Friday, November 22, 2019

LOCA WORLD - Aplikasi Untuk Usahawan Memasarkan Produk Dengan Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Zaman sekarang nie, peniaga-peniaga tumbuh bagaikan cendawan. Pandai ambil peluang untuk berniaga. Baguslah semakin ramai menceburi bidang perniagaan nie. Nak berniaga mesti kena ada ilmu, mesti kena buat pemasaran. Kalau tidak, perniagaan kita takat macam tu je. Susah untuk berkembang sekiranya teknik pemasaran tidak betul.


Tapi tak perlu risau, banyak cara untuk peniaga memasarkan barangan mereka. Salah satu cara yang paling berkesan sudah tentunya pemasaran melalui social media. Bukan itu sahaja, kalau korang perhatikan, sudah banyak perniagaan menubuhkan aplikasinya yang tersendiri. Tapi nak tubuhkan aplikasi sudah tentu memakan belanja yang besar, sedangkan kita meniaga kecil-kecilan sahaja.

Tu yang aku nak war-warkan nie, bahawasanya akan datang nie, terdapat satu aplikasi bakal dilancarkan pada bulan February tahun hadapan. Aplikasi ini sangat membantu dalam memasarkan perniagaan baik perniagaan kecil-kecilan mahupon besar-besaran.

Aplikasi tersbut diberi nama LOCA WORLD. Apa yang menariknya aplikasi ini ialah ia boleh cipta flyers atau risalah iklan yang cepat, mudah dan hasilnya sangat cantik ! Kini nak buat risalah iklan tidak perlukan kepakaran lagi. Hanya dengan menggunakan aplikasi Loca ini, anda boleh cipta risalah iklan yang gempak dan cantik.

Mencipta risalah iklan sepantas kilat

Banyak template yang telah tersedia di dalam aplikasi ini. Pengguna hanya perlu edit info dan kedudukan gambar untuk mencantikkan risalah iklan. Tak sampai satu minit dah siap ! Semudah ABC.

Mencari penjual dan perkhidmatan melalui aplikasi

Ini merupakan feature yang paling cool sebabnya pengguna boleh dapatkan barang yang dia mahukan mengikut keberadaan lokasi pengguna tersebut. Radiusnya dalam lingkungan 5km sehingga 10km radius.

Aplikasi yang interaktif dan menyeronokkan

Terdapat juga sistem bidaan yang mana pengguna boleh membeli barang yang mereka mahukan melalui sistem bidaan. Pembida yang tertinggi, dia dapat memiliki barang tersebut dengan harga bidaan yang dia sendiri tetapkan.

Risalah iklan dalam bentuk video

Selain dapat mencipta poster iklan, pengguna juga dapat mencipta video iklan yang ebrdurais maximum 3 minit video. Terdapat pelbagai filter yang disediakan untuk mencantikkan lagi kualiti video anda.

Pembelian secara terus melalui aplikasi Loca

Pengguna juga boleh terus membeli barang-barang yang dipasarkan di dalam aplikasi Loca dan juga boleh beli template-template edisi khas dan terhad. Semuanya boleh dilakukan menggunakan aplikasi Loca ini.

Bersama orang kuat disebalik pembikinan aplikasi LOCA WORLD

Menarik bukan ?

Jadi, nantikan kemunculan aplikasi Loca ini pada bulan FEBRUARY 2020 ini. Kita pakat ramai-ramai install aplikasi nie. Sangat berguna untuk kehidupan harian kita. Bukan sekadar untuk pengguna malah untuk peniaga-peniaga di luar sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...