Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru nie aku berkesempatan hadir ke seminar Tony Roma's Ribs Expert Seminar yang berlangsung di Tony Roma's cawangan Setia City Mall pada minggu lalu. Banyak info dan fakta menarik yang aku belajar dari seminar nie.
Selama hari ini, aku agak tidak berapa cakna rasa dan perbezaan the doneness of cooking steak. Biasa tengok dalam movie mat salleh atau dekat pertandingan Masterchef je pasal keadaan masak daging-daging nie. Tapi dekat Malaysia nie jaranglah tanya kita nak steak kita dimasak macam mana, melainkan kita makan dekat restoran mewah dan esklusif.
Semasa di Ribs Expert Seminar nie, kami semua diberi info mengenai fakta pemasakan steak dan cara nak mendapatkan jenis masakan steak tu. Terdapat 5 level cara untuk masak steak. Pertama ialah rare, medium rare, medium, medium well dan well done. Selama hari nie, kita biasa makan steak yang dimasak sepenuhnya, yakni jenis well done. Pernah terfikir nak order steak dengan cara masak tahap rare ? Pasti tidak. Tambah-tambah tekak melayu nie, memang tak lah nak makan daging yang dimasak rare nie. Kita rasa macam tak masak dan geli nak makan.
Sewaktu seminar nie, kami diberi peluang untuk merasa kelima-lima level jenis masakan steak nie. Agak mengejutkan, kerana masakan rare tu, tidaklah sementah yang kita rasa. Mungkin sesetengah orang tak berapa suka. Aku pon agak tak boleh nak telan daging yang dimasak rare nie. Tapi okay je rasa dia.
Daging yang dimasak tahap well done pulak, sangat tidak sedap sebab dah terlampau masak. Jadinya, juiciness of the steak tu tiada lagi. Tak rasa juicy tu, rasa daging tawar dan bosan. Ini pendapat akulah. Aku lebih prefer ia dimasak secara medium well. Bagi aku, cara masakan daging di tahap medium well sangat sempurna. Masak tapi masih lagi juicy. Tidak merah-merah nampak seperti daging mentah, tidak. Sangat-sangat sempurna !
Sekarang aku tahu, pilihan masakan steak mana yang sesuai dengan tekak aku, iaitu Medium Well. Korang boleh pilih nak masak macam mana steak korang tu dekat Tony Roma's nie mengikut tekak masing-masing. Aku sangat sarankan untuk pilih medium well. Sangat sempurna dan sedap !
Jangan lupa singgah Tony Roma's tau untuk dapatkan steak yang maha sedap dan juicy. Pastikan install aplikasi Bite & Bites terlebih dahulu sebelum datang sebabnya korang boleh kumpul point dan dapatkan diskaun dan harga-harga istimewa. Jom Tony Roma's !!
Maklumat lanjut, boleh dapatkan di website Tony Roma's Malaysia : http://www.tonyromas.com.my/
No comments:
Post a Comment