Assalamualaikum dan salam sejahtera
Industri sukan dan gaming di Malaysia semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu, Bad Lab dan Watsons Malaysia bergabung tenaga menganjurkan pertandingan e-sukan yang diberi nama The Bad Duel. Ini merupakan kali pertama jenama penjagaan diri dan jenama kesihatan dan kecantikan berkerjasama untuk mengajurkan pertandingan e-sukan ini. Gabungan kedua-dua jenama besar ini pasti mengangkat dan menghangatkan lagi pasaran e-sukan di Malaysia. Ikuti butirannya !
The BAD Duel - Pertandingan Gaming di Sunway Velocity Mall
Pertandingan ini terdapat dua fasa, peserta yang berminat untuk turut serta perlulah mendaftar secara atas talian dan bermain permainan video yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Permainan video yang telah dipilih ialah Tekken 7 dan Dota 2. Kedua-duanya cukup popular dalam kalangan gamers.
The BAD Duel - Anjuran BAD Lab dan Watsons Malaysia |
Peserta yang berjaya dengan cemerlang layak untuk teruskan ke pusingan seterusnya. Mereka akan dijemput untuk menghadiri acara "on-ground" yang bakal berlangsung di Sunway Velocity Mall bagi pusingan separuh akhir dan pertandingan akhir The BAD Duel.
Pertandingan akhir nanti akan disiarkan secara langsung di skrin besar lokasi pertandingan dan diiringi sekali dengan ulasan dan komen dari pengulas e-sukan. Ini pasti akan menarik perhatian pengunjung-pengunjung yang berada di Sunway Velocity Mall untuk ke tapak lokasi dan menyaksikan perlawanan itu di skrin besar.
Lum Chong Heng, Pengarah Komersil Bad Lab |
Bilangan penggiat e-sukan di Asia Tenggara meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 19.8 juta tahun ini berbanding 9.5 juta pada tahun 2016. Statistik juga menunjukkan lebih 62% penggiat e-sukan dalam lingkungan umur 16 - 45 tahun iaitu sama dengan lingkungan umur sasaran pelanggan jenama kami - Lum Chong Heng, Pengarah Komersil Bad Lab
Ini merupakan satu langkah yang berani buat Watsons Malaysia iaitu selaku jenama kesihatan dan kecantikan yang pertama di Malaysia untuk melabur dalam pertandingan e-sukan ini. Semoga kolaborasi bersama The Bad Lab dan Watsons Malaysia dapat memajukan lagi industri e-sukan dan gaming ini.
Untuk pengetahuan semua, e-sukan telah diiktiraf sebagai acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina nanti. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah e-sukan disenaraikan dalam acara Sukan SEA.
Perlawanan persahabatan permainan video Counter Strike antara pasukan CS : GO BOYS dari Bad Lab dan Synx Mamba dari Media Prima Esport Club |
Pemenang pertandingan ini bakal membawa peluang hadiah wang tunai yang lumayan. Semoga berjaya buat semua peserta yang ingin mencuba nasib dalam permainan video ini !
Sedikit Informasi mengenai BAD LAB
Bad Lab merupakan sebuah jenama penjagaan diri untuk lelaki yang dilancarkan pada tahun 2015. Antara produk-produk Bad Lab termasuklah produk penjagaan dan styling rambut serta penjagaan muka dan badan. Boleh dapatkan produk Bad Lab di kesemua kedai-kedai terkemuka di serata Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Bad Lab, boleh layari laman sesawang berikut : www.badlabco.com
Boleh berkunjung ke Sunway Velocity Mall bermula 14 November 2019 sehingga 16 November 2019 untuk dapatkan produk Bad Lab pada harga promosi.
BAD LAB - Bad is good ! |
Menarik ni! Shawn memang pakai jenama Bad Lab ni Yaya pun suka bau wangi gila ya deodorant dia! Bolehlah beli dengan harga promosi nanti :)
ReplyDeleteWah baguslah Bad Lab dan Watson ambik inisiatif menganjurkan game macam ni. Memang rata2 anak muda berminat dengan game. hehehe
ReplyDeletetak penah lagi guna produk bad lab ni. tapi ada la kawan yg guna produk ni. kalau pasal gaming, saya memang tak reti langsung haha. dalam phone pun tak ada sebarang game.
ReplyDeleteWah bestnya. Husband pernah juga pakai bad lab ni tapi tak ingat produk dia yang mana satu. Boleh tahan sebab banyak produk ada
ReplyDeleteAwak tu main hebat main e-sport gak ke? Hehe. Good to know e-sport dah makin menonjol kat Malaysia ni kan. Takde la macam main game sia-sia je kan hehehe
ReplyDeletewow first time tengok esports game ni buat event sekali dgn beauty care produk hahaha menarik sgt
ReplyDeleteGoodjob watson dh join egames ni. Moga dpt beri lebih byk utk bangunkan sukan egames ni. Mesti ramai chineasd team yg join kan. Goodjob n keep consistsnt
ReplyDeleteMenarik perkongsian ni. Nampaknya Makin banyak event dan aktiviti berasaskan e-sport Kat Malaysia. Bagus lah, boleh la sambil main tu mencuba sehingga berjaya dan jadikan number incomw
ReplyDeleteBad lab ni dah lama kat pasaran kan. Ada pernah nampak kat drg store. Tu main CS ke tu?
ReplyDeleteWow esport!!hebat la... this games looks very entertaining
ReplyDeletebad lab ni memang produk yang saya guna. esppecially body spray dia. memang best wangi n bau lelaki sangat.
ReplyDeleteObeen persuading my husband to try this brand, guess its even more reputable now he can trust it.
ReplyDelete1st time kita tau pasal Bad Lab ni. Suka tengok packaging dia. Smart seyh. Anak bujang kita sure suka ni terutama bab game! Nanti nak share kat dia
ReplyDeleteEh menarik lak rasa bila e-sukan ni akan ada di sukan SEA. Btw tahniah pada bad lab ni
ReplyDeletebad lab mmg terkenal dgn kalangan kaum lelaki, kita selali belikan untuk partner kita. mmg best bau dia, kita pun ikut suka. kalini ada gandingan dgn e sports pulak, confirm ramai yg gila2kan
ReplyDeleteThis looks cool! I am not a gamer~ so all these I am not good at ~ but thanks for sharing tho! God bless you!
ReplyDeletewow. bagus juga ni. sambil promote produk sambil ketengahkan program yang boleh menarik minat anak muda untuk sertai program ini.
ReplyDeletemenariknya gaming cammni. good to know kan bendda ni banyak dah kat sini. thanks for info
ReplyDelete