Wednesday, November 27, 2019

Pelancaran International Music Video Awards Festival 2020 (IMVAF 2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

The International Music Video Awards Festival 2020 (IMVAF 2020) bakal berlangsung pada 7 March 2020 nanti di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Oleh itu, ia telah dilancarkan baru-baru ini di Menara PGRM Kuala Lumpur dan disaksikan oleh ramai tetamu kehormat yang hadir. Ikuti butirannya !


Untuk pengetahun semua. IMVAF 2020 ini dikelolai oleh Ms Excella Chong, founder kepada TOC Production dan IMVAF. Ketika pelancaran, ramai tetamu kehormat juga turut hadir bagi emnyaksikan hari bersejarah itu. Antaranya ialah Prof Dato’ Dr Jayles Yeoh, President of ASEAN Retail- Chains & Franchise Federation (ARFF), Lee Pei Ling (Penyanyi dan penulis lirik), Masya Masyitah (Penyanyi) and Ruby Faye (Pelakon).



IMVAF merupakan satu acara yang mementaskan kekayaan budaya dan seni melalui hiburan dan pendidikan. Ia bakal menjadi anugerah yang pertama di Malaysia yang mengangkat anak seni muzik, filem dan juga pereka fesyen. Bersesuaian dengan slogannya, World Peace dan berharap melalui acara ini akan menyebarkan lebih banyak mesej-mesej psoitif melalui karya seni. Acara ini juga bakal menyaksikan ramai artis tanah air dari Malaysia dan China yang akan membuat persembahan nanti.


Karya-karya yang tercalon di dalam anugerah itu nanti haruslah menepati 3P, "we Protect humanity", "we give Positive approach" dan juga "we Provide edutainment". Muzik video rasmi IMVAF 2020 itu nanti akan menggunakan 3 bahasa, English, Bahasa Melayu dan juga Mandarin. Terdapat 3 kategori iaitu Remaja dan Pelajar kategori, kategori terbuka dan kategori professional.

Menurut Excella Chong, selaku seorang yang rakyat Malaysia yang berbangsa Cina, beliau sangat meraikan keplbagaian budaya dan budaya Chinese yang terserap dalam kalangan rakyat Malaysia sehinggakan beliau tidak rasa sebarang perbezaan dalam segala sudut. Oleh itu, beliau menghasilkan satu muzik video bagi meraikan hubungan diplomatik yang baik bersama dengan negara China selama hari ini.


Selain dari memfokuskan mengenai muzik video, IMVAF juga akan mengadakan pertunjukan fesyen yang memaparkan koleksi pakaian rakyat Malaysia dan juga antarabangsa. Ini akan menjadi satu platform untuk pereka antarabangsa untuk menembusi pasaran Asia. Tema kepada pertunjukkan fesyen ini adalah “Fashion for Love”, “Fashion for Green” and “Fashion for Charity”.

Tak sabar rasanya nak menyaksikan International Music Video Awards Festival 2020 ini tahun hadapan. Calon-calon pasti hebat-hebat belaka. Semoga berjaya buat semua !

Sebarang maklumat lanjut mengenai anugerah ini, boleh lawati : www.imvaf.com

1 comment:

  1. IMVAF 2020 pasti menghangatkan suasana dengan penuh kemeriahan. Tak sabar juga nak tunggu nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...