Friday, November 22, 2019

Sharnaaz Ahmad dan Shuib Sepahtu Menyertai Pasukan 23 Motors Dalam Perlumbaan Sepang 1000 KM Endurance Race 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pasukan 23 Motors akan bertanding dalam Sepang 1000 KM Endurance Race 2019 yang bakal berlangsung pada 22 hingga 24 November ini. Lebih menarik lagi, tahun ini memperlihatkan 2 selebriti terkenal tanah air sebagai salah seorang pelumba untuk pasukan ini. Ikuti butirannya !


Ya, dua selebriti tersebut ialah Sharnaaz Ahmad dan juga Shuib Sepahtu. Ini merupakan kali pertama mereka berdua menyertai perlumbaan kereta seperti ini. Sharnaaz dan Shuib begitu teruja apabila dirisik oleh Dato' Abdul Kaathir, iaitu Pengasas 23 Motors Sdn Bhd, untuk menyertai pasukan mereka. Terdapat 9 orang pelumba di dalam pasukan 23 Motors yang akan bertanding nanti. Selain Sharnaaz dan Shuib, pelumba lain untuk pasukan 23 Motors ialah pelumba-pelumba professional seperti Dato Farouk, Keifli Othman, Baron Sim, Mirza Syahmi, Zen Low, Akid Azlee, Tarmimi Tahang.


23 Motors cukup terkenal dalam kalangan pelumba-pelumba kerana telah banyak mewarnai dan menjuarai kejohanan-kejohanan besar sebelum ini. Antaranya ialah  juara keseluruhan untuk 2017 TCR Asian Championship dan pada tahun 2018, mereka menjuarai Stock Production Championship. Pada tahun 2019, sekali lagi mencatat sejarah kerana menjadi juara keseluruhan untuk 2019 Malaysia Championship Series, Overall Champion.



Sepang 1000KM Endurance Race 2019 ini akan berlangsung dari 22 November sehingga 24 November 2019 bermula jam 12 tengahari. Ianya merupakan perlumbaan tanpa henti dengan jarak 1000 kilometer iaitu bersamaan 250 pusingan di Litar Antarabangsa Sepang. Ia dijangka akan mengambil masa lebih dari 9 jam untuk selesaikan 1000km tersebut.


Besar harapan Dato' Kaathir Mustafa, atau lebih mesra dipanggil Farouk, untuk memenangi perlumbaan ini. Semoga pasukan 23 Motors memperoleh kemenangan dan semoga semuanya berjalan lancar di perlumbaan nanti.

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut : http://23motors.my/

17 comments:

  1. Wow!!!!!!!! Sook nyer event nie. Celebrities Malaysia yg participate sumer nyer yg jambu2 neh. Thank you for sharing your story.

    ReplyDelete
  2. Pergghhh! zharif try x naik kereta tu pusing track?hehe

    eh...tapi kan, buka shuib sepah tu layan motor ke?nak pulak dia race kereta ye.

    ~Anak Perak~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
  3. Interesting race. I yet to been to any race before at Sepang. Good luck to all the participants.

    ReplyDelete
  4. OMG! Masuk berlumb akereta pulak ke dorang berdua ni. Hamboi awak curlass sekarang jadi mat kereta. Hehe. Awak pun Tokyo Drift jugak ke? Hehe. Btw, good luck to them.

    ReplyDelete
  5. Wow tahniah Shanaz and Shuib,ingat kan kan shuib bawak ysuku haha

    ReplyDelete
  6. voom..voom boleh la drift kat sepang. jangan speed laju kat jalan biasa sudah, nanti kempis dompet nak bayar saman hahaha

    ReplyDelete
  7. Menarik tengok gabungan kedua-dua ni. Pasti gempak kan event hari tu. Agak-agak dorang menang tak ye? Bagus perlumbaan ni sebab buat atas trek. Tak risau susahkan orang lain. Kalau berkesempatan boleh Qiss tengok perlumbaan gini lain kali

    ReplyDelete
  8. Menariklah barisan pelumba-pelumbanya sangat hebat, kalau husband free nak ajak pergi tengoklah nanti, mesti dia teruja ni sebab ada Shuib

    ReplyDelete
  9. Wah dua artis masuk dalam sukan ni..terbaikla..suka ni pun memng disukai ramai..kalau dua artis ni ada pasti ramai lagi yang nak tengok

    ReplyDelete
  10. Wowww sharnaaz n shuib. Jauh tu 1000 km. Tanpa henti. Kalau drive 5 jam kete pon berenti-berenti. Ni 9 jam. Sakit pinggang

    ReplyDelete
  11. Semoga pasukan 23 Motors memenangi perlumbaan dan dipermudahkan sepanjang urusan di sana . Aamiin

    ReplyDelete
  12. Wah. Rawlins tengok video pecut buat kecut perut tau. Kagum dengan yang terlibat dalam acara laju sebegini. Dan semoga berjaya pada semua yang akan terlibat.

    Rawlins jadi cheerleader je la ye

    ReplyDelete
  13. Wow terbaik la mereka Berdua ni, bukan jadi Artis je,tapi juga dah menyertai dunia Sukan permotoran. Kipidap kepada Team 23 Motors

    ReplyDelete
  14. Seronok hari tu pertama kali pergi Litar Sepang, dapat pulak jumpa selebriti. Pastu dapat makan pulak haha.

    ReplyDelete
  15. Sebaik AM xder kat sini.. Kalu tak mesti tak berkelip mata tgk shahnaz Ahmad.. Hehehe.. Nnti nak pegi tgk race ajak AM yea.. AM mmg suka tgk program camni. Nak nak kalu ada shahnaz Ahmad.. Confirm mata alih tgk shahnaz je nie.. Hahaha

    ReplyDelete
  16. tak pernah tahu pasal event ni. Selalu tengok yang Akim selalu join tu je. Best la dapat jumpa Sharnaaz dengan Shuib dekat sana

    ReplyDelete
  17. tahniah kepada sharnaz n shuib yg terpilih dlm acara ni...mesti seronok dpt bersama2 dlm acara ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...